About Us

Tuesday, January 8, 2013

Kadang-kadang



Kadang-kadang dalam hidup, harus  pandai berlakon..
Tersenyum, ketawa, untuk gembirakan hati orang lain,
Kadang-kadang juga harus jadi manusia yang kental hatinya,
Saat di uji, saat diberi musibah,
Masih sabar mengharungi..
Harus yakin,
Yang setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Kadang-kadang terasa sudah tiada dahan untuk berpaut,
Sudah tiada tempat untuk berteduh,
Sudah tiada tangan yang mahu menyambut,
Kadang-kadang terasa bagai seorang saja di dunia ini.
Tak punya siapa yang dipercayai,
Tak punya siapa yang mahu memberi kasih,
Tak punya siapa yang mahu menemani..


Kadang-kadang terasa lelah bila seringkali di uji,
Terasa mahu berlari sepantas mungkin ke hujung dunia,
Mahu lari dari semua masalah..
Mahu lari dari mereka-mereka yang menyakitkan hati..

Kadang-kadang, sikap berdiam diri itu lebih mulia,
Dari terus menjerit menghamburkan rasa marah dan sakit hati,
Terpekik terlolong bagai insan tiada iman..
Merintih menangis tanpa noktah..

Ujian Allah tanda dia sayangkan hamba-Nya,
Kerana kita mampu menangungnya kerana itu kita di uji,
Saat semuanya tidak mahu memahami,
saat semuanya menuding jari menyalahkan diri ini,
menghukum tanpa sempat di adili,
Allah ada di sisi kita..
Allah tak pernah meninggalkan hambanya..
Tak pernah jemu mendengar setiap rintihan dan doa
Sentiasa kasihkan hambanya..
Hanya dia yang memahami dan maha menengetahui...







1 comment:

  1. setuju skali dengan imah....lbh12 lagi ayat ni "Ujian Allah tanda dia sayangkan hamba-Nya"

    semoga kita terus sbar dan mnjadi muslimah terbaik...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!