About Us

Monday, September 16, 2019

7 years Wedding Anniversary

Rasa macam baru lagi je buat blog, menulis dan update persiapan kahwin semua, pejam celik dah 7 tahun pun usia perkahwinan kami. Tahun 2011-2012 memang tahun yang paling rancak "bride to be" (b2b) menulis blog pasal persiapan perkahwinan. Time tu belum ada instagram semua. Follow b2b lain  dekat blog je. Hihi...

Alhamdulillah..dah genap 7 tahun pun usia perkahwinan kami pada 25 august lepas. Dah ada 2 orang anak. Seorang 5 tahun. Sorang lagi nak masuk 2 tahun. Walaupun kawan-kawan yang kahwin sama tahun dengan kami dah 3-4 orang anak, tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki  2 orang permata hati ni. 



Dah banyak ujian dan susah senang yang kami dah lalui bersama. Namapun "kehidupan" kan? Haruslah sentiasa ada ujian. Bukan namanya "manusia" kalau hidup kita tak di uji. Yang penting tetap kekal bersama walau apapun dugaan yang datang. Kami sangat bersyukur dengan rezeki, ujian dan kebahagian yang kami rasai sekarang ini. Semoga kami dapat kekal bersama dan berbahagia sampai ke syurga. Amin...

Cuma itula,  bila dah bertambah umur ni, dah kurangla sikit nak update semua benda dekat media social. Nak compare masa awal-awal kawen dulu. Semua benda saya nak update. Gambar saja dah berderet.hihi.. Now, dah jadi segan sikit.  Mungkin faktor usia jugak. Hihi..

Apapun, sebenarnya tak kisahpun berapa lama usia perkahwinan, yang penting kita dan pasangan sama-sama rasa  bahagia. Kebahagiaan tak berpandukan usia perkahwinan. Ada je yang baru kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Ada jugak yang dah lebih 10 tahun kahwin tapi tak bahagia. Tapi bertahan jugak dalam perkahwinan tu sebab anak atau dah takde pilihan lain.  

Pada saya dalam kehidupan suami isteri ni, "bahagia" tu kita saja yang tahu dan rasa. Bahagia tu boleh dibina, tapi nak kekalkan tu bukan perkara mudah. Perlukan kerjasama dua pihak. Betul kan?

Saya doakan semoga rumahtangga kita semua dirahmati Allah SWT, dilindungi dari segala anasir jahat dan berkekalan hingga ke jannah. Amin...

2 comments:

Terima kasih sudi komen!