Demam PRU 13 dah berakhir. Pada yang menang, Tahniah! Pada
yang kalah, jangan mengalah. Jadikan persaingan politik di Malaysia persaingan
yang sihat. Kalau semua berusaha & berlumba-lumba untuk buat yang terbaik
untuk negara, rakyat juga yang untung kan?
Sekarang ni tengah panas sangat2 isu perkauman dekat laman
social & media cetak. Kadang2 saya
pelik dengan orang kita ni. Bila ditegah jangan dibangkitkan isu perkauman, orang akan cakap kita xsayang
agama & bangsa sendiri. Sayang pada bangsa lain. Ya Rabbi…tergamak pulak
wat tuduhan macam tu. Padahal yang kita nak, kehidupan kita di Negara ni aman
damai. Tak ada peperangan, rusuhan perkauman macam yang pernah jadi pada 13 May dulu. Nak ke bila keluar rumah je mengigil satu badan? Takut kena tembak? Takut
kena bunuh? Nak ke jadi huru hara dekat Malaysia ni sebab rakyatnya saling
membenci satu sama lain? Saling bermusuh? Bertelegah? Kalau macam ni..senangla
anasir-anasir jahat dari luar nak runtuhkan keharmonian Malaysia yang kita
nikmati selama ni.
Jangan kata sengketa yang berlaku dengan bangsa lain. Dengan
orang yang sebangsa & seagama pun sarat dengan caci maki & kutukan.
Saling memfitnah & caci maki. Dalam islam pun x ajar kita aniaya bangsa
lain, benci mereka. Tapi islam ajar kita berdakwah, berjihad ke jalan yang
benar. Tunjukkn sikap yang baik pada mereka, mudah-mudahan terbuka hati mereka
menerima kesucian Islam. Paling tidakpun, buat mereka kagum dengan orang islam, menghormati kita.
Kita berjuang mempertahankan agama kita andai kita ditindas. Sayangnya, orang
cepat sangat melatah. Belum apa-apa jadi terus andaikan yang bukan-bukan. Kalau
betul bagai di kata....dan andai “mimpi2” & “andaian” tu jadi
kenyataan…..bergabunglah seluruh umat islam menentang kezaliman ke atas kita.
Berjihad demi pertahankan agama & bangsa.
Tapi sekarang, “andaian2” tu belum jadi pun lagi. Kenapa cepat sangat
nak melatah? Kenapa terlalu menunjukkan yang kaum kita tu lemah?Takut pada
penindasan?Kitakan ramai? Negara ada undang2, ada perlembagaan. Selidik dulu
fakta yang ada dari terus percaya bulat-bulat apa2 yang disebarkan.
Kalau sekalipun benci sangat2, tolong jangan terlalu ekspresikan kebencian tu secara terang. Doakan yang terbaik untuk Negara kita ni. Saya sayangkan keamanan yang kita ada ni. Sayangkan kehidupan yang saling hormat menghormati yang ada selama ni. Saya bencikan pergaduhan dan huru hara sehingga boleh buat umat islam sendiri berpecah-belah. Kita doakan keamanan yang ada terus kekal. Sahabat tetap sahabat, saudara tetap saudara. Jangan kerana fahaman politik yang berbeza, kita berpecah belah. Pihak yang bertanggungjawab…tolonglah jangan di tambah lagi kepanasan isu perkauman ni. Kita doakan yang terbaik buat negera
salam. setuju sgt.. skrg ni tgk makin melampau-lampau pula. dah menang tu patutnya bersyukur la.. mana yang kurang tu perbaiki, bukan menyalahkan org lain. betul ckp ustaz tu... sedangkan diri sendiri x bagi contoh ikutan terbaik mengikut landasan islam, kenapa mesti melabelkan mereka sebagai jahat? tapi nk menegur kwn2 yg taksub sgt bkn perkara mudah. tambah pula, mereka lebih percaya sumber-sumber daripada fakta dan kebenaran. Allah swt sahaja sebaik-baik pelindung kita dan Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku.
ReplyDeleteSalam. Sy setuju. Politik seharusnya bukan menjadi medan mencari perbezaan, tetapi ruang untuk mencapai kata sepakat yang akan menyumbang kepada keharmonian bangsa dan negara. Kadang2, malas juga nak jawab bila orang tanya pendapat saya mengenai politik. Jawab ini pun salah, jawab itu pun salah.
ReplyDeletehmm tulah.sudah2 lah.letih dh kan.
ReplyDelete