About Us

Monday, March 23, 2015

Bercuti Ke Langkawi (Part 2: Pengalaman bawa baby naik Flight)

sambungan dari entri lepas Part 1.

First time nak bawak Fayyadh naik flight memang risau. Masa ni dia dah 10 bulan lebih. Tengah aktif merangkak & berdiri. Perjalanan ke langkawi dari KLIA makan masa lebih kurang 1 jam. Flight saya pukul 7.30 pagi. Sayapun google jugak pengalaman & tips nak bawak baby naik flight.

Before subuh kiteorang dah bertolak ke Putrajaya sentral. Parking kereta dekat sini, than naik ERL ke KLIA. Nak parking dekat KLIA mahal. Sini murah. Lagipun bila naik ERL terus sampai dalam KLIA. Naik lift ke tingkat atas  untuk berlepas. Kalau yang bawak stroller pun xde hal, ERL ni sangat mesra pengguna. Tapi kteorang gendong Fayyadh dalam ssc je. Senang nak gerak.




Sementara tunggu turn nak naik flight, kiteorang main dengan Fayyadh. Jangan bagi dia tidur. Ni salah satu tips saya baca nak make sure atas flight nanti anak tidur. So, senangla perjalanan kita. Alhamdulillah teknik ni berjaya. Dekat KLIA dia kerja nak main. Nak merangkak. Nak tengok sana sini. Mulut pun riuh rendah. Hihi..

First time naik Mas dengan baby. Diorang ada bagi bantal sebiji & blanket untuk baby. extension seat belt pun ada jugak untuk baby. Yang ni sapa yang pegang baby kena la pakaikan dekat baby dan sambung ke seat belt kita. Kalau boleh, pakaikan posisi baby boleh baring untuk menyusu. Oh ya, pemilihan seat pun penting. Kalau boleh pilih seat tepi tingkap. So baby akan rasa excited untuk tengok luar. mama baby pun sama! haha..Tapi seat saya tak pilih masa beli. Saja nak jimat duit. Masa check in online saya select seat. Sebab tak kena charge. Kalau masa beli ada extra charge tak ingat berapa. Tapi saya pergi time bukan peak season, so memang banyak choice nak pilih seat. Flight first waktu pagi pulak tu..tak ramai sangat orang.

Masa kapal terbang nak naik tu, Saya breastfeeding kan Fayyadh. Ni salah satu tips nak elakkan telinga dia rasa bengang. Sakitkan. Takut baby tak selesa. kalau tak breastfeeding, boleh bagi susu botol.

Masa mula2 naik, happy je Fayyadh tengok luar




Oh ya, kalau naik Mas, boleh jugak bukak video kanak2  yang ada dekat screen depan seat. Yang tu pun boleh tarik perhatian baby untuk behave dalam flight. Tapi Fayyadh tak sempat nak bukak video, Masa kapal terbang berlepas, macam nila Fayyadh....

bantal putih & blanket purple yang MAS provide untuk baby


Fayyadh tidur dengan lenanya. Sampaila flight mendaratpun dia still tidur dengan nyenyak. Hihi..Letih gamaknya.


Alhamdulillah..masa pergi dan balik, saya pakai tips yang sama. memang Fayyadh tak meragam. Tidur elok je dalam flight.

5 comments:

  1. Assalamualaikum imah, thanks sharing tips. tak sabar nak bawa adam naik kapal terbang hehehhe comelnya baby Fayyadh tidur ~~~

    ReplyDelete
  2. Tq imah share..t le gunakan tips utk azwa pulak..

    ReplyDelete
  3. ainaa baru balik dri langkawi sabtu lepas. hehe n tips ni nnti boleh aina share kat kak ipar aina. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!