About Us

Thursday, June 16, 2011

Elakkan Menggunakan Perkataan "Kalau" sewaktu ditimpa Musibah

Masuk hari ini, sudah bermacam dugaan yang terpaksa saya hadapi. Masalah yang datang bertimpa timpa. Lepas satu, satu masalah datang. Seperti hari ini,awal-awal pagi lagi, sewaktu hendak ke pejabat, saya ditimpa musibah yang bagi saya agak besar. Mujurlah, ada orang yang baik hati sudi membantu saya. Sepanjang masa saya di pejabat, satu kerjapun saya tak mampu nak siapkan.

Hati saya mudah sangat jadi bimbang, risau selagi masalah yang saya hadapi tak dapat diselesaikan. Mak saya selalu cakap saya ni cepat "panik" dan "kelam kabut". pantang ada masalah sikit, saya mudah susah hati. Sampaikan nak makanpun dah tak berselera....Walaupun dah berkali kali saya kuatkan semangat dan cuba bersabar, saya susah juga hendak bertahan. Berbulan bulan saya cuba kuatkan semangat dengan dugaan yang tak putus putus, akhirnya saya menangis juga. Saya jadi  lemah sangat. Saya memang tak kuat semangat. Bila terlalu banyak masalah dan dugaan yang saya hadapi, saya cepat nak menangis. Sedih =(  Memang inilah kelemahan saya sejak dulu.

Saya hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya hari ini. Saya berdoa semoga masalah saya ini cepat selesai. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu saya. Syukur Alahamdulillah, masalah yang saya hadapi selesai juga. Dan saya tak terfikir lansung yang musibah itu selesai dengan cara begitu! Sedangkan sebelum ini saya sudah berfikir bermacam macam hal. Subhanallah...Memang inilah yang dinamakan hikmah bersabar.

Bersama ini, saya nak kongsikan serba sedikit tentang hikmah dugaan yang Allah berikan kepada kita untuk panduan kita bersama. Semoga kita semua menjadi lebih sabar dengan setiap dugaan dan ujian yang datang. Insya-Allah...




“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )


Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan berbagai cubaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)




Elakkan berkata Kalau


Hadith:
Sabda Rosululloh صلى الله عله وسلام yang bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan."
(Hadith Riwayat Muslim)




Huraian:

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.



2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.



3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.




6 comments:

  1. alhamdulillah..musibah yg menimpa adik tu da berlalu..ingat allah hanya menguji umat nya di atas kemampuan umat tu sendiri sesungguhnya allah tak pernah menzalimi umatnya..didalam kedukaan mesti ada pelangi disebaliknya..ingat surah dhuha..
    apa apa pun akak doakan adik sihat dan dibawah perlindungannya...

    ReplyDelete
  2. TQ kak Ida.Betul tu..saya setuju sangat apa yang Kak Ida cakap tu.Saya akan cuba hadapi dengan baik.Insya-Allah

    ReplyDelete
  3. amalkan membaca surah AL-INSYIRAH kerana dalam surah tersbut ALLAH menjanjikan kepda org yg beriman kepadanya bhw DIA akan mempermudahkan sesuatu yg susah dgan syarat kte sentiasa ingat padaNYA.BACA pstu tanam dlm hti apa2pn yg berlaku dlm hidup kita adalh kehendakNYA belaka.baik buruk yg diberikan kpd kita nanti terim dgn redha .itulah antra amalan sya spnjang 7 thun "gerhana hidup" sya.

    ReplyDelete
  4. betul imah.. bg aku work 'kalau' tu mcm tak bersyukr dgn ape yg kite ade kan... tabahkan diri yek my frens.. :)

    ReplyDelete
  5. assalam... imah nasib n kesukaan imah sama seperti saya.... mcm sama setepat-tepatnya..... lebih nyer imah imah dapat dulu apa yg imah cari dlm blog ini. Allhamdulillah sy jumpa blog imah ini untuk panduan sy... cuma sayang sedikit blog ini hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh dikongsi dalam bentuk lain... imah tentu faham maksud sy.... teruskan berkarya untuk pembaca seperti saya.....

    ReplyDelete
  6. Anonymous: Ya ke? tak sangkakan kita punya naluri yang sama. Salam kenal dari saya. Oh, pasal xboleh copy tu ke? Sebenarnya saya protect novel2 nukilan saya sebenarnya supaya tidak dicuri oleh pihak tak bertanggungjawab. tapi bila letak protection tu terkena untuk semua kandungan post blog saya. Tapi, boleh jugak berkongsi melalui FB. Bila saya dah selamat pindahkan semua novel2 saya ke blog lain, saya akan buang protection untuk copy tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!