Baru lepas tengok filem rasuk dengan kawan saya Aina & Zira sabtu lepas. Dah lama tak “dating” bertiga jer dengan diaorang. So, weekend hari tu memang saya spend time betul2 dengan diaorang. Walaupun time tu saya tengah sakit pinggang, tapi degil jugak nak keluar.Huhuhuhu…
SINOPSIS:
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’.
Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.
Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.
Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.
KOMEN SAYA:
Dari sudut penataan bunyi untuk filem ni bagi saya memang terbaik. Sound effect saja sudah cukup untuk buat bulu roma saya meremang walaupun hantu tak muncul muncul pun dekat skrin! Adakalanya bila sound effect kuat sangat, telinga saya terasa bingit sedikit. Tetapi, mujurlah cuma di awal cerita. Kalau tidak, boleh pekak sekejap telinga saya disebabkan bunyi yang terlalu kuat!Hehehe…
Lakonan Fauziah Gous sebagai Melati, wanita yang dirasuk hantu jepun memang sangat mantap! Lakonanya nampak natural dan hidup. Dengan effect wajah dan suara garau yang menyeramkan pujian harus diberikan untuk dirinya. Walaupun hantu tidak menunjukkan diri dalam filem ni, tapi rasukan yang dialami Melati memang sangat menakutkan. Beberapa kali kawan saya, Aina asyik memeluk lengan saya kuat sebab takut sangat. Rasukan hantu pada tubuh Melati memang nampak real! (Buat saya teringat kembali pengalaman saya melihat orang dirasuk hantu masa remaja dulu).
Tetapi, ada jugak yang saya rasa sedikit kurang dan tidak faham dengan Filem ni. Contohnya, untuk watak doktor yang kerjanya hanya ketawa 24 jam. Saya tak faham apa yang hendak ditonjolkan sangat untuk watak doktor tu. Sakit hati pun ada bila tengok dia asyik gelak je bila rawat pesakit.. Paling saya tak faham adalah perkaitan antara kisah silam doktor itu dan juga hantu jepun yang merasuk Melati. Penonton jadi tertanya tanya kenapa hantu jepun tu marah sangat dengan doktor tu sedangkan dalam filem tu hanya menjelaskan tentang “dendam” hantu jepun tu pada keturunan keluarga Melati sahaja. Dari segi lain, filem ni memang best dan sarat dengan mesej agama. Tak rugipun tengok sebenarnya. Pada yang sukakan filem bergenre seram, apa lagi, trylah tengok filem ni !
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!