About Us

Thursday, February 7, 2013

Bakal Berhenti Kerja


Tak mudah saya nak buat keputusan berhenti kerja. Yelah...saat2 kita dah biasa dapat duit every month, nak bayar itu, bayar ini, siapa yang sanggup berhenti keja kalau xad alasan yang kukuh kan. Memang banyak kali dan lama jugak saya ambik masa untuk berfikir. Setelah berbincang dengan suami, saya rasa mungkin inilah keputusan yang terbaik. Antara kerjaya & keluarga saya memang akan pilih keluarga. Saya tak cakap duit tak penting. Sangat penting. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Pasti ada rezekinya nanti.

Tapi, saya BUKAN nya berhenti kerja untuk selamanya. hanya SEMENTARA saja. Teruklah husband saya nak jadi tukang bayar semua commitment saya every month selama-lamanya kan? kalau setakat bagi duit belanja, duit makan & tempat tinggal tu memang boleh sebab tu tanggungjawab dia bagi nafkah & jaga kebajikan saya. Tapi kalau nak suruh dia jadi tukang lunaskan hutang kereta, ptptn, bajet utk family saya selama-lamanya memang taklah. Untuk sementara tu bolehlah sebelum saya dapat kerja lain. Taknak lah dari hidup selesa terus jadi cukup2 makan or tak cukup makan?  Dahlah si isteri pulak jenis kuat makan kan (^_^) . hehe.....



Husband saya tak pernah suruh saya berhenti kerja. Cuma dia mintak saya  berhenti untuk sementara, ikut dia pindah ke shah alam dan cari kerja lain. Dia risaukan keselamatan saya dekat Kulim ni. Risau sangat kalau apa2 jadi dekat saya dan dia tak ada dekat sini. Family saya & dia  pun jauh. Even family saya duduk kedahpun, 2 jam jugak jarak perjalanan. Harapkan kawan2 office yang baru kenal tu je. Macam kes accident hari tu, dia takut benda macam tu jadi lagi. yelah sekarang ni duduk sendiri dekat sini, nak gerak ke mana pun x boleh. harapkan ihsan officemate tolong ambik dan hantar gi keja. Saya rasa tak sedap hati nak menyusahkan orang sangat. Apa yang jadi hari tu lagilah buat dia nak saya cepat pindah ikut dia sebab dia kata saya tanggungjawab dia. Lagipun yang paling penting dalam hidup seorang isteri adalah redha & keizinan seorang suami. Kalau dia dah suruh, saya kenalah ikut.

In Sha Allah kalau xad aral, bulam 5 ni saya akan berhenti keja. Ada lebih kurang 3 bulan lagi untuk saya kumpul duit buat backup financial saya untuk 4 atau 5 bulan mengangur & untuk bayar insurance & road tax kereta. Simpanan yang ada harus di tambah lagi supaya cukup untuk saya guna time mengangur. Taknak berharap pada suami untuk tanggung  saya sepenuhnya. Dia pun dah banyak komitmen lain. Kena spend duit time emergency kami. Banyak faktor yang kena fikir sebelum ambik keputusan drastik berhenti keja. Saya tak boleh nak cari kerja lain time ni sebab untuk attend interview pun saya bukan ada cuti sebab x confirm lagi. Lepas tu nak ulang alik gi interview semua tu perlukan duit dan cuti dan saya tak nak pening kepala pikir banyak perkara.

In sha Allah ada rezekinya nanti. Yang di cari adalah keredhaan Allah & suami. Ada hikmahnya semua ni.

6 comments:

  1. insya-allah, mungkin boleh cari kerja kat shah alam dari sekarang kan...mane tau tup2 berenti dah boleh daftar tempat kerja baru...rezeki Allah kita xtahu kan, yg penting cari....goodluck! :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ada rezeki. Dapat redha suami, insyaAllah dapat redha Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan fahimah. :)

    ReplyDelete
  3. insya Allah akan ad rezeki, kat shah alam peluang lagi luas.

    ReplyDelete
  4. insyaallah...rezeki Allah tu luas...
    hope dipermudahkan sme urusan ye...
    n all the best..

    ReplyDelete
  5. samalah kita.. tp saya arini last day keje..huhu..
    moga ALLAH permudahkan semuanya... insya ALLAH.. amin..

    ReplyDelete
  6. akak kerja dekat mana bahagian kulim tu?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!