About Us

Wednesday, June 10, 2015

Suami. Yang kita pilih. Yang Allah pilihkan




Rasa sejak mengandungkan Fayyadh memang jarang sangat bercerita perihal suami. Kalau ceritapun banyak general pada family kecik kami. Bukan maksudnya suami dah disisihkan selepas ada anak. A big NO. Tak bercerita, Jarang post gambar berdua dengan suami bukan maksudnya hubungan kami dah tak macam dulu. Tapi hubungan suami isteri & rumahtangga ada perkara yang tak patut bercerita pada orang lain hatta keluarga terdekat pun. Kalau dikarang memang semalaman pun tak cukup nak bercerita perihal kisah kami tapi cukuplah bercerita sekadar yang boleh dikongsi & dengan izin suami.


            Suami. Lelaki yang saya sendiri pilih untuk dijadikan suami. Lelaki yang dapat restu dari parent saya untuk dijadikan imam saya. Tapi, paling penting sekali dan yang selalu saya ingatkan diri saya selalu, dia..suami yang Allah hadiahkan untuk saya, suami yang Allah pilihkan untuk saya, lelaki yang tertulis sejak azali lagi jodoh saya. Walau bagaimanapun diri dia, rupa dia, keluarga dia, saya selalu ingatkan diri, kami dipertemukan & dijodohkan oleh Allah swt. Dan sesungguhnya, pilihan Allah adalah yang terbaik. Saya bersyukur dengan jodoh ini.


            Tipu kalau saya cakap rumahtangga kami tak pernah ada masalah. Tipu sangatla. Rumah tangga mana yang tak pernah ada masalah. Memang tu asam garam hidup. Dah duduk sebumbung, jumpa hari-hari, buat aktiviti bersama, uruskan anak, confirmla ada jugak perselisihan faham dan gaduh2 tu. Memang ada. Tapi “masalah”, “pergaduhan kecil”, “berselisih pendapat & salah faham” tu yang buat kami lebih mengenali. Perkara tu yang buat kami lebih alert apa yang masing2  suka & tak. Dan selalunya akan buat hubungan lebih baik sebab sama2 usaha untuk baiki kelemahan masing2.


            Bila bercakap soal pilihan..dia kita yang pilih. Kita yang nekad nak jadi isteri dia. Dan selalunya, sebelum kahwin sedikit sebanyak, lebih kurang 60%-70% sikap dia kita dah tahu sebelum kahwin. Tak kisahlah dari soal sikap dia, family dia, tahap kewangan dia semuanya dah dalam list “lulus” untuk kita setuju jadikan dia suami kita. Before melangkah masuk alam rumah tangga memang kita dah redha dengan apa2 perkara yang kita tak suka or suka tentang suami. Baik & buruk dia kita terima seadanya. Dan mana yang boleh diubah, kita usaha untuk bantu dia berubah. Tapi, tak boleh mengharap perubahan yang drastic. Sebab before dia kahwin dengan kita, kita dah tahu berpuluh tahun dia sebati dengan perangai yang lama tu. Kena take time. Dan sebolehnya, lepas bertahun kahwin pun kena selalu ingatkan diri tiap kali rasa tak puas hati dengan pasangan, siapa yang pilih pasangan kita tu dulu? Jodoh ni Allah dah tetapkan untuk kita. Memang kena masing2 usaha untuk buat yang terbaik dalam perkahwinan.



            Kadang perlu kita ingat, sentiasa mengharapkan suami kita jadi macam suami orang lain takkan buat kita bahagiapun. Kita takkan pernah puas dengan apa kita ada. Tak semestinya suami orang lain yang kita Nampak baik untuk orang lain baik untuk kita. Macam tu jugak, suami kita yang bagi kita sempurna untuk kita sempurna jugak untuk orang lain. Sebab tu setiap pasangan bila dijodohkan ada baik & buruk masing2. Kelebihan & kekurangan masing2. Sebab setiap kekurangan tu boleh “disempurnakan” dengan keserasian yang ada. Redha. Bersyukur.                                                                                             

            Bila bercakap sanggup hadapi susah senang sama-sama sebelum kahwin, pastikan apa yang kita pernah cakap dulu kita pegang dalam perkahwinan. Cabaran memang ada. Dugaan pun. Masalah memang akan datang & pergi. Kalau boleh hal rumah tangga,hal kedudukan kewangan suami isteri,hal dalam kain, hal yang menjadi privasi suami isteri janganlah dibawak keluar walaupun dengan saudara terdekat sendiri. Cukuplah hanya kita & suami yang tahu. Jaga maruah & aib pasangan masing2. Jaga air muka pasangan kita dengan orang lain.  Walau tak sesempurna manapun dia, pasti ad terselit jugak kebaikan dia yang selalu kita buat2 xnampak. Biarlah orang nak cakap asyik cerita yang baik-baik je macamlah suami kau sorang yang baik. Cakap yang baik-baik lebih baik dari burukkan suami, bukak aib suami. Berdosa besar kot. Sama jugak suamipun, janganlah jatuhkan maruah isteri, kutuk isteri, burukkan isteri sampai memalukan. Isteri tu, awak yang pilih dulu. Ingat sikit. Isteri tu amanah Allah untuk awak jaga, lindungi & didik. Bukan bahan untuk diperlekehkan.                                                                   

           Belajar untuk redha. Untuk terima pasangan seadanya. Muhasabah diri. Pasti ada silap kita juga di mana-mana. Sama2 cari alternatif untuk temukan semula titik keserasian.  Bila bercakap ingin bercinta sehingga ke "jannah". Ingin bahagian sehingga ke "jannah". Mamg kena berusaha untuk itu...Bukan sekadar bercakap. 


                              




Tak perlu nak mengaharap prince charming or jejaka idaman malaya macam yang selalu dalam drama or novel ceritakan. Tak perlu nak cari suami serba sempurna kalau kita sendiri pun banyak compang campingnya. Suami yang ada, kita yang pilih. Kita yang sayang sepenuh hati. Dan paling penting, Allah yang pilihkan untuk kita. Cuma, bila masuk ke alam rumahtangga memang kena sama2 usaha untuk jadikan rumahtangga tu bahagia & dalam redha Allah. 


Entri ni just reminder untuk diri sendiri & orang lain. Biarlah apa orang nak fikir tentang kita. Biarlah orang nak kata suami kita itu ini, dia tak sempurna, dia tak kaya, dia tak sama macam suami orang lain, dia tak romantik tapi dialah suami yang kita pilih. Yang Allah pilihkan. Yang Allah jodohkan. Apa yang Allah bagi tu dah cukup terbaik. Cuma kita je yang kena usaha untuk corakkan hubungan tu supaya kekal bahagia sehingga ke jannah.










2 comments:

  1. Setuju imah..slalu kn muhasabah diri..netulkan diri insyaallah..suami kita yg terbaik buat kita...

    ReplyDelete
  2. agreed..
    terima seadaanya jodoh kite..
    org yang paling dekat dengan kita suami kita..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!