About Us

Sunday, March 24, 2019

Jauh Tapi Dekat

Hi..Assalammualaikum korang! Alahai.... lamanya tak update aktiviti dekat  blog. Saya macam inila hari-hari sejak dah jadi working at home mom ni. Busy uruskan bisnes dan anak-anak. Kadang bila mood stress datang, nak release tension tu, berhentila kejap mengadap drama dekat Tv atau baca buku. Sejak bekerja dari rumah ni, memang akan usaha cari jalan untuk tak rasa 'boring' dengan suasana yang sama setiap hari. 

Tadi tengah syok melayan drama dekat Tv, pengambaran drama tu buat dekat tepi pantai. Masha Allah..cantik sangat. Resort dia kemain lawa lagi. Tenang je rasa. Rasa lamanya tak bercuti dekat Resort cantik tepi laut ni. Terus mood nak bercuti datang. Hahaha....Syok jugak kalau dapat lari sekejap dari rutin yang sama setiap hari, pergi bercuti tenangkan fikiran. Tak payah pergi jauh-jauh, dekat pun ok, asalkan dapat spend time sama-sama. Lagipun husband saya bukannya boleh cuti lama sangat. Setakat sehari dua tu In sha Allah bos dia bagi jer. Masa tu jugakla terus gatal tangan search dekat MR Google sana, try taip cheap hotel booking. Nampak tak, bila plan last minute memang kena cari yang harga murah-murah la. Maka, bermula la misi "holiday di tempat dekat". hehe..



Sambil2 dok usha tempat masyuk lagi best tu kan, tetiba dapat idea untuk jalan-jalan dekat Port Dickson. Yala, PD ni lokasi tepi pantai, banyak resort cantik, lepas tu paling penting dekat je dengan Shah Alam. Tak yah ambik masa berjam-jam nak travel. Senang nak travel dengan anak kecik. Sebab jarak perjalanan yang singkat. Yeah!!! lagipun Port Dickson ada semua benda yang saya cari. Ada laut, banyak tempat menarik, makanan sedap, eh..macam-macam la lagi. Sesuai sangatla untuk short vacation dengan family.Hihi...Maka terusla search dalam website tu resort yang best dekat PD.


Time tengah asyik scroll tu, saya ternampak.. Lexus hibiscus port Dickson. Terdetikla dalam hati, “kalau dapat stay sini mesti best kan”. Hotel dia cantik kemain. Tepi laut,lepas tu ada private swimming pool pulak tu. Memang idaman hati dari dulu lagi. Sapa jer yang tak teringin bercuti dekat sini? Tempat femes yang jadi idaman setiap orang. Memang best gila lala kal dapat bermalam dengan family. Iyelah, alang2 nak release tension kan… Jadinya naklah juga merasa lepak tempat2 cantik & tenang macam tu sekali sekala. Oh ya, saya ada benda best yang nak bagitau korang ni, saya terjumpe satu pengumuman yang memang bikin korang happy kaw2 punye lah… “Book now, u guys can get until 35% disc. So, don’t wait or no one will be yours” Kalau korang kan, if ada offer yang best, korang tunggu ke tak tunggu? Tambah kalau memang korang dah aim sangat nak pergi situ, kompem2 la idok tunggu kannnn…. ? Kang book lambat2 pastu tup2 dah penuh tarikh yang dipilih tu nanti.. Haaaa… macam mana? Memang kena cepat grab time offer. Tambah kalau kita ni jenis nak berjimat. Time offer wajib kena grab. Kalau nak bayar normal price memang taktaula bila nak pergi. Huhu... Kalau korang taknak terlepas offer macam ni, cecepat click kat Lexus Hibiscus Port Dickson hotel booking dan ikut jelah segala mak nenek yang diorang mintak tu… kejap jer dah setel!! Tak susah zaman sekarang ni kalau nak booking apa-apa. Dunia semua di hujung jari jerr!


Bilik dia..memang wow sangat!


pandangan dari atas. Bentuk Bunga raya. cantik kan?


private pool pun mengadap laut. memang view cantik sangat!

Dalam kepala saya ni memang dah terbayang macam-macam benda best boleh buat dekat PD sana. Sambil tu bolehla survey jugak tempat-tempat menarik yang ada dekat situ. Boleh list down siap-siap tempat boleh melawat. Memang banyak tempat menarik dekat Port Dickson ni. Macam Ostrich Park tu best jugak kalau bawa anak pergi. Tempat ni rare tau, belum tentu ada dekat tempat lain. Rumah terbalik pun ada dekat sana. Cun juga kalau nak ambik gambar unik-unik. Hihi...If tak banyak tempat boleh melawat pun takpe. Sebab tujuan utama bercuti dekat-dekat ni nak rehatkan minda. Dalam hotel pun syok jugak melepak. Berenang dengan family dalam private pool, mesti happening gila punyala! Ni memang salah satu aktiviti best anak beranak. hihi...

Itula, kalau cakap pasal bercuti ni memang tak pernah habis. Antara benda best yang semua orang suka. Betul tak? Yela penat-penat kerja cari duit setiap bulan mestila nak reward diri sendiri dengan bercuti kan? Saya dari zaman bujang sampai anak dua ni memang wajib gi beecuti setahun 3-4 kali at least sebab reward diri sendiri lepas penat bekerja . Hihi....

Okla korang, nak sambung berangan semula. Hihi...Hingga jumpa lagi !




1 comment:

Terima kasih sudi komen!