About Us

Thursday, August 29, 2013

Takdir. Anak. Rezeki



Entri yang dah lama sangat saya nak tulis dekat blog ni. Sejak saya tak pregnant lagi memang saya ada simpan hasrat nak tulis pasal benda ni. Baru sekarang ada masa nak menulis.

Saya bukan kategori mom to be yang bunting pelamin. Means..lepas kawen terus pregnant. Mungkin sebab saya kawen dulu xde pelamin so saya tak rasa ayat “bunting pelamin” tu praktikal untuk saya. Tapi bukan maksudnya saya & suami tak nak anak cepat2.  Saya berserah pada rezeki. Kalau cepat, Alhamdulillah…kami terima dengan senang hati tapi kalau lambat kami fikir aje positif. Bukan rezeki lagi. Pasti ada sebab & hikmahnya kenapa rezeki “anak” tu belum sampai lagi.

Apa yang saya nampak dalam majority masyarakat melayu ni, ramai yang buat perkahwinan sesetengah pasangan  tu macam satu perlumbaan siapa yang paling cepat pregnant atau dapat dapat anak dulu. Macam satu kebanggaan tak terhingga kalau dapat pregnant awal then yang pregnant lewat ni di anggap tak suburlah..banyak masalah kesihatanlah.. lemahla, tak power. Hmm….Boleh pulak buat perbandingan yang si polan ni kawen lambat dah pregnant yang si polan ni kawen dulu tak jugak pregnant2 lagi. Bukan semua orang macam tu..tapi ada jugak yang lansung tak menjaga sensitiviti hati dan perasaan orang lain dengan mengeluarkan ayat-ayat yang bagi saya layak buang dalam tong sampah saja. Mereka ni lupa ke yang anak tu rezeki dari Allah? Mereka lupa ke yang manusia ni bukan tuhan. Allah tak janji yang setiap yang berkahwin tu akan dapat anak cepat, Allah tak janji pun setiap yang berkahwin tu akan dapat anak. Tapi kita tahu yang Perkahiwnan tu boleh bawa macam2 pahala untuk suami dan isteri. Perkahwinan tu menghalalkan hubungan dua makhluk Allah yang saling menyayangi. Allah janji yang isteri yang baik, yang patuh pada suami , menjaga aurat & solatnya bakal masuk syurga. Kenapa orang luar masih nak bising2 soal “anak” sedangkan pasangan tu sendiri redha & bahagia dengan apa yang mereka ada? Siapa yang kahwin taknak anak? tapi kalau dah macam2 usaha buat, berdoa, berikhtiar tapi masih belum dikurniakan anak, layakkah mereka dihentam? Ini TAKDIR. TAKDIR. Mereka sedang di uji.



Jangan pandang orang yang lambat dapat anak ni or orang yang tak ada anak ni tak bahagia, tak lengkap hidupnya. SALAH! Cuba bagitau saya..ada tak pasangan yang ada anak tu tak pernah ada masalah? Tak ada yang bercerai birai? Tak ada ke? Rasanya kalau baca ruangan masalah rumah tangga atau kes mahkamah ramai je yang ada anak tapi bercerai, suami buat hal….Anak bukan jaminan yang rumahtangga tu akan bahagia & berkekalan. Kalau selidik faktor penceraian pun, soal “anak” ni tak masuk pun dalam kategori antara punca2 utama pasangan bercerai. Memang anak tu pengikat kasih sayang tapi layakkah kita sebagai manusia, sebagai hamba nak mempertikaikan apa yang Allah takdirkan pada manusia lain? Siapa kita nak mencabar takdir Allah? Kita sebagai hamba boleh berusaha….dari segi perubatan moden or tradisional, boleh berdoa tapi hanya Allah sahaja yang boleh beri rezeki tu pada kita. So, jaga mulut. Jangan menghina golongan yang lambat dapat rezeki anak ni. Kita tak tahu yang sebenarnya banyak keistimewaan lain yang Allah bagi pada mereka. Banyak kelebihan lain yang mereka ada berbanding kita yang mungkin dikurniakan ramai anak. Anak tu rezeki. Anak tu anugerah tak ternilai untuk kita. Pada mereka yang punya anak, bersyukurlah dengan anugerah hebat ni. Kita tak tahu apa akan jadi masa depan. Mungkin kita di uji dengan anak kita sakit atau apa-apa lagi ujian. Sp, tolong jangan terlalu berbangga dan mendabik dada depan mereka yang belum dikurniakan anak sebab kitapun tak tahu apa akan jadi di masa depan. Ujian & dugaan Allah untuk manusia tu satu rahsia. Dan setiap manusia Allah dah tetapkan rezeki masing2. Jangan banding2kan. Kita ada kelebihan & kekurangan masing2. Terlebih di sini, pasti ada terkurang ditempat lain. Tak ada yang sempurna pun…



Bercerita pengalaman sendiri. 10 bulan saya kahwin baru saya tahu saya pregnant 6 minggu. Means, Rahim saya ni kosong sehinggalah bulan ke-9 perkahwinan kami. Setakat sindiran orang tu saya dah rasa lali. Saya tak pernah ambik hati atau rasa sensitive kalau orang tanya saya, “dah berisi ke belum”. Soalan yang bagi saya setakat bertanya khabar. Saya tak kisah..tanyalah dan saya mesti jawab dengan senang hati & minta mereka doakan yang saya jugak cepat dapat anak. Tapi yang selalu buat saya terasa @ terkilan bila orang mempertikaikan & buat macam benda pelik bila saya masih tak pregnant2 lagi.Lepas 4 bulan kawen, boleh pulak orang tanya saya kenapa lambat sangat dapat anak? Hey..hallo! baru 4 bulan kawen ok. Lama sangat ke? Ada yang tunggu sampai 14 tahun baru dpt anak.

 BIla cakap belum..takde rezeki lagi, cakap pulak kita ni merancang. Padahal takpun. Tapi bagi saya kalau merancang pun kalau Allah nak bagi anak, akan mengandung jugak walau merancang cam mana pun. Kuasa Allah tak ada siapa dapat tandingi.  Paling sedih bila ada pulak yang terang2 bangga diri depan saya yang dia kawen lambat wife dia pregnant dulu. Cakap husband saya tak power la..kami xpandai buat anak la. (Maaf..bukan 18sx ya).. Bagi saya ni satu gurauan yang keterlaluan dan tahap melampau. Saya tak kawen dgn husband saya semata-mata nak berlumba dengan kawan2 saya siapa dapat anak dulu or siapa bunting pelamin dulu. Ini soal rezeki bukan pertandingan. Rahim perempuan ni bukan mesin. Yang bila telan je apa2 sample terus jadi anak dalam tu. Bercakap macam kita ni tak ada perasaan. Saya selalu rasa yang saya dah bersedia jadi ibu, husband saya pun selalu cakap dia dah sedia nak jadi bapa. Kita cakap dah sedia tapi Allah tahu waktu bila yang kita ni “bersedia”, waktu bila yang terbaik untuk kita terima rezeki dari DIA. Perancangan Allah tu yang peling terbaik. Kalau lambat mesti ada hikmahnya. Kita je yang tak tahu. Tapi kalau dapat anak awal, jangan kata kita tak ready, xlayak lagi jadi ibubapa lagi sebab Allah lebih tahu samaada kita ni layak ke tak. Mungkin hati & mulut kata tak sedia tapi Allah tahu waktu tu waktu paling tepat untuk dia bagi rezeki anak dekat kita walaupun baru sangat je kawen. Dia tahu kita dah layak..dah sedia. Kita boleh jaga anak sendiri dah. Bersyukurlah kerana korang anatara orang-orang terpilih untuk dapat zuriat awal.

Masa saya masih berdua dengan husband, belum ada rezeki anak, kami just enjoy every single moments yang ada. Tak perlu nak stress sangat fikir pasal rezeki yang belum dapat. Nikmati apa yang ada depan mata sebahagia mungkin. Saya ada juga usaha dari segi pemakanan tapi xdelah sampai tahap stress melampau nak anak cepat2. Takdelah hari-hari fikir pasal nak anak. Saya tak rasapun saya & husband ada kurang apa2..enjoy hidup berdua sebab time bercouple dulu mana ada masa nak bercinta sakan. Lagipun kami fikir positif. Bagi saya, mungkin Allah nak bagi saya masa yang lebih untuk layan suami, untuk berbakti pada dia. Kumpul amal banyak2 sebagai isteri. Gi berjalan sana sini dengan husband, masih lagi keluar jumpa kawan2 dekat luar sama2. Kami penuhkan rumah kami dengan semua keperluan. Kira awal2 kawen tu kami Berjaya la lengkapkan rumah kami. Then, stabilkan kewangan kami. Dah prepare dah siap2 belanjawan bila ada baby nanti. So..kami tak stress atau rasa rendah diripun dengan kekurangan kami ni. Tak dapat baby awal, buat dulu apa benda yang kami nak buat especially dr segi duit. Kalau nak rasa nak belanja itu ini, sekarang la masanya.

 Rezeki nak anak awal  tak dapat, tapi saya tahu ada lagi rezeki lain yang Allah bagi tanpa kami minta. Lagipun, kami bersyukur sebab dapat family yang sangat memahami. Family saya & family in law tak pernah sekalipun tanya kami pasal anak sampailah saya bagitau mereka sendiri yg saya dah pregnant. So, kami tak tertekan. Satu lagi saya positif je bila tahu kawan2 saya dah pregnant, positif je baca entri2 pregnancy kawan2 dekat blog. Happy buat macam tu. Tak nak terasa hati or rasa rendah diri sebab saya tak pregnant lagi. Bagi saya tak salah baca pasal ilmu2 kehamilan ni sebab at least saya dah bersedia dari segi tu kalau ada rezeki nanti. Lagipun, doktor pun pesan dekat saya jangan stress pikir pasal period saya yang tak teratur, hormone yang tak stabil lepas kawen..sampai rezeki adalah. Dan doctor selalu cakap saya muda lagi..walaupun saya rasa saya dah tua! Hehe…Jangn stress fikir hal anak sebab stress pun salah satu sebab sukar hamil dari segi perubatan. Dan saya buat apa yang dr cakap, makan vitamin yang dia bagi tanpa stess. Tak nak berharap setinggi langit dan Alhamdulillah..rezeki nak pregnant  tu dah  sampai. Rezeki untuk melihat anak ini lahir dengan sihat dan selamat ke dunia itu saya  berdoa pada Allah  setiap hari. Mudah-mudahan dia lahir dengan sihat, sempurna dan bakal menjadi hamba Allah yang mulia akhlaknya. Moga ada rezeki buat saya & suami membesarkan dia. Setiap yang berkahwin tu nak anak. Pada yang belum samapai rezeki tu, bersabarlah. Kita sedang di uji. Ujian Allah tu tanda dia sayangkan kita. Jangan rasa diri terkurang apa-apa. Cari kelebihan yang Allah dah bagi pada kita. Jangan stress, nikmati hidup dengan suami @ isteri sebahagia mungkin. Kumpul amal & pahala banyak2 sebab berbakti pada suami. Usaha untuk ambil apa2 supplement tapi jangan samapi stress gila kalau tak mendatangkan hasil. Jangan give up ok! Berbahagia dengan apa pun yang kita ada dengan cara kita sendiri. Pekakkan telinga je dengan cakap-cakap orang. Anggap semua tu ujian. Mereka mengata kita yang dapat pahala.

Bila rezeki tu belum sampai, fokuskan dengan apa yang kita dah ada. Nikmati kehidupan kita sebahagia mungkin. Jangan rasa rendah diri atau terkurang apa2. Sebab disebalik kekurangan yang satu tu, banyak lagi kelebihan lain yang kita ada. Jangan mengejar & mengharap sangat2 pada benda yang belum ada sampai kita terlupa untuk menikmati rasa bahagia yang sememangnya kita dah ada. Berhenti dari terus memikirkan perasaan orang lain sebab hati kita sendiri yang akan sedih. Saya faham, susah nak built up semangat diri, nak jadi kental dengan kata2 orang. Sebab banyak "mulut-mulut" yang takde filter. Dan sekental manapun hati, bila ditujah kata2 pedas, pasti terluka jugak. Kalau saya, bila tengah sedih, rasa terluka saya akan baca ayat2 motivasi, akan baca buku2 atau artikel tentang ujian Allah, tentang nikmatnya bersyukur..atau apa2 saja ayat yang boleh naikkan semangat saya. Yang boleh hentikan air mata saya. Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah-Nya. Ada ganjaran besar untuk mereka yang sabar.

In sha Allah..akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana tahu lambat-lambat dapat kembar terus ke? Lagi best kan!


p/s: sorry kalau apa yang saya tulis menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Saya bercerita secara general tidak bertujuan meburukkan sesiapa.

52 comments:

  1. Salam Imah,

    :) terubat hati sy baca enty nih.

    ReplyDelete
  2. imah,entry ni memang terbaik! syukur ada jugak blogger share benda mcm ni..saya suka semua point2 awk.. saila xtau nk ckp apa lg dah..dh mls n letih nk explain..kalu idup berdua xbahagia ke? kadang2 saila tgk ramai sgt yg nk anak cpt2 sampai mcm berlumba2,tp bila dh ada anak guna nama anak sbg penghalang utk keluar dating dgn suami lah, tgk wayang lah etc..kesian anak tu..sbb tu saila dh btl2 ready bru mengandung..xkisah lah org nk ckp apa..janji kitorg happy :)

    ReplyDelete
  3. setuju sgt syg.. jijah pon dah setahun kawen baru ada rezeki anak ni.. sebelum ni pekakkan telinga je org cakap macam2.. siapalah kita nak menidakkan kuasa Allah kan...

    ReplyDelete
  4. well said sis.. sy pun bukan kategori bunting pelamin.. cuma rezeki kami awal je.. mungkin ALLAH memahami keadaan kami yang PJJ tahap kritikal dan ada kekangan untuk balik n jumpa selalu.. agaknya kalau DIA tak bagi masa bulan 12 tu, mungkin sampai sekarang masih tak ada rezeki rasanya.. Imah pun PJJ jugak kan dulu.. tu sebenarnya antara faktor2 yang menyumbang.. orang tak faham.. dorang cuma tengok luaran.. tapi pernah ke nak tgk halangan dan dalami apa yang kita lalui?? tak pun kan.. pepun, kena pegang satu je kesimpulannya; tetap ALLAH akan bagi bila kita bersedia... kalau dia dah nak bagi tu, tak kira la PJJ ke x ke, jadi je.. tapi kalau dia xnak bagi, buat siang malam pun tetap tak dapat jugak.. hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

    ReplyDelete
  6. Sama la kite Imah..ecah pulak memang plan lepas setahun kahwin baru nak ready ada baby..tapi xde la makan pil perancang or ape ke..pandai2 la tengok kalendar ovulation kan...tapi dalam pada tu kami x kisah kalau diberi rezeki cepat utk dapat anak...

    tapi biasa lah..family kita okey, tapi orang lain pulak beria..siap marah lagi pesan jangan merancang...masalahnye mereka tahu ke x yang kita ni x merancang pon...selamba jek sound..hehe

    Alhamdulillah...Allah pon restu perancangan kami...cukup setaun kami kawen, sekarang dah pregnant...bersyukur sangat...walaupun kadang risau takut x mampu, tapi kami yakin dengan perancangan Allah..

    pada yang belum diberi rezeki, niat dalam hati percaya janji Allah, Insya-Allah orang cakap apa pon hati kita tenang jek..rezeki tu ada...cepat atau lambat jek kan.... (^_^)

    ReplyDelete
  7. salam imah..lama qaseh tak blog walking. sibuk ngan raya. hehehhee

    setuju sgt dgn kata2 imah..xde sehari pun berlalu tanpa memikirkan soal nk anak, kadang2 air mata laju je bila dgr byk kes penderaan la, kes buang anak la. sedangkan qaseh diuji Allah utk terus berusahaa dan iktiar dimerata tempat. Alhamdullilah syukur bila ada yg memahami.

    peace

    ReplyDelete
  8. setuju sangat..
    cik hani dah kawen hampir 7 bulan..masih belum pregnant..sedangkan kawan2 yang lain rata-rata ramai yg dah pregnant..tambahan pulak cik hani bersanding sekali ng adik lelaki yang kawen sekali time ngan cik hani..isteri dia bunting pelamin..lagi la orang bandingkan kami..
    Tuhan je tahu perasaan kami..suami banyak support cik hani..mujur ada suami..memang stress..

    sekarang hope ada rezeki cik hani pulak..
    semua doakan cik hani jugak..amin

    ReplyDelete
  9. Minx izin share ..tq so much

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    ReplyDelete
  11. Stuju sgt2 dgn entri sis..pnglaman sy jauh lbih teruk dr ini..sy seorg yg menderita vaginismus (bole google apa dia), bkn sebulan, bkn sthun tp 4tahun!! Bygkan, jgn kata nk hamil, nak tunaikan tgjawab pd suami secara normal pun xmampu..sy cuba berubat diam2, xde sorg pun yg tau sbb sy malu sgt2 kalau org tau.xsmua tau psl vgnismus, ramai yg anggap xlogik berlaku..kalu sy bkk mulut pun sy yakin org pndang serong, silap2 lbh teruk ceramah yg kna dgr.. takdir Allah smua usaha gagal..mujur suami sgt pnyabar, xprnah langsung mngeluh, asalkan kami tak buat cr yg salah sudah..sbb tu sy snsitif sgt2 isu anak.sy xleh dgr skit pun isu ank wpun pertanyaan tu kononnya nk 'mmbantu'..takdir Allah jugak, sy hamil wpun masih vagisnismus!! Sy hny pulih dr vgnsmus brapa bulan lps anak ptama..alhamdulillah, kini hamil anak kdua..buat org diluar sana sy merayu sm sperti sis, snsitifla dgn org mcm kami..mohon share ye..

    ReplyDelete
  12. terbaik la blog yg perna saya baca..tenang rasa ati..apa yg terbuku d ati semua terungkap dan menyenangkan ati saya...hilang tekanan..kalau la semua org mcm awak yg memahami..

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing....yup semua point ada kat dlm ni....mmg bertambah stress sebab kat opis ade je yg bawa perut xputus2.... stress kdg2 smpai rase xnk pegi opis, xnk dgr brite lgsg kalo member preggy, xnk dgr org ckp oow org ni dh ada org tu dh ada... ko ni xde lagi ke....

    Bab anak ni kalo leh beli dh lama g beli, then bila kita senang skit ade pulak mulut ckp, ko xde anak boleh la beli itu ini, esok ada anak baru ko tau.. tergurisnya hati kecil, kita enjoy duit sendiri sbb nk hilangkan sedih xde baby, jd yg ada baby jgnlah guna baby sebagai alasan sedangkan anak jg pintu rezeki....

    Kadang2 bila org suh kita sabar la belum smpai masa dan sebagainya,jd mcm fedup pun ade,...bukan xhargai cuma malas nk ingt2 dan fikir.... sy stressss.....huhu.... cmne ek blogger nk elak stress... dh kawen bertahun2x.....sy dh sedia kalo kawen xde baby, sbb sy dh terlalu letih untuk mengharapkan apa2, insyaallah terima takdirnya andai Allah dah tetapkan xde rezeki utk rasa bagaimana mengandung dan melahirkan...bagaimana sakitnya ibu saya melahirkan saya.... wallahuallam.....

    ReplyDelete
  14. Betul org macam kami xdengki cuma kita terlalu sensitif.....emosional, air mata saya mudah sgt nk mengalir andai ade yg bertanya.. tapi kadang2 fikir Allah menguji hambaNya sesuai dengan upaya...

    ReplyDelete
  15. Salam kenal imah..terima kasih atas artikel yg menarik ni..akak juga insan yg sedang diuji..dah lebih 7 tahun usia perkahwinan kami..walau belum dikurniakan zuriat namun Alhamdulillah Allah kurniakan kebahagiaan buat kami dlm sudut yg lain..ada lebih di sana tapi mungkin ada yg terkurang di sini..tidak mengapa..itu tanda kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya kan..senang2 sudilah kiranya singgah ke blog akak ye :)

    http://www.iwannabeumie.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Salam kenal imah..terima kasih atas artikel yg menarik ni..akak juga insan yg sedang diuji..dah lebih 7 tahun usia perkahwinan kami..walau belum dikurniakan zuriat namun Alhamdulillah Allah kurniakan kebahagiaan buat kami dlm sudut yg lain..ada lebih di sana tapi mungkin ada yg terkurang di sini..tidak mengapa..itu tanda kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya kan..senang2 sudilah kiranya singgah ke blog akak ye :)

    http://www.iwannabeumie.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Salam. Tenang hati sy bila baca blog ni.sy baru je kawin 2 bln lps tp bila kwn2 duk tanya dh berisi belum stress sgt2..bila period je rasa down.kpala serabut.. mungkin Allah xnk bg lg rzeki anak.

    ReplyDelete
  18. Salam. Tenang hati sy bila baca blog ni.sy baru je kawin 2 bln lps tp bila kwn2 duk tanya dh berisi belum stress sgt2..bila period je rasa down.kpala serabut.. mungkin Allah xnk bg lg rzeki anak.

    ReplyDelete
  19. Sye mohon share sis..suke n stuju sgt dgn pndpt sis..arap2 nye dpt beri motivasi bg kwn2 yg ngah bersedey kt luar 2..thnx sis:-):-)

    ReplyDelete
  20. sy memang stuju 150% ... masyarakat melayu kite mmg camtu.. cube la fikir sikit hati org yg belom ada anak ni.. ni sume nak jd tuhan, sebokkan hal org yg xde anak.. tu kan sume allah yg tentukan... bad mouth!!!! kdg2 anak bkn menjadi satu rezki pada pasangan tetapi suatu bebanan, bila ibu bapa x pandai mendidik anak utk aset ke syurge... malah anak jd aset ke neraka.. nauzubillah..bkn kuantiti yg kite cari tapi kualiti anak yg kite didik tu.. -dari hati yg terluka!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, Jemput ke blog saya.

    nhudahamid@blogspot.com

    ReplyDelete
  22. salam....sy da dekat 2 tahun kahwin belum ada rezeki lagi...life must go on and live life to the fullest..bab org tanye tu da sgt2 lali...biarkan n senyum je!!!

    ReplyDelete
  23. mohon copy gambar katun tu.
    kadang x terdaya nk jwab.. send mesej dlm katun tu je.. agar mereka dpt mgerti

    ReplyDelete
  24. salam
    entry yg Sgt menenangkn jiwa sy Saat ini. sy jga blm dikurniakan rezeki anak setelah 10 bln berkahwin...kdg2 sedih dengan
    pertyaan masyarakat yg tidal mengerti....apapun sy sabar Dan redha

    ReplyDelete
  25. salam
    saya suka baca entry awak ni..terasa tenang sikit jiwa saya..saya pun dah masuk 10 bulan berkahwin..tapi wat masa ni elum lagi ada tanda-tanda saya mengandung..saya harap tahun ni rezki saya..saya pun dah penat nak menjawap pertanyaan masyarakat juga dari sedara mara saya..tolong doakan saya yer

    ReplyDelete
  26. Lega bila bc blog ni...rs spt blogger ada dpan mata....sy bru je 2 bulan kahwin...tp rakan2 keliling sibuk tanya...in shaa allah....ada rezeki nnt...amin...walau pn sy blm ada zuriat...sy bsyukur dpt suami yg baik...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum semua.. kak imah,. Terima kasih atas perkongsian ini... terharu membaca hasil tulisan akak..seolah2 menzahirkan apa perasaan saya dan suami... Saya telah berkahwin sejak 2008 yg lalu dan kira usia perkahwinan kami lama juga... pada mulanya, saya masih tidak merasa sensitif dgn kata2, persoalan org luar berkenaan anak.. Kerana ALLAH BELUM KATA YA lagi pada kami berdua untuk memperolehi zuriat... Alhamdulillah dalam tempoh itu, sehabis baik... rezeki membeli rumah d sni dan d kg.. soal kewangan , alhamdulillah... nak pegi mana, masih berdua... masih menjadi pasangan romantik yg sama sprti sblm nikah tu... Namun, saya tidak nafikan ... Selang beberapa tahun, saya mula sensitif dan cpt terasa... bkn sbb ada alasan lain.. saya dan suami alhamdulillah tidak ada msalah.. Cuma memang belum rzki... Berusaha, berdoa, tawakkal kepada Allah ada perkara yg sntiasa menjadi rutin... Hati saya terdetik dan kadang nangis sendiri... apabila melihat gelagat anak2 kecil... anak2 rakan taulan... Lain rasa Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Terima Kasih pada yang sudi meluang masa membaca entri kecil sya ini... Tqsm...

    ReplyDelete
  28. Allah mengetahui segalanya...kita hanya berusaha dia yg menentukanNya

    ReplyDelete
  29. Mohon share sis.. Terkesan dihati krn sy sdang mngalaminya..

    ReplyDelete
  30. Sy sedang laluinya. Terima kasih atas entry ini. Bnyak membantu dlm menguatkan semangat sy...

    ReplyDelete
  31. tenang hati bace entri awak..tibe2 semangat tu ade..hehe..

    ReplyDelete
  32. Mohon share.sy rs tenang membacanya

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah..terima kasih...blog ni bg bnyak semangat... Sy dan suami da 4 taon masih bersabar dgn ujian dr Nya .. Alhamdulillah kami bhgia... Cuma kdg2 geram sbb ade yg bezakan , ada yg ckp xpndai buat sume ade. Hurm....sabar je la dgn dugaan yg Allah bg.... Amin...

    ReplyDelete
  34. Entry yg memberi semangat kat hana..kkdang sedih gak bla dikalangan mom 2 be n dah beranak pinak bincang itu ini mcm kita ni xwujud plak T_T bkn niat org tu nak perli2 kita tp tu lah ha5i ni xdpt nak slindung lagi.sdih juga

    Hana bru 4 bulan kawin.kwn hana yg kwin 4 bulan tu dah mom to be tu yg mcm terasa skit

    ReplyDelete
  35. Terima kasih atas entry yang sangat motivational ni. Sy pon da 4 bulan kawen tp masih tiada rezeki lagi. Kadang2 tu mmg xnk pikir sgt (xnk stress), tp bile da nk smpi due period tu, mmg hati ni meronta2 nak jugak taw either kite ni preggy ke idak. Tp bile period da turun, terus rase down. Tp lepas tu sedapkan hati ckp xpe cube lagi, Allah lg tahu ape yang terbaik utk kami. Bile tgk fb or instagram tgk kawan post psl preggy or anak memasing ade jugak rase frust. Tp at the same time, cube muhasabahkan diri. =D

    ReplyDelete
  36. Bagus ea blog ni...best...sata baru dua bulan berkahwin...

    ReplyDelete
  37. Saya setuju sgt sis, sye hampir 7 bulan kawen , baby belum muncul lg mungkin dia nak bg mama papa die enjoy dulu, mmg sedih tgk kwn2 yg dah pregnant and ade baby, tp ade jgk kwn2 yg kawen awal dr sye blum ade baby lg. Ape pun sye cube utk pikir positif, setiap prg rezeki berbeza, Allah tau ape yg terbaik utk hambanya. Usaha mmg ade, In Shaa Allah ade rezeki anak utk kita. Aminnn

    ReplyDelete
  38. Tq pada semua yang komen dalam entri ni. Saya doakan korang semua dimurahkan rezeki untuk dapat anak sendiri. Banyakkan bersabar dengan ujian ni. Allah tahu mana yg terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menitis airmta bca entry ni...sy sedang mengalaminya...3thn perkhwinan blm di kurniakn rezeki....soalan2 yg sering ditnya tu...bkn masyarakat melayu kta sja...suami sy convert...family mertua xhnti2 bertanya soalan yg memilukn ht sy...hnya allah je yg thu...sy tdk prnh trniat di ht utk merancng...apakan dya mereka xmemahami....suami sy ank bongsu...mertua dh rmai cucu...tp msh lg beria2 nk cucu dr kami sblm dia pergi...sy brtmbh stress dgn kenyataan trsebut...sbr..sbr..dan sbr pengubt kesedhn di ht....

      Delete
  39. Tq pada semua yang komen dalam entri ni. Saya doakan korang semua dimurahkan rezeki untuk dapat anak sendiri. Banyakkan bersabar dengan ujian ni. Allah tahu mana yg terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  40. Rezeki masing2.....DIa yg Maha MEngetahui

    ReplyDelete
  41. Bagus entri ni.. bagi semangat bile sy rase down sngt.. sy dah 2tahun kawen.. tp belum ade zuriat lagi.. mcm biase lah mulut org x bole tutup. Mmg down sngt 😂

    ReplyDelete
  42. Entry yang sangat memberi inspirasi. Sikap manusia yang suka membanding2kan. Benda bukan berlaku kat dia..boleh la cakap kan..cuba dia berada kat tempat kita..agak2 dia boleh tanggung tak ujian Allah tu. Allah tak kan uji kalau hambanya tak mampu. Sbb kita mampu..kita diuji. Kami suami isteri tak pernah tolak rezeki Allah.. cuma belum rezeki sampai pada kami. Tapi desakan keluarga kadang2 buat saya stress. Suami tak pernah salahkan saya. Sentiasa support dan bagi semangat setiap kali period dtg menjelma. walaupun hakikatnya suami sentiasa berharap. Tapi bila difikirkan balik..berbaktilah pada suami selagi belum punya anak.. sbb kadang2 saya tengok mereka yg dah ada anak ni..hubungan suami isteri dah tak semesra dulu.. jadi sentiasa la berkasih sayang dgn suami selagi masih berdua. bia dah bertiga nanti cerita akan jadi lain..

    ReplyDelete
  43. thanx blog ne memg byk bg semangat.. da nk msk 2 taun kawen tp xprgnt lg.. n pnah kne sindir dgn adk ipar "isteri y baik je dpt bg ank pd suami".n y lain asyik tany "da ada ke? ".."xda baby lg ker"..huh perit gak hati neh.. seb bek hsband sgt memahami...

    ReplyDelete
  44. Sy pun sama hanya allah yg tau betapa sedih sunyi n sayu hati bila sorg2 ...nak sgt2 ada baby tp sape kita untuk mengubah takdir allah.. belom masa nye untuk sy n suami... tp sy yakin rezeki untuk dapat anak tu ada tp blom madanye lg..

    ReplyDelete
  45. Sy pun sama hanya allah maha tau segala sedihan n seksa nya diri sy ...tp siapa kita nak menentang takdir ...sy yakin rezeki tu ada tp blom masanye lg.. sabar n terus kan berdoa..

    ReplyDelete
  46. Thanks for this article.
    I just had a tubal miscarriage.
    Second time miscarriage.
    motivation for me.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!