Bulan 1 lepas, pembuka tahun baru, kiteorang sempat luangkan masa bercuti dekat Langkawi. Ikutkan dah lama plan nak pergi, cuma tunggu Fayyadh besar sikit. Senang nak bawak naik flight dan jalan-jalan dekat Pulau. Last saya pergi Langkawi masa tahun 2007 time study dekat UiTM Arau dulu. Almost 8 tahun dah tak pergi Langkawi, memang rindu nak pergi lagi.
Kebetulan, masa hujung tahun lepas, MAS ada buat promosi flight murah ke Langkawi. So, apalagi, kiteorang pun cepat2 grab. Harga Tix pergi balik 2 adult & 1 infant RM 252 sahaja. Murahkan? Yang best, kalau naik MAS ni harga yang bayar tu dah sekali dengan harga bagasi. Dah include semua dalam tu. Kiteorang kalau pergi bercuti, suka pilih tarikh tengah2 bulan. Lepas tu bukan time public holiday or cuti sekolah. Ha..malas nak bersesak dengan orang. Hihi…
Muka cool je Fayyadh first time naik flight |
Bila dah beli tiket, Mulala survey2 hotel dekat Langkawi. Memamg dah list down siap2 hotel or chalet mana yang rasa suka. Mana yang ok. Kurang dari seminggu nak pergi barula booking hotel. Bila pergi bukan time peak season hotel memang banyk. Tak perlu risau. Setengah orang jenis tak kisah duduk hotel mana-manapun asalkan boleh tidur. Tapi, saya & suami cerewet sikit bab pemilihan hotel. Sebab dah ada anak kecik ni, kalau boleh nak yang selesa & bersih. Hotel tu sediakan tempat parking. Bukan kawasan yang crowded sangat sampai malam2 orang bising, kita & anak tak boleh tidur. Kalau boleh, bila bercuti nak semuanya happy2 & selesa.
Kiteorang stay dekat Langkawi 3 hari 2 mlam. Malam first, kiteorang stay dekat Resort World Langkawi ( nama lama Awana Porto Malai). Second night dekat Chalet TM3.
Kenapa pilih hotel lain2?
Berbalik pada plan kiteorang bercuti dekat sini. Hotel first, kiteorang akan spend banyak masa dalam tu. So, xkisah nak bayar lebih sikit. Memang plan nak tenangkan diri & enjoy bertiga. Hotel second, sebab banyak aktiviti jalan-jalan siangnya so, pilih yang selesa tapi harga murah. Sekadar nak tidur. Lagi satu, nak yang dekat dengan airport. Bajet kiteorang untuk hotel Rm 400. Tapi, kiteorang dapat harga RM 380 untuk 2 malam. Still under bajet. Pasal hotel saya akan review nanti.Kereta sewa kiteorang tak booking awal2 pun dari sini. Sampai airport baru ambik. Pasal sewa kereta nanti saya tulis dalam entri lain.
Apa yang best dekat Langkawi?
Sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana, banyak aktiviti kami buat. Ikutkan hati memang teringin nak pergi island hoping. Tapi sebab Fayyadh baru 10 bulan time tu, kecik lagi rasa tak sesuai nak bawak dengan cuaca panas. Husband memang tak kasi. So, kiteorang banyak pusing pulau saja. Jalan-jalan naik cable car, oriental village, pergi makam mahsuri, pergi harbour park, jalan-jalan dekat pantai chenang, pantai kok, Pantai tengah, pantai pasir hitam, pantai tanjung Rhu, Pergi Dataran Lang, Jalan-jalan dekat Pekan Kuah. Kiteorang banyak pergi pantai! Macam zoo semua tu kiteorang tak pergi sebab nak jimat masa. Lagipun, dekat luar Langkawi pun ada zoo. Tempat lain yang best yang jadi tumpuan dekat langkawi, laman Padi, galeria perdana, underwater world, telaga tujuh dan banyak lagi tempat menarik. Sebabkan ni kunjungan ke-7 saya ke Langkawi, so almost semua tempat saya dah pergi. Bila pergi dengan husband & anak ni, saya just bawak diorang gi tempat yang saya rasa best saja.
Kalau bab makan, Sebelah malam kiteorang makan seafood dekat Pantai chenang. Nama restoran tu Restoran Ikan Bakar Haji ramli. Land mark, dekat2 dengan Laman padi. Harga tak mahal sangat. Rasa pun sedap. Service cepat sebab time kiteorang pergi orang tak terlalu ramai. Satu lagi, kalau pergi Langkawi, wajib try laksa dekat dengan airport Langkawi. Nama laksa power. Order sekali dengan cendol memang ummph sangat. Sedap korang. Rugi tak try!
Ok..tempek sikit gambar kami dekat sana.
Dekat makam Mahsuri |
Dataran Lang |
Masa ni tengah tunggu turn nak naik cable car. sempat snap gambar ni. |
Tanjung Rhu, Langkawi |
Pantai Tanjung Rhu |
Next entri, saya akan update pasal hotel, kereta sewa dekat sana & pengalaman saya bawak Fayyadh naik flight . In sha Allah.
alahai bestnya.... lama dh aina xprgi langkawi >_<
ReplyDeletecuti2 malaysia..best jalan2 dgn family :)
ReplyDeleteAssalamualaikum imah. haaa bestnya. sheila pun nak p langkawi awal bulan 4 ni. naik MAS, hehehe cepat share ya. btw ada bawa buggy tak naik MAS? lagi satu... seat MAS kena book atau masa nak naik baru tahu kita duduk seat mana ya? first time nak naik MAS ni. hahah selalu air asia je. hehehheheh mohon pencerahan ye imah
ReplyDeleteplease share lagi.. nak pergi sana jumaat dpn.. 27hb..
ReplyDeleteInshaAllah oneday nak bawak my family kat sini jugak...
ReplyDeleteWah ..bestnyer...seronok tgok
ReplyDeletepantai tg rhu? mmg x dinafikan view die cantik... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteJOM BERCUTI KE SABAH.
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD
PAKEJ 3HARI 2MALAM
01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*
02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*
03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*
Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com