Tuesday, June 2, 2015
Bermulalah perjalanan dengan "Buku Baru"
Alhamdulillah...hari ni 15 syaaban. Hari pertukaran buku baru kepada buku lama. Buku lama diangkat ke langit. Tak tahu apakah kandungan dalam buku tu. Berharap yang lebihnya pahala berbanding dosa. Semoga segala amal saya diterima-Nya.
Semalam, siap berdrama "air mata" depan husband. Rasa dah lama tak menangis. Since Fayyadh lahir, saya jadi kurang sensitif & mudah menangis berbanding dulu. Entahla..maybe dah jadi mak-mak kot. Tapi semalam lepas je solat maghrib berjemaah & baca yassin sama2, salam husband terus menangis beria. Jadi sebak tiba-tiba. Almost 3 tahun kawen, selama tu jugakla husband menanggung segala dosa yang saya buat secara sengaja ataupun tak. Dosa & salah saya dengan husband, memang selalu minta maaf dengan dia. Tapi dosa saya pada Allah yang ditanggung husband? Takut bila fikir..Lagi takut bila fikir banyaknya dosa yang ditanggung ayah saya dulu sebelum saya berkahwin. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kami. Memang saya tak sesempurna mana. Pasti ada khilaf sebagai manusia. Memang ada tersalah & silap dalam perbuatan, bab penjagaan aurat, intonasi suara bila bercakap. Memang tak sempurna. Susah benar nak istiqamah.
Saya selalu cakap, saya sayangkan suami. Tapi sayang tak cukup setakat perkataan.
"Cinta seorang isteri adalah bila dia mampu menarik suami ke syurga dan bukannya mengheret kaki suami ke neraka"
Ini ayat yang saya pegang sekarang.
Kalau ditenung segala salah & dosa memang takut. Tak sanggup nak fikir.
Bermulanya buku baru. Bermula juga azam baru untuk perbaiki kandungan buku baru ni. Semoga terus istiqamah dalam berubah ke arah kebaikan. Semoga cinta sampai jannah bersama suami & anak-anak itu bukan sekadar angan-angan. Begitu juga saya berharap melangkah masuk ke syurga bersama emak & ayah dan semua yang saya sayang.
Salam nisfu syaaban. semoga buku baru kali ni lebih baik & terbaik dari sebelumnya..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Nisfu Syaaban..
ReplyDeleteSemoga bertambah amalan kita... Amin.
Selamat Menyambut Ramadan jugak..Yang bakal menjelma tak lama lagi..
Moga2 buku amalan kita yg terbaik...insyaallah..
ReplyDeletesalam...semoga kite boleh jadi isteri yang terbaik
ReplyDelete