Januari 2020 ni, genaplah 3 tahun saya bergelar housewife. Tiga tahun jugala saya bekerja sendiri. Buat bisnes online dari rumah. Awal-awal dulu saya rasa maybe saya akan bertahan selama 6 bulan je kerja sendiri, tak sangka dah 3 tahun pun. Walaupun kadang-kadang ada jugak rasa rindu pada zaman bekerja dulu, tapi saya lebih selesa dan happy dengan kehidupan sekarang. Busy uruskan family, rumah dan bisnes. Anak-anak dah makin membesar ni lagi banyak tanggungjawab. Banyak benda yang nak kena bagi perhatian terutama bab didikan. Azam saya tahun ni tentula nak buat yang lebih baik dari sebelumnya. Azam baru? Hmm...rasa macam banyak yang carry forward azam tahun-tahun lepas. Hihi...Takpela, kita try. kalau berjaya, Alhamdulillah. Tak dapat, usaha lagi.
Sebenarnya, banyak entri saya yang terperam dekat draft. Tahun ke tahun, minat menulis tu makin berkurang. Membaca pun sama. Saya masih lagi membeli buku-buku untuk dibaca setiap tahun, tapi dah tak banyak. Tak aktif sangat macam dulu. Maybe sebab busy sama. Tak dapat nak fokus lebih-lebih dengan hobi yang saya minat dari kecik. Tahun ni, anak-anak dah besar sikit maybe ada lebih sikit masa untuk diri sendiri. Kita tengok nanti macam mana. Harapnya mood menulis tu ada balik. Saya harap dapat menulis benda-benda penting dan bermanfaat yang boleh jadi rujukan orang lain.
Oh Ya, sejak jadi housewife ni kan, saya dah ada hobi baru. Saya suka berenang! Hihi..Saya try untuk curi masa untuk berenang setiap minggu. Entah, rasa best dan tenang je bila berenang. Dah lama tau saya teringin nak belajar berenang. Tahun 2018 baru tercapai. Alhamdulillah, sekarang ni walaupun tak pro mana, tapi saya dah pandai berenang. Fayyadh pun dah pandai dah sikit-sikit berenang. saya hantar dia ke kelas renang. Saja nak isi masa terluang sambil tambah stamina diri.
Harapan saya, tahun 2020 ni dapat bawa lebih banyak perubahan positif buat saya dan keluarga. Ikutkan ada beberapa impian saya yang belum tercapai. in sha Allah saya cuba usahakan untuk tahun ni. Tahun ni, saya harap saya dapat fokus lebih lagi pada didikan agama, sahsiah diri dan akedemik anak -anak saya terutama Fayyadh. Dia dah pra sekolah tahun ni. 6 tahun kan. Ajdaa ok, sebab baru 2 tahun 2 bulan. Bab parenting ni, jujur saya masih lagi slowly belajar. Masih tak sempurna banyak perkara. Bukan senang nak handle emosi diri. Nak pupuk sabar. Doakan saya berjaya jadi ibu yang baik untuk anak-anak saya. Saya pun doakan benda yang sama buat semua ibu di luar sana.
Okla, setakat ni dulu bebelan saya untuk permulaan tahun 2020. selamat tahun baru semua! semoga tahun ni bawa seribu kebaikan, rahmat dan limpahan rezeki buat kita semua. Amin..
salam akak,akak ada buat sewa veil lagi takk saya urgent sangattt
ReplyDeleteW'salm. Maaf dh tak sewakan
Delete