About Us

Friday, February 14, 2020

Cara Buka Akaun perniagaan (Bisnes)/ Syarikat di CIMB

Bila ada bisnes sendiri haruslah ada akaun syarikat atau current account walaupun kita berniaga secara online.  Tambah-tambah kalau memang kita serius dalam berniaga. Memang penting akaun syarikat ni sebab takde limit transaksi setiap hari macam akaun simpanan. Akaun simpanan ada limit transaksi setiap hari. Akaun kita berisiko untuk kena "block" kalau melebihi transaksi yang dibenarkan.  Lagipun kalau ada akaun syarikat ni kita dapat susun perbelanjaan bisnes dengan lebih sistematik. So takdela campur aduk duit bisnes dan personal. Kalau nak buat pinjaman bank pun memerlukan kita ada akaun syarikat. So hari ni saya nak share sikit cara buka akaun syarikat di Cimb.

Oh ya, untuk buka akaun syarikat di mana-mana bank, perniagaan kita wajib didaftarkan dulu dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia). Dah daftar barulah boleh buka akaun syarikat dekat bank. Untuk SSM ni tak kisah bila korang daftar. Baru daftar pun dah boleh buka akaun syarikat.

Compare bank lain, bagi saya cimb lebih mudah proses nak buka akaun syarikat sebab boleh dibuat melalui online dan tak memerlukan introducer. Kalau bank lain, ada setengah nak introducer ( details orang yang dah ada current bisnes account dengan bank tersebut). So, mudah kerja. Buat je online tak perlu ada  introducer.  

Ok, untuk permohonan online, korang boleh klik link di bawah


Korang perlu lengkapkan maklumat yang diminta dalam tempoh masa ditetapkan. Seeloknya, korang save je setiap kali korang selesai isi maklumat setiap page. So, kalau korang tak pasti dengan soalan yang ditanya dan ambil masa nak berfikir takdela korang kena isi balik setiap page. Biasa masa akan tamat kalau korang ambik masa yang lama sangat untuk isi. So, save je. Nanti bila buka balik, korang  just isi benda yang korang tertinggal saja.

Nak buat permohonan online pun tak boleh masa suka hati. Kena buat ikut masa bekerja bank. 

Isnin - Jumaat (9 pagi -5 petang)

So korang kena isi masa ni saja.

Borang online ni biasa akan minta korang isi maklumat perniagaan korang macam jenis perniagaan, annual income, modal berbayar dan lain-lain. So make sure korang dah tahu semua details ni bagi memudahkan urusan permohonan. 

Dah habis isi, dia akan minta korang pilih cawangan bank cimb yang korang nak pergi untuk hantar dokumen. Yes. Walaupun dah isi online, korang still kena pergi bank untuk hantar dokumen dan jumpa pegawai bank. So pilihla cawangan bank cimb yang terdekat dengan korang. Dah selesai isi nanti sistem akan bagi nombor rujukan permohonan. Simpan nombor tu. Nanti bila datang ke bank, pegawai bank akan minta nombor rujukan permohonan untuk dia semak. So korang boleh submit sekali segala dokumen yang diminta. Bila kena datang ke bank? Biasanya cimb akan hantar email untuk korang datang ke bank submit document. Tapi kalau dia tak email (macam kes saya dia tak email), datang je sehari or 2 hari lepas tu. Tempoh valid tak silap kurang dari sebulan. So better settle awal-awal. 

Dokumen yang diperlukan pihak bank 
(Bawa yang original dan fotokopi)

1. Sijil ssm ( no. Pendaftaran dan maklumat perniagaan)

2. Kad pengenalan 

3. Cop syarikat

4. Duit deposit RM 1000

Untuk duit deposit tu tak semestinya kena bawak cash, ada setengah pegawai bank suruh korang transfer online je ke dalam akaun syarikat yang baru di daftar. So better tanya pegawai bank tu dulu. Tapi duit deposit mestilah dimasukkan pada hari yang sama. 

Masa jumpa dengan pegawai bank tu hantar dokumen dia akan tanya beberapa soalan berkaitan syarikat korang. So jawab je dengan baik. Biasa hari yang sama juga dapat kelulusan untuk buka akaun.  Diorang akan bagi nombor akaun syarikat. So, simpan elok-elok. Kalau korang nak buku cek boleh request. Kalau tak guna, tak perlu request.  Untuk cimb, bank akan bagi kad atm juga. Tapi yang ni korang kena datang buat di bank selepas seminggu dari tarikh buka akaun syarikat. So lepas seminggu korang datangla buat kad atm. Just bawak sijil ssm tu je. Dah ada kad atm, balik rumah korang boleh register sendiri cimb clicks bagi memudahkan korang check keluar masuk duit company. So, settle la urusan buka akaun syarikat di cimb. 


Next entri saya akan cerita macam mana nak buka akaun syarikat di maybank pula. Harap dapatla membantu korang yang baru mula nak berniaga. 


4 comments:

Terima kasih sudi komen!