Seganas ganas harimau dan singapun mereka tetap ada sifat kasih sayang. Sebisa bisa ularpun, mereka tahu berkasih sayang. Mungkin kasih sayang yang ditunjukkan mereka tak sama macam manusia, tetapi bagi saya mereka yang tak berakal itu jauh lebih bagus dari manusia yang tak tahu sayangkan anak sendiri. Haiwanpun tahu sayangkan anak, tetapi manusia, anak yang dilahirkan cukup sifat, sihat tubuh badan dicampak ditepi jalan, dibuang kedalam tong sampah, paling menyayatkan bila dicampak jatuh dari bangunan tinggi…Kejamnya!
Dunia percintaan untuk si teruna dan dara semuanya indah belaka. Yang burukpun nampak cantik. Yang busukpun jadi wangi..Yang jijik pun jadi suka…
Ya!
Saya sangat sayangkan kamu!
Ya!
Saya cintakan kamu sangat-sangat!
Ya!
Saya janji akan menemani kamu hingga kehujung hayat saya!
Ya!
Saya takkan sia-siakan hidup kamu!
Ayat ayat cinta di atas bagi saya adalah ungkapan ‘
Isteri lari ikut kekasih tinggalkan anak-anak dan suami
Suami pukul isteri sehingga Koma
Wanita maut dibunuh kekasih angkara cemburu
Selepas disahkan menghidap penyakit kronik, wanita diceraikan suami dengan talak tiga
Hancur luluh hati suami lihat isteri sedang berasmara dengan teman lelaki di hadapan mata sendiri
10 Tahun wanita menderita Didera suami sendiri
Bakal pengantin lari tinggalkan rumah sehari menjalang hari perkahwinan
Dan banyak lagi berita berita yang terkandung didalam akhbar yang tak tertulis disini. Saya tidak pandai untuk menjawab semua permasalahan ini. Apatah lagi saya masih belum berumahtangga. Belum merasa pahit manis alam perkahwinan. Namun, kalau panjang umur saya, kalau sampai jodoh saya, pasti sayapun akan melalui semua ini.Insya-Allah..
Persoalan saya..
Adakah perasaan sayang itu hanya wujud ketika senang sahaja?
Apakah perasaan kasih itu ada expired date nya?
Apakah ikrar cinta itu hanya dilakukan ketika bercinta sahaja?
Apakah kehidupan “bahagia sangat sangat” itu berlaku di awal perkahwinan saja?
saya tak dapat menjawab soalan itu..
Saya hanya mendengar “cakap-cakap” orang,
Benar atau tidak..
Wallahualam....
Bagi saya, cinta manusia itu memang hebat,
Cinta boleh buat orang yang waras jadi gila,
Cinta juga boleh buat orang yang sihat menjadi sakit,
Cinta juga mampu mengubah si jahat menjadi baik..
Cinta Boleh membuatkan anak yang soleh menjadi derhaka,
Begitu besarnya impak cinta pada manusia..
TETAPI...
Jika kita mencari cinta yang ABADI..
Jika kita inginkan Cinta yang paling HEBAT
Jika kita mahukan Cinta yang paling INDAH
Kejarlah Cinta pada Ilahi..
Kerana Cinta pada-Nya sajalah yang kekal selamanya..
kerana DIA sentiasa ada disisi kita disaat susah dan senang
kerana DIA sentiasa mendengar tiap keluh kesah yang terbit dari hati dan bibir kita,
kerana DIA maha Pengampun dan penyayang..
Kerana DIA takkan pernah meninggalkan kita keseorangan..
Mintalah, doalah dimanapun kita berada..Dia sentiasa mendengar..
Mungkin kita tidak bernasib baik dalam percintaan dengan MANUSIA,
Mungkin kita selalu merasa sakit Mencintai si ADAM mahupun si HAWA,
Cinta Pada manusia ada yang palsu, dusta dan penuh kesengsaraan..
Tetapi Cinta pada Allah, begitu hebat nikmatnya,
Kasihnya tak ada penghujung..
Janganlah menyalahkan takdir bila kita dipertemukan dengan insan yang salah,
Janganlah terlalu bersedih bila diri kita tak dihargai..
Ujian Allah itu besar hikmahnya,
Bukankah dugaan Allah itu tandanya Allah sayangkan kita?
Berdoalah semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan..
Berdoalah semoga dipertemukan dengan insan terbaik buat kita..
Letakkanlah Cinta pada Ilahi melebihi Cinta kita pada manusia..
Kerana Cinta pada Allah , cinta yang hakiki..
Cintailah dirinya kerana cintanya pada pencipta,
Cintailah dirinya kerana kasihnya yang tak berbelah bahagi pada agama..
Insya-Allah..kebahagiaan itu akan jadi milik kita..
that's right. kita tak blh lebihkan cinta kepada manusia. Allah s.w.t. yg paling teratas. Jika lebih cintakan manusia, hidup akan hancur, tak balance.
ReplyDeletebila hendak bebicara mengenai cinta..amat rumit untuk kita rungkaikan..krn soal hati ..perasaan dan akal susah hendak diperdebatkan.. apa yg Yong tulis tu mmg akak sokong..
ReplyDeletecinta boleh pergi sekelip mata bila cinta baru datang lagi..pada org baru dan hati serta minda sukar untuk ditafsirkan ..dimana SILAPNYA..CINTA YG PERTAMA ITU PERGI..DAN KENAPA IA MATI WALAUPUN DULU KATA HINGGA AKHIR HAYAT CINTA TU TAK KAN MATI..PELIK..YA..
KASIH SAYANG antr suami isteri itu adalah hak ALLAH.Dan setiap rmah tngga itu pasti akan mellui ujianNYA cma cept @lmbat shj.disini sya nak share 2 crita.
ReplyDeletecrita 1 : pngalamn sya sndiri.sya diduga ALLAH pd 7thn prtama usia perkhwinn kmi tiada zuriat + mnggung penyakit mistik (akbt sihir/iri ssorg diatas jdh sya&suami)+lg cmprtngan ipr2=hbgan dngan suami mnjdi tgang.Sya mnghdpi semunya dgn brgntunghrap 100% kpd ALLAH &brsngkabaik kpdNYA bhw ALLAH tdk akn zalim trhdp hambanya.Mengharungi tmpoh 7thn iu sngat3 perit.Tpi SABAR ITU INDAH.Thn ke8 sya disahkan hamil & dikurniakan bby girl..penykit mistik yg sya tggung jg sembuh..hbgan dgan suami &keluarganya smakin tnang.SYUKRAN YA ALLAH.Stiap kpritn yg sya lalui itu sya anggap sbgai ujian ALLAH utk mnguji gred keimanan sya trhadapNYA.Hnya DIA maha mngetahui grd yg selayakny sya prolehi dr ujianNYA itu.
CRITA 2 : kisah seorg rkan sya.12thn pertama rmahtangga yg dibinasgt3 bhgia dengan khdran bbrpa chyamata.Tapi Thn ke13 prkahwinn, sisuami mla hnyut "trbabas" dilandasan "chatting".si istri kcewa dgn tingkah sisuami dan trjbak dgan hbgan teman tapi mesra rkanskerja(llki).Kedua2nya mengikut kta hti yg pnuh dgan amarah tnpa berbalik kpd ALLAH. Akhirnya rmahtangga hancur yg mnjd mngsa adalah anak2 yg masih kecil.
Kesimpulan : Apa shjayg berlaku smada baik atau buruk dlm kehidupan ini berbaliklah kpd ALLAH dan Brsangkabaik kpdNYA adalah salah stu terapi emosi kala kita sdang diUJI oleh YANG MAHA ESA.
YJX: Stuju!
ReplyDeleteKak Ida: Betul tu..sayapun tak pandai nak bercakap sangat pasal hal ni sebab tak pernah melaluinya lagi. Tetapi orang sekeliling buat saya lebih berhati hati. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
ASN: Cerita awak memang sedih. Tapi awak memang kuat semangat.Saya kagum dengan awak. Dalam rumahtangga memang banyak dugaan kan. Betul cakap awak..apapun yang berlaku dalam hidup kita tak kira baik atau buruk, berbaliklah kepada Allah....
setuju.
ReplyDeletecuma...
kena selalu tanya balik pada diri,
apa yang kita dah buat untuk buktikan yang kita cintakan Allah s.w.t?
:)
dan apabila cinta kita Allah s.w.t balas, subhanallah, seluruh alam akan cintakan kita insya Allah.
Dalam Hadith Qudsi Nabi (S) bersabda bahwa Allah SWT berkata: “Kalau Allah SWT mencintai seorang hamba, maka beliau memanggil Jibril. “O Jibril! Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu Jibril memanggil penghuni langit. “Wahai penghuni langit! Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penghuni bumipun mencintainya”
Bila sbut bab jodoh,ajal maut &kasih syang sgt ssah utk kte sbg manusia utk mentfsir&mmbuat kptsan ke atasnya.Semua itu adlh dlm ktentuan ALLAH swt.Ada psgan bercnta brthun2 bgai na rak tpi 2@3 thn dah brcerai, ada pla psgan yg hnya knal slpas majlis akad tp bleh bhgia shingga akhir hyat, dan ada jga psgan yg dah bbrpa thn bercerai bleh brbalik smla jd suami isteri yg rmantik dan harmoni.Bunyi mcm pelik tp itulah kuasa YANG MAHA ESA.tiada siapa bleh menubahnya.Kunfayakun.
ReplyDelete