About Us

Wednesday, December 21, 2011

REVIEW: Majlis Pertunangan Saya Yang SIMPLE


Majlis Yang simple untuk Orang yang simple macam saya =)  Saya tak kisah dah “cakap-cakap” orang, saya tak “malu” kalau orang tengok majlis saya yang simple begini sebab saya dan keluarga dah puas hati dengan kelancaran majlis tersebut. Begitu juga dengan family Encik Tunang.

Emak dan ayah saya mengutamakan makanan untuk para tetamu. Bagi diorang hal lain tak penting. Untuk majlis pertunangan saya ni, ayah saya cuma minta family Encik Tunang bawa sebentuk cincin  sahaja. Tak perlu barang hantaran iringan, tak perlu cincin merisik….mudah kan? Sayapun tak kisah. Saya hanya menurut kata ayah dan emak. Tetapi, bila family Encik Tunang nak juga bawa barang hantaran walaupun yang simple2,  sayapun buatlah juga hantaran untuk dibalas. Memang sangat ringkas! Hehehe…Tapi saya buat dengan seikhlas hati saya tau! 



Majlis yang serba serbi ringkas tetapi sangat meriah dengan makanan dan saudara mara yang datang bertandang. Penat memang penat, mana taknya sebaik sampai ke kampung, saya terus saja tolong mak ayah buat preparation untuk majlis bertunang. Penat memandu selama berjam-jam dalam kereta tak hilang lagi, saya terus ja mengemas dan menolong apa yang patut. Malam kahmis tu, ada beberapa saudara yang datang ke rumah untuk tolong kami menyiang rebung. Malam tu, pukul 3.30 pagi saya bari tidur.

Hari jumaat adalah hari untuk sembelih ayam. Hehehe…Bukan tak pernah saya buat kerja2 memproses ayam yang baru disembelih ni, tapi dah lama tinggal. Bapa saudra saya tolong sembelihkan 13 ekor ayam kampung spesis Gajah. Ayah dan emak saya tambah lagi 6 ekor ayam daging(ayam Bandar kot!) untuk dibuat masak merah. Hehehe..best tau kerja2 memproses dan mencabut bulu ayam ni. Suasana pulak riuh dengan gelak ketawa semua orang.

Sepanjang balik kampung, saya memang tak cukup tidur dan rehat. Memang busy betul. Semua benda nak kena buat tapi lega sebab ramai sedara dan jiran yang datang menolong. Ayam masak merah dan Gulai rebung bersama daging dan tulang lembu ayah saya upah kawan dia masak. Lebih mudahkan? Pihak kami cuma buat sambal belacan, sediakan ulam-ulaman, masak nasi, goreng ikan pekasam dan sediakan air. Sepeupu saya pula ada buat dadih sebagai pencuci mulut. Gulai rebung sangat sedap dan laku hari tu! Semua orang asyik minta tambah. Siap tapau bawa balik lagi!  Orang asyik bercakap tentang gulai rebung yang sangat sedap tu dari diri saya yang serba serbi simple ni!hahahaha… Betul ayah saya cakap, setiap majlis paling penting makanan. Bila tetamu semua puas hati, kitapun rasa seronok.







Kalau orang nak cakap saya dan family kedekut taknak wat majlis grand2 saya tak kisahpun. Saya dah bersedia untuk mendengar cakap-cakap orang. Sejak dulu saya di ajar untuk memuliakan tetamu. Buat dan berbelanja setakat mampu tanpa ada pembaziran. Kalau orang lain ada kemampuan dan boleh berbelanja lebih, tak apalah. Itu hak mereka. Tak perlu kita nak mengata atau menghalang.


Setiap orang ada majlis idaman masing-masing dan impian saya cuma mahu yang serba ringkas begini sahaja. Lgipun, majlis pertunangan saya tak mahu yang grand2. Bertunang belum menjanjikan sebuah perkahwinan. Saya sentiasa berjaga-jaga dan beringat tentang ini dan sentiasa berdoa agar sememangnya dialah  lelaki yang telah ditetapkan jodohnya dengan saya sejak azali untuk melengkapi hidup saya. Mudah-mudahan dengan izin-Nya kami berdua akan disatukan kelak. Doakan perhubungan kami ini di akhiri dengan ikatan yang sah. Kita hanya merancang, tapi dia yang menentukan-Nya. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Semoga impian kami untuk membina masjid bersama ini dirahmati dan dipermudahkan. Malah kami deberi kesabaran jiwa dan raga serta ketabahan hati dalam menempuhi alam pertunangan. Semoga saya sentiasa bersabar dengan “kata-kata” mereka. Aminn….



15 comments:

  1. serius kak...
    zaman sekarang semuanya mahal.
    Islam sendiri tak pernah menyuruh kita membazir.
    setuju dengan barang hantran tu, janji ikhlas.
    kata2 orang ni, sekejap je. biasalah.
    nak ikutkan sangat, memang kitalah yang parah nanti.
    tahniah kak, saya doakan pertunangan akak selamat sampai hari pernikahan.
    err.. betul ke ayat ni. hihihi.^^
    apa-apa pun, sy kagum dgn majlis akak. *sambil membayangkan majlis sendiri satu hari nanti. hehe. ^^

    ReplyDelete
  2. akak . . . .Encik Tunang tu . . sma erk orgnya dgn Encik pH akak tu ? hehe jgn mrh yea akak klau slh :D

    ReplyDelete
  3. yang penting berkat :D may Allah bless u

    ReplyDelete
  4. Nadiah: Ya betul2. Biarkan apa cakap2 org janji hati kita bahagia. TQ Nadiah.

    Apa Yang Kurasa: TQ

    Nick Ainaa: Hehehe..Tepat sekali. Dulu Encik PH (Pemilik Hati), sekarang Encik Tunang plk.

    anchovy: Tq. Betul tu. Yg penting berkat =)

    ReplyDelete
  5. Wedding Card? Tq tag? Sticker?
    Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y

    ReplyDelete
  6. sdpnye gulai rebung..my febret tuh

    ReplyDelete
  7. eh xpela tunang wat simple2. nnt kawin nk pkai lagiii byk duit.. lpas kawin lagiiiii byk duit.. biar org nk ckp ape.. yang penting imah xmtk sesen pun duit depa.

    ReplyDelete
  8. Anonymous:hehehe..faveret saya jugak. Balik kampung ja mesti nak makan rebung ni.

    Maria:A'ah betul2. Simple2 sudahlah kan..kawen nantipun kalau boleh aku nak wat sederhana jer,Xnak berlebih2 dan memebazir. Insya-Allah

    ReplyDelete
  9. k.imah congrate.semoga kekal hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  10. selamat bertunang, sile2 ke blog kami, jadi follower dan anda akan mendapat harga istimewa untuk pakej photogrphy.. http://inderazphotoworks.blogspot.com/
    jgn lupe sertakan alamat email supaya kami dapt terus email kan pakej untuk anda.

    ReplyDelete
  11. sedapnya tgk lauk-pauk tu..
    teruih rsa nk blk umh..
    nk mnta mak msk gulai rebung..

    ReplyDelete
  12. simple kiler majlis akak, tapi skunk mane dapat harge2 mcm tue... paling simple pun 3 ribu abes

    ReplyDelete
  13. aku suka majlis yg macam ni..sebab nampak simple, mudah dan membahagiakan..hahaha

    sebenarnya aku tgh cari2 majlis pertunangan yg ringkas..majlis pertunangan sederhana utk golongan yg sederhana macam aku..

    soalannya kan, sbnrnya hantaran2 tu semua masa majlis tunang ke majlis kahwin? aku konfius la..ke dalam dua2 majlis ada hantaran?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!