Dari semalam semua orang asyik bercerita pasal orang ramai di merata tempat. Pergi Pasaraya orang penuh, pergi shopping complex paring penuh, pergi pasar atau bazaar jangan cakaplah….penuh orang berasak asak. Kira hujung minggu lepas adalah minggu paling sesak dengan orang ramai di merata tempat. Sampaikan nak beli barang dekat kedai runcitpun kena beratur panjang!
Ayam, ikan, beras, minyak banyak yang dah out of stock. Laku sangat laku….kurma pun laku bangat sampai habis stock. Housemate saya sampai merungut, dia cakap orang beli barang macam esok nak darurat dah gayanya. Tak tahulah stock untuk bulan ramadhan ke, untuk raya. Jawapan saya, 2 in 1 lah tu. Untuk ramadhan dan untuk raya sekali. Senang kan?
Sayapun bukan jenis yang last minute nak cari semua benda. Bila dah ada budget, terus je beli sebab taknak nanti last minute, budget pun lari. Hujung minggu lepas barulah saya kelam kabut nak cari baju raya dan beli langsir untuk rumah dekat kampung. Kuih raya je yang saya tak cari lagi. Ingat dalam bulan puasa ni baru nak cari. Barang makan xpe lambat sikit. Saya cuma beli barang basah dan barang dapur untuk puasa ni sebab sepanjang Ramadahan ni saya akan memasak. So, stock makanan memang kena sentiasa ada.
Bagi saya, apa yang penting untuk Ramadhan ni adalah persiapan diri dari segi akhlak dan ibadah. Persiapan Fizikal pun penting sebab nak sentiasa bertenaga buat kerja dekat office. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi juga perbuatan. Perbanyakkan amalan dan hindari perkara yang dilarang. Bulan ini bulan kita mengejar pahala. Semoga Ramadahan kali ini membawa seribu keberkatan buat semua. Insya-Allah…
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!