About Us

Friday, April 1, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 17


“ Aku geram sangat ni..eiii, sakit jiwa aku tau kalau hari hari nak mengadap muka makhluk tuhan tu..sudahlah dekat rumah nak tengok muka dia takkan pergi kerja pun aku nak kena tengok muka dia jugak? Boleh gila aku macam ni..” Lancar saja mulut comel Alfira Hanim membebel.

Dia benci bila Amir Firdaus sesuka hati menyuruhnya bekerja di syarikat keluarganya. Bila dia menolak, sengaja pula lelaki itu menggunakan bapa mertuanya sebagai orang tengah untuk memaksanya bekerja disitu. Konon kononnya mereka memang sudah lama merancang untuk menyuruhnya bekerja disitu. Dengan ijazah sarjana yang dimilikinya diharapkan boleh membantu memantapkan lagi perjalanan syarikat mereka. Akhirnya, dia terpaksa juga bersetuju bila Datuk Ir Suffian sendiri yang memujuk. Alfira Hanim mengeluh.

Nadia yang sedari tadi mendengar Alfira Hanim berleter cuma mampu ketawa. Terasa lucu pula melihat sikap baru temannya itu yang makin pandai berleter.

“ Yang kau gelak gelak ni kenapa? Itulah kau, aku suruh kau tolong promote aku  dekat bos tempat kau kerja, kau taknak..tengok sekarang, aku kena mengadap muka Amir tu hari hari..itu belum campur muka si zarina tu lagi..adoi..pening kepala aku ni tau..” Alfira mengeluh lagi. Walaupun seribu kali dia cuba nak mengelak, nak melawan cakap Amir firdaus, pasti dia kalah. Geram betul!


“Kau ni kan Fira, cara kau berleter dah boleh lawan dengan mak senah belakang rumah aku tu..pok pet pok pet macam peluru tau..” Nadia masih lagi ketawa. Dipandangnya kelakuan Alfira yang sedari tadi asyik bermain dengan sudu dan garfu ditangannya. Kadang kadang gadis itu mencucuk cucuk nasi didalam pinggannya untuk melepaskan rasa geram.

“Aku berleterpun disebabkan Amir tau! Bukan saja saja aku nak jadi mak nenek ni..Aku tension ni. Kau boleh pulak gelak gelak..”Alfira hanim sedikit protes.

“La..aku taulah kau tension. Habis nak aku buat macam mana lagi, kalau kau tak suka, yang kau setuju tu buat apa? Dah elok elok kau dapat jadi lecturer kan?” Balas nadia pula. Disuapkan sedikit nasi goreng pattaya kemulutnya. Tengahari ni, sengaja dia meluangkan masa rehatnya bertemu Alfira. Mendengarkan nada suara Alfira di telefon tadipun dia sudah dapat meneka tentu ada lagi masalah gadis itu dengan suaminya.

“ Aku seganlah nak tolak..kau tahu jelah bapa mertua aku tu. Banyak sangat tolong family aku. Duit operation nenek aku tupun, dia yang bayar. Mana aku boleh nak tolak..yang aku sakit hati tu, si Amir tu yang tak bagi aku kerja tempat lain. Semua kena ikut cakap dia..menyampah betul!”

“ Hmm..petanda baiklah tu..” kata Nadia.

“Petanda baik apanya? Tak ada yang baiknya..buruk je aku nampak. Ingat senang ke aku nak bekerja dengan Amir tu? Makin aku nak lupakan dia, makin kerap pulak kena tengok muka dia, susah lah macam ni..” Nada suara Alfira berbaur kesedihan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia ingin melalui kehidupan barunya nanti.

“Maksud aku, petanda baik untuk hubungan kau dengan Amir. Amir macam jealous je kau keja tempat lain. Lepas tu dia pandai pulak nak arah kau kerja dengan dia. Tu tandanya dia ambil berat pasal kau…” Pujuk Nadia lagi. Dia yakin Amir Firdaus masih sayangkan Alfira Cuma lelaki itu keliru dengan perasaannya.

“ Merepeklah kau ni…tak adanya dia sayangkan aku la..dah jelas jelas dia cakap yang dia tak mungkin cintakan aku balik. Aku tak pekak lagi time tu, Cuma aku tak record kan ayat dia tu untuk kau dengar je..” dalih Alfira. Dia bukan bodoh untuk menilai sikap Amir. Nadia masih lagi ketawa.

“ Amir sentuh kau tak? “ tiba-tiba saja soalan itu yang ditanya Nadia. Alfira Hanim mengerutkan dahinya.
“Hisy, kau ni. Tak ada soalan lain ke nak tanya time macam ni?” Alfira hanim melihat sekelilingnya. Takut ada yang mendengar pertanyaan Nadia tadi walaupun nada suara temannya itu masih perlahan.

“La..jawablah. Aku taulah dulu dia letak syarat taknak sentuh kau..tapi betul ke dia patuh syarat tu..” Desak nadia lagi.

Alfira Hanim menggelengkan kepalanya.

“Dia taklah sampai tahap sentuh aku lagi. Tapi cubaan cubaan tu adalah..” Jelas Alfira hanim. Mujurlah waktu itu mereka makan di meja yang agak tersorok dari pandangan orang ramai, kalau tidak malu juga jika ada orang yang mendengar topik yang dibincangkan mereka sekarang.

Nadia mengerutkan dahinya, kurang faham dengan jawapan Alfira. Cubaan?

“Aku tak fahamla..cuba kau explain..”

“Hisy kau ni..buat buat faham tak boleh ke? Malu la aku nak cakap..” Alfira selamba saja makan nasi goreng dihadapannya. Walaupun Nadia itu teman baiknya, namun perasaan malu tetap ada bila menyentuh perkara sensitif begini.

“Ala..cakaplah..penting untuk aku tau..” Nadia terus mendesak.

“Dia ada kiss aku, peluk aku,pegang aku..tapi taklah sampai buat lebih-lebih. Taknaklah cakap pasal ni, aku jadi menyampah pulak bila ingatkan balik. Mir tu memang suka mengambil kesempatan. Aku benci!” memang dia geram bila diperlakukan sesuka hati oleh Amir Firdaus, tetapi yang dia pelik, kenapa setiap kali Amir mencium atau memeluknya, dia jadi lemah. Tak mampu nak melawan?

“Great! Aku yakin Amir sayangkan kau lagi..kalau tak, takkanlah dia nak buat macam tu dekat kau kan..” Nadia tersenyum senyum. Dia yakin walaupun beribu kali Amir Firdaus menafikan rasa sayangnya pada Alfira, hakikatnya lelaki itu sangat cintakan Alfira. Mungkin ada sesuatu yang membutakan mata hati Amir sekarang.

“Mengarut jelah kau ni..jangan nak bagi harapan dekat aku pulak. Kau tahukan aku kalau pasal Mir tu mudah saja lemah. Aku taknak terluka lagi.  Mir tu lelaki. Ada nafsu. Dia buat dekat aku macam tu bukan sebab dia cintakan aku, nafsu je semua tu..” Alfira menolak kata-kata Nadia. Dia sudah lelah menanti cinta Amir Firdaus. Cukuplah! Dia tak mahu berharap lagi.

Nadia hanya menganggukkan kepala walaupun didalam hatinya, dia yakin Amir masih menyintai Alfira.


*************

“You ni kenapa? Orang semua gelak tengok movie ni you boleh pulak muka serius, you tengok ke berangan ni..” Zarina berbisik perlahan di telinga Amir Firdaus. Dia pelik kerana filem lucu yang sedang ditonton mereka sekarang lansung tak membuatkan Amir Firdaus ketawa. Dia sendiri bagai hendak pecah perut ketawa.

Amir Firdaus terserentak dengan pertanyaan Zarina. Lamunan panjangnya tadi terus terhenti.

“Err..I ingatkan kerja dekat office tu..” Dalih Amir Firdaus.  Zarina mengeluh.

“You ni sayang..ada pulak time kita dating ni nak ingat kerja dekat office tu. Come on la..let’s release your tension..cuba you tengok cerita ni betul-betul. Best tau! Dahlah, jangan fikir fikir lagi..” Zarina menarik lengan Amir Firdaus. Kepalanya dilentokkan ke bahu kekasih hatinya itu. Amir Firdaus sekadar mengangguk.

Matanya di alihkan kelayar skrin namun fikirannya lansung tidak disitu. Wajah Alfira yang tergambar diruangan matanya sekarang. Sejak seminggu ini, dia sendiri pelik dengan apa yang berlaku pada perasaanya sekarang. Setiap hari jika tak dapat melihat wajah Alfira, pasti dia akan kecewa. Tak kisahlah jika sekadar melihat wajah monyok Alfira setiap kali bertembung mata dengannya dirumah, dia tetap rasa gembira. Anehnya perasaan yang dialaminya sekarang. Ya Allah, cintakah aku padanya? Amir Firdaus bertanya pada hatinya sendiri.



Tetapi jika cinta, mengapa dia selalu sahaja menyakitkan hati Alfira, mengapa perasaan dan hatinya juga masih pada Zarina? Dia tak mahu kehilangan Alfira dalam hidupnya tetapi dia tetap ingin hidup bersama zarina. Dia yakin jika dia menceraikan Alfira, pasti gadis itu akan lari terus dari hidupnya. Mustahil Alfira mahu dekat dengannya walau sebagai sahabat! Tetapi, dia tak ingin semua itu berlaku.

Sengaja dia memaksa Alfira bekerja disyarikatnya kerana tidak mahu Alfira jauh darinya. Pada Zarina, diterangkan bahawa ayahnya yang menyuruh. Jika Zarina tahu hal sebenar, mungkin gadis itu mengamuk lagi. Amir Firdaus meraup wajahnya dengan kedua dua tangannya. Dia makin pening dengan perasaanya sekarang. Perlahan lahan matanya dipejamkan. Cuba mengusir setiap persoalan yang tak bernoktah dimindanya kala ini.

*************

“ Dapat banyak ke?” Suara yang menegurnya membuatkan Alfira memanggungkan kepala. Senyuman manis lelaki itu dibalasnya.

“Mestilah dapat banyak..tengok oranglah!” Alfira mengangkat beg plastik yang sarat berisi tin tin kosong.

“Bersemangat betul fira ni mencari tin tin tu Rayyan. Sampai dalam semak samun pun dia redah. Mahunya tak banyak..” Kak Zetty yang duduk disebelah ALfira Hanim menyampuk. Alfira Hanim cuma mampu ketawa. Baru kali pertama dia mengikuti aktiviti kelab rekreasi itu, dia sudah mula rasa selesa. Ahli ahli kelab itu semuanya ramah ramah belaka.

“Isy, Fira ni..bahaya la main main dalam semak tu. Kalau jadi apa-apa dekat Fira tu apa saya nak jawab dengan suami Fira nanti..” Isyraf Rayyan membalas. Diapandangnya Alfira Hanim yang ringkas berbaju T-shirt lengan panjang berwarna unggu dan berseluar hitam. Gadis itu turut mengenakan tudung unggu berbunga putih. Walaupaun berpenampilan sederhana gadis itu tetap nampak comel.

“Tak ada apalah Rayyan..lagipun bukan selalu saya nak jadi orang DBKL ni..selalu jadi tukang buang sampah..hari ni saya jadi tukang kutip sampah kenalah berusaha keras sikit. Tengok ni..banyak tau saya dapat..” Alfira Hanim menunjukkan lagi beg beg plastik yang mengandungi bahan terbuang yang boleh dikitar semula. Hampir 3 jam lebih juga dia dan kumpulannya cuba mengumpulkan bahan bahan terbuang yang ada di sekeliling kawasan rekreasi ini. Akhirnya, penat lelah mereka berbaloi juga.

“Iyalah tu…thank’s lah Fira sebab join aktiviti kiteorang ni. Saya ingat ke awak tak dapat datang tadi..” Isyraf Rayyan duduk disamping Alfira. Disuanya bekas plastik berisi air mineral dan mee goreng kepada gadis itu.
“Amboi Rayyan..ambil dekat Fira je. Untuk kiteorang tak ada ke?” perli Zaireen, yang sedang tekun mengikat beg beg plastik untuk dibawa naik kedalam lori. Sebentar nanti semua barang barang itu akan dihantar ke pusat kitar semula.

“Alah kau ni Reen. Fira nikan ahli baru club kita. Kenalah bagi dia makan. Nak suruh dia ambil sendiri takut dia malu pulak..kau pergilah ambik dekat Afzan tu. Macam tak biasa pulak” Isyraf rayyan berseleroh. Alfira Hanim disampingnya cuma mampu tersenyum.

“Yelah tu..aku dulu time mula mula masuk tak ada pulak kau layan first class macam ni..” Zaireen masih lagi menyakat Isyraf rayyan.

“Kau jangan nak buat cerita pulak..pergilah ambik makanan tu. Kita makan sekali..” Ajak Isyraf rayyan namun Zaireen poantas menggeleng.

“Ala..aku gurau jepun..korang makanlah dulu. Aku nak pergi kesana kejap” Zaireen melemparkan senyuman sebelum membawa beg beg plastik tadi ke tempat lori menunggu.

“ Selalu ke kutip sampah ni?” Alfira Hanim memulakan bicara. Tasik yang ada dihadapannya dipandang dengan penuh minat. Ada ketenanangan disitu.

“Ini baru first time buat. Kenapa? Fira tak suka ke main dengan sampah?” Duga Isyraf rayyan.
“Mana ada. Saya memang pencinta alam. Seronok boleh buat kerja macam ni. Bukan selalu boleh rasa.” Alfira hanim menjamah mee goring yang diberi Isyraf Rayyan.

“Tengok tu..samapi bercalar calar tangan ni..Fira kutip tin ke kutip ranting kayu ni?” Isyraf rayyan menunjukkan tangannya kearah tangan Alfira yang bergaris merah kesan calar.

“Ala..sikit je ni rayyan. Tadi saya nak ambik tin dekat bawah timbunan ranting kayu. Tercalar la sikit..” Jawab Alfira, dia senang hati dengan keprihatinan Isyraf Rayyan.

“ Kejap lagi sebelum balik kita sapu ubat dulu. Saya ada bawak kotak first aid. Ada dalam kereta saya..Fira ni. Lain kali hati hati sikit buat kerja tu. Mujur dah kahwin, kalau tak, dah turun harga ni sebab tangan calar balar..” Isyraf rayyan mengusik. Dia seronok melihat wajah ceria Alfira Hanim. Tidak seperti kalai pertama mereka bertemu dulu, gadis itu nampak penuh kesedihan.

“hisy awak ni..ingat saya tak laku dah ke kalau belum kahwin pun?” Alfira ketawa dengan kata kata Isyraf Rayyan. 

“Saya hantar Fira balik kejap lagi. Lagipun dah pukul 6 petang ni. Dah lewat” Tawar Isyraf rayyan sambil memandang jam ditangannya.


“Takpelah..awal lagi ni. Saya boleh balik sendiri kejap lagi” Tolak Alfira Hanim. Sebentar tadi dia datang ke tempat ini menaiki bas dan teksi. Memandangkan dia masih tidak mempunyai kenderaan sendiri sekarang, pergerakkannya banyak bergantung pada kenderaan awam. Kadang-kadang kalau emaknya tidak memakai kereta, dia akan meminjamnya.

“Ala..biarla saya hantar. Saya risaula Fira balik sorang sorang time macam ni..nanti makin risau pulak suami Fira. Lagipun saya yang ajak Fira datang, biar saya yang hantar Fira balik..” Pujuk Isyraf Rayyan. Dipandangnya wajah Alfira menhgharapkan gadis itu mengerti tentang keikhlasannya.
Akhirnya, lambat lambat Alfira Hanim mengangguk. Isyraf Rayyan tersenyum senang.

*************

Dengan tergesa gesa pintu rumahnya dibuka Alfira Hanim. Sebaik sahaja pintu ditutup dari dalam dia tergamam saat melihat wajah Amir Firdaus yang tajam merenungnya. Lelaki itu sedang duduk diatas sofa diruang tamu.

Alfira Hanim menundukkan wajah. Tanpa mempedulikan renungan tajam Amir Firdaus, dia melangkah ke anak tangga untuk kebiliknya ditingkat atas.

“Siapa hantar Fira tadi?” Soal Amir Firdaus namun tidak dijawab Alfira. Langkahnya dipercepatkan ke tangga rumah.

“Abang tanya , siapa hantar Fira tadi?” Alfira tersentak bila tangannya ditarik Amir Firdaus. Alfira merentap kembali tangnnya.

“Kawan” Pendek jawapan yang terluncur dari bibirnya.


“Kawan mana? Fira kemana sampai dekat nak maghrib baru nak balik rumah?” Amir Firdaus bertanya lagi. Pagi tadi dia mendapat sms dari Alfira yang memberitahunya yang isterinya itu hendak keluar ke Shah Alam. Dia tidak sempat nak bertanya kerana sedang menghadiri mesyuarat.

“Kawan saya lah. Saya pergi bergotong royong.” Balas Alfira Hanim. Sebenarnya, dia jadi penat untuk melayan kerenah Amir Firdaus yang tak ubah macam pak guard itu. Dia tak mahu menyebut nama Isyraf Rayyan kerana bimbang api kemarahan Amir Firdaus kembali lagi. Sikap suaminya itu bukan boleh dijangka.Sekejap baik, sekejap jadi pemarah.

“Abang lapar. Nak makan. Nanti masak untuk abang” Amir Firdaus tidak lagi menyoal bila melihat wajah Alfira yang nampak keletihan. Dia jadi simpati. Dia cuba bersangaka baik walaupun hatinya tetap curiga dengan lelaki yang menghantar isterinya tadi. Teman baru Alfira ke? Soal hatinya.

“ Dekat dapur tu tak ada apa-apa untuk dimasak “ Balas Alfira. Setahunya,dia belum lagi membeli barangan dapur rumah itu.

“Abang dah beli. Semua dah ada dekat dapur tu..nanti fira masak je. Abang nak makan” Balas Amir Firdaus.
Alfira hanim mengangukkan kepala. Dia sudah malas untuk bergaduh dengan Amir Firdaus. Tak ada faedahnya pun. Sudahnya, dia juga yang akan menjadi mangsa bila lelaki itu rasa tercabar. Lebih baik dia diam sahaja dan menurut. Lagipun dia masih ingat pesan ibunya supaya mentaati suami dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kerana itu juga, walaupun dia tidak suka, dia cuba juga menjaga makan pakai Amir Firdaus seikhlas hatinya.

Amir Firdaus memerhatikan Alfira hanim  yang menaiki tangga untuk ketingkat atas. Siapa lelaki itu? Takkan teman lelaki Alfira? Takkan semudah itu Alfira mendapatkan penggantinya? Amir Firdaus bertanya sendiri. Hendak bertanya, dia terasa malu juga. Dulu, dia sendiri yang menyarankan Alfira mencari teman lelaki, tetapi sekarang, kenapa perasaanya jadi tidak enak pula? Tanpa disedarinya, hatinya sebenarnya sedang berdetik rasa cemburu.


Bersambung...

P/s : N3 baru for this week..Thank's untuk yg baca! Komen2 lah ye...

* All pictures from google search

15 comments:

  1. hahahaa
    amir dh cemburu
    suka la..
    hehehe...
    nk lg

    ReplyDelete
  2. hah.pdn muke amir.
    soh sgt fira cri boifren.
    skang da jeles pulak.

    ReplyDelete
  3. alar... awat story n3 ni rgkas je jln citer dier...?
    tp its ok, still nice story
    ape kata klau biar amir t'jmpa fira kuar ngan rayyan.. msti ngmuk skan amir kn...?
    hehhehehe...
    next n3 plez...!!

    ReplyDelete
  4. amir dah jeles,,padan muka,,
    smbung lg yer

    ReplyDelete
  5. Best crita ni.Wat bgi Amir jeles.Rayyan suka dgn Fira n tmbh lgi ke watak org yg suka kat Fira.Baru padan mka Amir,byk saingan.Nk lgi next2.

    ReplyDelete
  6. best lah n3 baru nie nak lagi hrap harap ada lagi minggu depan teruskan usaha chio chio !!!!

    ReplyDelete
  7. cun cun...i like..padan muka amir..ko ingat..ko sorang ke yg bole ada kekasih...caya la kat rayyan..hopefully minah tu jatuh hati kat dr tu..biar mamat poyo tu gigit jari..tula ego sgt...

    ReplyDelete
  8. kwang..kwang..kwang..tau plk jelesss eh...he he..fira!..masak sedap2 untuk dinner tau...conf. lepas ni nak makan kat rumah je..hu hu

    ReplyDelete
  9. Thank's semua untuk komen2 korang! I like it so much!!!!! Hehehehe....Tunggu next entri ye..

    ReplyDelete
  10. bestnye!!!!hahaha padan muka amir 2...nk N3 baru pleees....best cgt3

    ReplyDelete
  11. best sesangat, tiap minggu tggu next n3, n tiap minggu lah soalan akan ditujukan kpd azira, btw zira, sy x leh wat novel , but ur fren memang superb.... teruskan usaha......

    ReplyDelete
  12. Nisa:Thank's sesangat..hehehehe.Next entri, tunggu ye!

    Anonymous @ officemate azira: Thank's sesangat awak coz support my novel. Kalau azira xcakap dekat saya, sayapun tak tahu yg novel saya ni ada org follow..huhuhuhu...Thank you so much!!!!

    ReplyDelete
  13. next n3 please...best siot!chaiyok!!!bila nk new n3 ni?nti bt bnyk2 yea..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!