Orang melayu selalu cakap, “kalau nak seribu daya, Tak nak
seribu dalih” kan? Satu lagi, kalau
sebabkan minat, sedaya upaya kita akan berusaha untuk capai impian kita tu
walaupun Banyakkkk….. sangat halangan. Huhu….. “alasan” tu tetap hanya
“alasan”. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Tapi “orang lain”
tu maybe situation dia xsama macam situation kita. Manusia..life hidup tak sama
tapi yang bezakan kita adalah”semangat” & “usaha”. Dan dalam minat saya tu,
saya memang jauh ketinggalan dalam semangat & usaha. Dah kalah pun (T_T).
Betul….saya rasa dah lama abaikan minat saya yang satu tu.
Masalah utama, masa. Yup! Kesibukan buat masa untuk minat saya yang satu tu dah
lansung tak ada. Start dari busy dengan hal kawen sampailah dah kawen ni,
sentisa busy dengan life sendiri. Patutnya tu bukan “alasan” stop menulis kan?
Orang lain pun busy jugakk..bukan saya sorang.
Beberapa bulan ni, kena share lappy dengan hubby sebab lappy dia rosak.
Tengah tunggu laptop company dia sampai.
Buat sementara share ar dulu. So, saya memang tak ada masa nak
menulis. Sebab tu dah lama saya xmenulis
novel. Malas nak berebut dengan husband sebab tahu dia nak guna untuk settle
& study pasal skop kerja baru dia. Mula2 dia cakap nak beli lain tapi saya
pulak tak bagi sebab dah company nak bagi. Buat apa guna banyak2 laptop kan? Padahal
dia guna pun banyak untuk kerja bukan untuk personal sangat pun. Cuma sekarang
ni tengah fikir nak beli PC je letak dekat rumah. Rasa lagi suka menulis novel
guna pc dari lappy. Huhu…Hari tu ronda2
dekat plaza alam sentral tenggok Pc baru, design cantik, touch screen, build in
sekali dgn CPU. Tak perlu dah cpu yang besar2 gedabak . Jimat space. Memang
jatuh hati sangat tapi nak beli kena kumpul duit dulu. Banyak lagi benda lain
yang penting nak kena beli dulu. So, sila sabar ok! Guna dulu mana yang ada.
cantik! mmg suka sangat denagn PC mcm ni....bila nak dapat ni? |
Kadang2 rasa terkilan dan sedih pun ada bila baca komen
& email readers pasal novel saya yang bertahun terbengkalai tu. Kalau
rumah, rasanya dah penuh semak samun & pokok2 liar. Seyes rasa bersalah sangat
buat orang tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya tak pernah fikir pun ada yang
tunggu sebab saya bukan pandai menulis cerita pun. Saya fikir, kalau saya tak
habiskan cerita tu, xada orang yang kisah pun. Sebab tu saya tak pernah “paksa”
diri saya kejar masa. Tulis bila saya rasa nak tulis sebab tu just minat saya.
Bukan kerja saya sepenuh masa. Cuma dari time saya kanak2 dulu, saya selalu
berangan yang saya ada novel saya sendiri. Saya tak sangka ada jugak yang masih
ingat cerita2 terbengkalai saya tu. Rasa terharu tau! Huhu…
Time tu baru saya
fikir, saya perlu peruntukan masa untuk minat saya. Perlu ada masa untuk diri sendiri dengan buat benda
yang saya minat. Dah 2 tahun lebih dah stop menulis. Camne saya nak mulakan
balik? Macam mana nak bagi idea2 datang laju2 macam dulu?( walaupun dulu xlah
selaju mana…merangkak la jugak nak habiskan satu bab. Hehe…), Cam mana nak dapatkan “mood” balik? Susahnya
bila lama sangat otak ni berhenti dalam “berimaginasi”. Otak saya bila dipaksa
tanpa idea, memang tak ada ayat yang mampu saya tulis pun. Huhu..Thanks pada
mereka yang rajin email & tinggalkan komen dekat blog ni psl e-novel saya
tu. Hari tu masa dalam bas on the way
nak balik shah alam dari Kelantan, tak pasal2 dapat idea untuk cerita baru.
Padahal time tu saya lansung tak fikir sikitpun pasal novel xsiap saya tu. Then, Cepat2 saya
catit dalam buku nota sebab takut lupa. Haha…idea..suka2 hati je dia nak
datang kan? Tak kira time & tempat. Waktu kita betul2 nak idea, xnak pulak
dia datang. Grr.. Tapi, harus siapkan yang pertama & kedua dulu before
terus berimaginasi dengan yang ke-3. Azam saya tahun ni, nak siapkan manuskrip
pertama & kedua. Yang pertama, tinggal suku je lagi nak siapkan. Yang kedua, banyak lagi nak siapkan.Baru
tulis sampai bab 8 je kan? Huhu.. Tapi, yang saya nampak….banyak yang berminat
novel ke-2 saya tu siap dulu. Hehe….saya tak nak berjanji tapi saya cuba ya!
Salam kenal dari WE...
ReplyDeletehttp://wehmimpiindah.blogspot.com/
nice blog dear... suka baca apa yang u tulis sebab dapat rasa yang u ikhlas sgt masa u tulis belog u :) keep it up dear...
salam kenal. Tq =) dah follow blog awk dh. hehe
Deleteyunk.. pc tu brand apa yea? around berapa rm harga dia? smart lea.. 1st time tengok..
ReplyDeleteHp. Harga dalam 2k++ ada jugak yang bawak 2k. Kira xlah mahal sgt kan? cuma kalau yg bawah 2k tu processor dia bukan i3 or i5 la..hehe
Deletechaiyok akak! dah lama saya menanti KCI dgn CSB. karya2 akak memnang best dan akak memang ada bakat. hope tahun depan saya boleh peluk nvel dripada akak ^^
ReplyDeleteSalam. Adik thanks, selamat menulis kembali memang teruja dan ternantikan kesudahan novel-novel. Jangan putus asa. Fighting.
ReplyDeleteSaya follow blog akak masa akak tulis cerita. Bila akak stop menulis, saya follow pula sebab suka baca kehidupan harian akak.
ReplyDeleteMoga hidup akak sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.
^_^
lama akak x membaca novel... :(
ReplyDeletememang imah. yang paling menghalang sekali mood kita. time kita tak panggil dia datang, dia nak datang. time kita duduk melangut tunggu dia datang, susah beno nak datangnya.
ReplyDeleteteruskan semangat imah. sambung balik. you go girl !!
tak sabar nak tunggu KCI. nak tau ending fira. nak dia ngan rayyan. :'(
ReplyDelete