About Us

Tuesday, February 25, 2020

Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan



Hi korang! Dah 2 bulan kita berada di tahun baru 2020 ni. Apa wish list korang tahun ni? Untuk kaki travel, mesti korang dah  buat list dan survey tempat-tempat menarik yang nak diterokai tahun ni kan? Buat masa ni memang tak ramai yang keluar melancong ke luar negara sebab penularan virus covid-19. Isu kesihatan keselamatan dan ramai memilih untuk bercuti di dalam negara. Tapi, tak salah kalau kita buat survey, perancangan bajet dan list down tempat menarik yang kita teringin nak pergi kan? Lagipun biasanya bila booking awal kita akan dapat berjimat lebih banyak.  In sha Allah bila keadaan kembali normal nanti kita boleh bercuti dengan tenang. Tak pening dah nak survey-survey lagi. Baca berita terbaru, covid-19 dijangka akan reda sekitar musim panas nanti. Tak lama dah.  Sama-sama kita doakan keadaan kembali terkawal dan covid-19 dapat dihapuskan.

Ok, biasanya perancangan melancong ke luar negara ni kita akan buat beberapa bulan sebelum pergi. So, bagi korang yang masih mencari tempat menarik untuk dimasukkan dalam perancangan pelancongan tahun ni,  saya cadangkan untuk korang  consider untuk melawat Taiwan. Yes! Taiwan memang salah satu tempat yang masuk dalam wish list saya. My husband pernah oustation ke taiwan selama 2 minggu lebih . Masa tu saya tengah sarat mengandung anak ke-2 tak dapatla nak ikut. Hari-hari dia bercerita dan hantar gambar masa dekat Taiwan, manala si isteri ni tak teringin nak pergi. Hihi..so husband memang dah janji one day  nak repeat bawa saya dan anak-anak ke sana. Banyak tempat menarik yang husband saya pergi sepanjang dekat sana. Geram jer tengok gambar-gambar yang dia ambik.Taiwan banyak sangat tempat cantik-cantik tau! Satu lagi yang best, negara diorang sangatla bersih. Husband cakap malam-malam pun ada cleaner yang sapu sampah dekat jalan-jalam awam. Susah nak nampak sampah merata.  Pengangkutan awam diorang pun sangat efficient.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak MATTA mengenai pameran pelancongan yang dijalankan sepanjang tahun 2019, negara yang menjadi kesukaan para pengunjung yang datang adalah Taiwan. See, ni fakta tau. Ramai juga yang suka melancong ke Taiwan ni.  Tidak kira bagi mereka yang melancong di dalam berkumpulan, berkeluarga ataupun solo travel. Taiwan secara rasminya telah dikenali juga sebagi Rupblic of China dan berjiran dengan Jepun dan Phillipines. Meskipun negara ini tidak la sebesar negar-negara yang lain, ia mampu menawarkan destinasi-destinasi pelancongan yang unik dan indah. Daripada seni bina bangunan, budaya hidup, sejarah serta alam semulajadinya yang terpelihara.

Taiwan pun salah satu negara yang muslim friendly tau. Senang nak cari makanan halal. Sebab tu ramai yang suka ke sana. Ok, kalau  korang dah decide nak jadikan Taiwan sebagai destinasi seterusnya untuk bercuti, korang bolehla start survey tiket penerbangan yang bersesuaian dengan bajet korang. Zaman sekarang, banyak syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan untuk ke destinasi menarik yang ada di seluruh dunia.

Tapi kalau korang nak survey banyak-banyak website bandingkan harga memang struggle jugakla. Hihi..so cara terbaik,  Korang boleh memilih Traveloka sebagai platform untuk korang membuat perbandingan harga tiket penerbangan. Senang dalam 1 website je korang boleh bandingkan harga. Ok, salah satu airline yang saya boleh suggest kan kepada korang ialah Cathay Pacific. Korang boleh menyemak harga book Cathay Pacific online di Traveloka bagi mendapatkan harga promo yang terbaik untuk melancong ke Taiwan. Banyak lagi airline yang menawarkan penerbangan ke Taiwan tetapi Cathay Pacific adalah yang paling sesuai kerana mempunyai ruang seat yang lebih selesa. Selain daripada itu, jika korang mengubah fikiran untuk bercuti ke Hong Kong pula, korang masih mempunyai peluang untuk mendapatkan harga terbaik bagi Cathay Pacific melalui book flights to Hong Kong online.

Ok, settle bab tiket flight. Now, kita bercerita pulak bab tempat menarik yang korang boleh lawati di Taiwan. Dah sampai sana mestila wajib pergi tempat-tempat best kan. Jadi mari saya kongsikan beberapa lokasi yang korang boleh kunjungi di sepanjang percutian korang di sana.

Lembah Taroko

Terletaknya di Taman Negara Taroko dan jika korang seoarang yang suka dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara, Lembah Taroko adalah destinasi pertama yang korang perlu kunjungi. Ia menawarkan pemandangan yang indah dengan bukit dan gunung yang menhijau. Korang boleh ke taman negara ini dengan menaiki kereta api daripada Taipei dan setelah sampai, gerakkan kaki korang ke denai yang telah disediakan di sini dan jalan sehingga korang menjumpai satu air terjun yang menakjubkan. Penduduk setempat  di sini menamakan air terjun ini ialah Kuil Air Mata Abadi.





Tasik Matahari Bulan

Inginkan suasana yang nyaman dan tenang di sepanjang percutian korang? Boleh terus ke Tasik Matahari Bulan ni. Ia merupakan kawasan air yang bertakung dan membentuk seperti Tasik. Terdapat banyak hotel sebagai kemudahan penginapan kepada pelancong yang datang. Selain daripada menikmati pemandangan di tasik, boleh juga menaiki kapal layar untuk mengelilingi kawasan tasik ini. Kena snap picture banyak-banya kat sini okay.





Maokong

Gondola ataupun cable car di Maokong adalah sangat terkenal sebagai pengangkutan harian yang digunakan bagi para pelawat yang hendak menuju ke Zoo Taipei. Sepanjang perjalan menaiki gondola, korang akan meilhat pemandangan bukit yang menghijau dari sisi atas. Selain daripada zoo, disini juga dikatakan terdapat lading-ladang teh yang terbaik di Taiwan. Korang boleh menikmati teh yang menyegarkan di Maokong ini sambil menghirup udara segar. Ia juga adalah destinasi yang paling popular bagi pelancong yang datang dari luar negara.





Roda Ferris Miramar

Jika korang berjalan-jalan di sekitar Taipei City, korang akan perasan satu ferris wheels yang bersaiz besar yang berada di kawasan Taipei City. Disitu lah terletaknya Taman Hiburan Miramar. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di taman hiburan ini dan yang paling popularnya adalah ferris wheel Miramar ini. Jika berpeluang menaikinya, boleh la melihat pemandangan bagi seluruh Taipei City daripada atas.



Taman Negara Yangmingshan

Merupakan taman negara yang paling mudah untuk dikunjungi di Taipei. Jika taman negara Taroko memerlukan korang untuk menaiki kereta api, berbeza pula bagi taman negara ini. Korang boleh mendapatkan bas bagi tempoh yang sangat sekejap untuk sampai ke taman negara ini. Apa yang menarik mengenai taman negara ini ialah ia mempunyai lokasi gunung berapi yang tidak aktif serta terdapat kawasan mata air panas yang terbaik di Taipei iaitu Beitou.






Itulah beberapa lokasi menarik di Taiwan yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi tempat menarik. Kalau pergi memang kena stay lama sikit baru puas berjalan. Hihi...untuk orang yang cintakan alam semulajadi macam saya ni, Taiwan memang wajib masuk dalam list.  Taiwan menjanjikan bentuk muka bumi dan alam semulajadi yang unik dan indah.Ia menawarkan kepelbagaian dari segi aktiviti dan menjadikan negaranya sebagai pusat pelancongan yang semakin menjadi pilihan pelancong dari luar negara. Jadi jika sudah bersedia untuk melancong ke Taiwan, grab a flight ticket dan terbang lah ke Taiwan.

2 comments:

  1. Hi, nak ke tempat2 tu boleh access guna train/Lrt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Ya. Ada yg blh naik train yapi ada yg jauh skit ada bas

      Delete

Terima kasih sudi komen!