Assalammualaikum..
Tiba2 rajin nak update blog sejak dua menjak ni. Kembali ke
hobi lama sementara tengah free sikit.
Banyak cabang media social sekarang ni. Facebook, Instagram,
we chat, whats app, twitter & blog dan macam2 lagi. Kadang sampai tak
terikut trend sebab banyak sangat. Zaman serba canggih kan. Tak salah nak ada
semua benda tu. Yang baiknya, boleh
still contact dengan kawan2, boleh kongsi macam2 info & maklumat. Dunia
hujung jari kan. Dekat Fb tu macam2 group ada. Bab nak mendeko rumah, nak
menjahit, nak susun atur, group parenting, hal2 baby, bab perkahwinan, masak memasak, bab agama. Semua
adalah..tu belum campur online shop lagi. So..memang ada baiknya.
Tapi yang buruknya kalau benda ni jadi tempat fitnah
menfitnah, bergaduh, caci maki, up status yang perli2 dan mengaibkan orang lain.
Bila dah selalu nak up status mengumpat orang, perli orang dan mencerminkan
siapa kita. Mana budi Bahasa kita? Mana tahap sabar kita? Tak fikir ke apa kita
tulis tu berapa ramai kawan2 kita baca, berapa ramai follower kita baca. Kalau
seorang baca, 1 dosa. Kalau ramai2 baca, 1000 orang? berapa banyak dah dosa
kita hari tu? Itu baru sehari. Dekat Fb saja. Belum campur yang dekat
Instagram..yang dekat we chat, blog, tempat2 lain lagi. Bertambah banyakla
orang dah baca? Itu baru sehari. Kalau banyak hari? Kalau hari-hari? Fuh..tak
sanggup nak hitung berapa banyak dosa kita dapat.
Kita fikir nak lepaskan emosi kita, rasa sakit hati kita
tapi pernah tak kita fikir apa yang kita tulis tu tanggungjawab kita? Silap
tulis memang berbakul dosa yang dapat. Beratus & beribu orang baca. Belum
campur yang berbalas komen nak bergaduh lagi. Kalau dalam group tu ada 3000
ahli & semua baca apa yang kita tulis? Nauzubillah…cukup2lah. Kalau rasa
sakit hati, teraniaya, marah tak perlu nak up status caci maki. Perli2. Ajak
gaduh. Boleh Pm je. Selelsaikan cara baik. Fikirlah kalau kita mati hari ni,
kita tak sempat nak padam apa yang kita tulis, apa akan jadi? Saya dah
banyak unfollow group2 FB yang kadang hal benda kecik2 pun nak
gaduh. Nak tunjuk siapa hebat. Nak bertelagah pendapat, nak menghina , nak memalukan
individu, sampai lastly gaduh2. Kita dah besar kan. Bukan budak kecik nak
gaduh2. Ada yang guna perkataan yang tak sepatutnya masa memberi komen. Nak
jadi keyboard warrior mungkin?
Zaman gaduh2 ni dah lama berlalu. Fikir balik apa dosa
memutuskan silaturrahim sesama manusia. Fikir balik apa dosa caci maki orang?
Guna perkataan tak sepatutnya? Sama jugak dengan kawan2 yang suka up status
caci maki & guna perkataan yang tak sepatutnya laju2 je saya scroll ke
bawah. Kalau dia kawan rapat, tegur2 lah. Kalau tak makan saman, doakan dia
berubah. At least kita dah usaha menegur.
Fikirlah dulu sebelum menulis. Tak kisahlah di bahagian
status or komen. Perkataan yang kita gunakan tu mengambarkan siapa diri kita
walaupun kita bukanlah baik sangat. At least kita dah Berjaya kawal diri kita
dengan sabar & tak mengikut emosi semasa menulis. Sesungguhnya kita tak
sempurna. Ada salah & silap. Sama2 lah kita berusaha untuk jadi matang seiring umur. Peringatan
untuk kita bersama.
dulu selalu gak up status kat fb kalau tak puas hati..
ReplyDeletetapi sejak dah kawen ni..
rase malu dan pk banyak kali nak up status yang melibatkan perasaan yang tak stabil...
rase macam makin merendahkan diri kalau dok up status yang tak sepatutnyee..
dah berumur kan..
hehehehe
Assalamualaikum imah. betul.. kena fikir dunia ni hanyalah singgah sementara je..
ReplyDeleteSetuju sngt imah...mcm2 skrng ni kan..
ReplyDeletebetul tu. kena belajar kawal emosi dan elakkan drp cpt upload apa2 kot fb, ig, twitter if nak marah ke apa.. anger management.. hehe
ReplyDeletebetol2..setuju sgt..
ReplyDelete