Saja nak kongsi dekat sini satu fan page dekat FB yang saya
rajin “menyinggahkan” mata baca almost
setiap hari. Asalnya, bukanlah niat di hati nak ambik tahu hal hidup orang,
masalah orang tapi bila bila kerap kisah rumah tangga naik dekat wall FB,
tentulah terbaca jugak kan beberapa kisah.
Tapi Fb ni tak mengaibkan sesiapa. Ala, macam kisah2 kehidupan &
rumah tangga yang kita baca dekat majalah & surat khabar. Tak tulispun
identiti mangsa atau pengadu. Semuanya dirahsiakan Cuma kisah & masalah
mereka yang buat kita sebagai manusia boleh jadikan panduan & peringatan
kerana bukan semua orang bernasib baik di alam “perkahwinan”. Awalnya mungkin
semuanya indah & baik tetapi bila di uji, mampu bertahankah kita? Bukan
semua masalah dalam rumah tangga tu hanya disebakan orang ke-tiga. Banyak jugak
yang puncanya xcukup duit, xjalankan tanggungjawab as husband & wife,
campur tangan in law & so on. Paling sedih bila baru bernikah beberapa
bulan & tengah pregnant then suami
buat hal. Kaki pukul, kaki judi & selalu curi duit isteri. Duit nafkah
lansung xpernah bagi. Huhu…kalau baca memang rasa ngeri. Takut jadi macam tu.
Sebab tu orang selalu pesan kesempuarnaan sebuah perkahwinan bukan terletak
pada sebesar atau segah mana majlis kahwinnya tapi yang penting macam mana kita
nak mengharungi kehidupan lepas kawen. Bukan jugak terletak sekaya atau jawatan apa
yang disandang si pasangan tapi bagaimana mereka bekerjasama menjaga
keharmonian rumah tangga. (amboi..kemain lagi ayat! Hehe). Tambah2 dalam zaman
serba moden & canggih ni….macam2 dugaan hidup. Banyakkkk sgt. Teknologi
canggih, orang pun terlebih canggih la jugak. Kalau nak buat jahat ni duduk
satu rumah jumpa hari2 pun leh wat jahat. Depan laptop atau handphone je dh
cukup. Ye kan? Huhu…
Rasa “cinta” saja dah xcukup untuk kukuhkan struktur rumah
tangga. Rasa tanggungjawab & agama yang paling penting. Tak boleh nak ulas
apa2 sebab saya pun baru kawen. Kalau panjang umur, mungkin banyak lagi cabaran
& dugaan yang perlu dihadapi di masa depan. Dah kawen nipun, saya masih
banyak berguru petua rumahtangga &
nasihat dari emak, kakak & nenek saya. Cuma satu je yang saya pegang, tak perlu
mengejar kesempurnaan yang belum pasti dalam
sesebuah hubungan tapi cuba “sempurnakan & terima “ apa yang memang kita
dah ada. Di mata orang mungkin kita tak bahagia dengan kekurangan yang orang nampak
pada kita & pasangan tapi cukuplah kita tahu yang kita memang bahagia & gembira. Dan belum
tentu kalau kita memiliki keluarga yang lengkap & sempurna macam yang orang
pandang, kita akan bahagia. Sentiasa bersyukur Jika kita masih merasai nikmat
bahagia walaupun tidak sempurna mana
pun. Bila terkurang di mana-mana dalam hubungan cari saja kelebihan yang kita
ada, automatic kita akan rasa bersykur sangat-sangat. Jadikan kisah2 orang lain
sebagai tauladan. Always think positive.
Bila apa yang kita harapkan kita belum dapat setelah bermacam usaha kita buat,
jangan mengeluh & mempersoalkn apa yang Allah takdirkan untuk kita.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya
merancang tapi yang menetukan Allah swt. Ada sebab & hikmahnya mengapa apa
yang kita nak, kita belum dapat. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Bersabar, berusaha & berdoa…In
sha Allah ada ganjaran di kemudian hari kesabaran kita tu. Tidak di dunia,
pasti di akhirat kelak. hakikatnya, macam saya tak mudah nak kawal emosi bila apa yang saya nak xdapat. Lebih sensitive bila terpksa berdepan dgn mcm2 tanggapan orang tapi saya cuba positivekan diri. Nikmati hidup ini sebahagia mungkin. Positive, positive & terus positive. Ceria sbb saya tahu kekurangan yang saya ada tu bukan pengukur bahagia saya.
Melihat kisah hidup orang lain bukan patut kita jadikan
bahan umpatan, kejian, caci maki atau menyalahkan sesiapa tapi buat pengalaman
yang terjadi pada orang lain sebagai tauladan & panduan dalam harungi hidup. Apa yang jadi di hari depan kita tak
tahu. Mungkin selepas ni kita pula yang ditimpa musibah yang sama. Mungkin juga
lebih teruk dari itu. Siapa tahu? Wallahualam. Sama2 berdoa dikekalkan rasa bahagia yang ada
& berwaspada selalu.
Kalau nak like fan page kisah rumah tangga boleh ke SINI
yela imah.selalu orang pesan 5 or 8 tahun yang pertama tu masa penentu.hari2 doa yg terbaik.
ReplyDeletebetul imah.. dugaan dtg mcm2 bentuk.. hope kite as perempuan ni mampu nak hadapi.. baru2 memang semua indah.. kan.. so langkah berjaga2 tu kadang perlu gak kan.. future kite tatau ape yg akan berlaku
ReplyDeletebetol2...kalo kukuh tiang agama, kukuh lah rumah tangga,,,insya-allah...sama2 la kite jaga kan... :)
ReplyDeletekdg2 dugaan tu dtg awal. tak kurang juga yang dah berbelas2 tahun kawen, pun masih ada yang berpisah.
ReplyDeleteSemoga Allah pelihara keharmonian rumahtangga kita semua, semoga kasih syg sentiasa subur buat kita semua. Insha Allah
Insysslah
ReplyDelete.mari kiter doa sama2 utk.kbhgian rumah tgga kiter smua ya..amin
kan imah.. orang tak tahu apa yang kita lalui utk rumah tangga kita. kalau rumah batu bagi mereka itu selesa, belum tentu rumah papan bagi kita tak selesa. tepuk dada tanya iman.. :)
ReplyDelete