About Us

Wednesday, February 13, 2013

Petua: Air Beras Untuk Serikan Wajah Yang Kusam


Risau wajah korang kusam & tak bermaya? Kurang seri? kurang cerah? leh try cara yang sangat menjimatkan & Mudah macam ni. exspecially untuk korang yang rajin masak. Lagilah senang nak apply petua ni. Boleh buat hari-hari..



Saya dah lama amalkan benda ni. Since time belajar lagi. Asalnya sebab selalu jadi tukang masak nasi dekat rumah, so time cuci-cuci beras tu, air beras tu saya tak buang. Saya guna untuk cuci muka saya. Ni sebab terpengaruh dengan iklan SKII lah. Nak pakai  SK II tak mampu, so kita wat style murah & jimat. bahan asas SKII pun beras kan??? nilah petua yang selalu di amalkan wanita-wanita di jepun. cuci wajah dengan air beras.

Air beras ni sangat bagus untuk kulit. Boleh melembabkan kulit, menghilangkan wajah yang kusam, mengurangkan minyak di wajah dan buat wajah nampak lebih cerah dan berseri-seri. Tapi, janganlah buat sekali terus nak muka berseri-seri! memang taklah. Saya pun lama amalkan barulah nampak kesan. Kena apply selalu. Yelah..sambil2 basuh beras, basuh sekali muka. Tak susahpun.Tapi jangan bilas air beras yang ada dekat muka tu. Biar dia kering sendiri. Rasanya kebanyakan petua orang dulu2, yang ini yang paling kerap saya buat sebab senang. Kalau nak buat masker muka tu rasanya setahun sekali kot baru nak buat. Dasar pemalas! hehe..




Ni gambar saya tanpa secalit makeup. Time ni baru lepas aktiviti riadah dengan suami.  Lepas selalu amalkan air beras ni saya perasan muka saya tak berminyak macam dulu then jerawat dan bintik2 halus pun jarang nak ada.



Air beras ni kalau guna untuk mandi pun bagus jugak tau.

Ok..ni je petua yang saya nak share hari ni.Yang nak kawen tu, leh la start buat dari sekarang! salah satu petua serikan wajah paling senang di dunia selain dari kekal berwuduk.

next entri saya akan share satu lagi petua yang selalu saya amalkan.

Tq for reading!

4 comments:

  1. patut la kulit imah cantik :) ika nak try la..sll buang ja air beras 2 :P

    ReplyDelete
  2. tgk muka imah terus rs nak buat.hehe, tp mmg air beras elok utk kulit.guna sabun susu beras pun kulit jadi lembut.tak perlu g spa.

    ReplyDelete
  3. glow aje kulit awak... nak buat gak lah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!