About Us

Friday, June 26, 2015

Review Buku: Bersamamu Di Firdaus : Sungguh Dia Maha Pengasih


Alhamdulillah..dah masuk hari jumaat.  9 Ramadhan. Macam yang saya janjikan, saya akan buat review sikit pasal Buku Bersamamu Di Firdaus.



Tajuk Buku: Bersamamu Di Firdaus: Sungguh Dia Maha Pengasih
Penulis: Prof Muhd kamil Ibrahim (MKI)
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM 24

Buku ni bercerita tentang harapan untuk "cinta sampai syurga" antara suami & isteri, ibubapa & anak2, begitu juga kasih sayang dengan orang terdekat yang berharap ada kesinambungan silaturrahim itu di syurga nanti. Cinta sesama manusia walau seagung manapun tetap ada pemisah. Kematian yang akan memisahkan cinta & kasih sayang kita dengan orang di dunia. Tapi jika ingin terus menyambung kasih sayang, dan ingin lagi bertemu dengan orang yang kita cintai di dunia selepas kematian, di syurga nantilah tempatnya. kehidupannya kekal abadi. Rasa terkena sangat isi buku ni dengan apa yang berlegar dalam kepala saya. Sebab beberapa hari before baca buku ni, saya asyik berfikir tentang definisi "cinta sampai syurga" yang selalu disebut2 setiap pasangan. Mudah berharap & menyebut. Tapi lagi indah kalau sentiasa berusaha untuk menjadikan ia satu kenyataan. Harus ada "kerja keras" untuk menjadikan syurga tempat pertemuan semula dengan insan2 yang kita sayang di dunia.

Buku ni ditulis oleh prof kamil sebagai hadiah untuk isterinya, Roza semperna ulang tahun perkahwinan mereka. Subhanallah..betapa saya kagum sangat2 dengan kasih sayang antara Prof Kamil & isterinya, Roza dalam buku ni. Prof kamil banyak zahirkan rasa cintanya pada si isteri melalui peringatan tentang kematian. Bagaimana mereka berharap yang mereka akan bertemu kembali di syurga, masuk ke syurga tanpa dihisab. Bersama menghuni syurga yang kekal abadi.


Buku ni jugak banyak bercerita tentang "kematian". Perkara yang digeruni kebanyakan orang tetapi hakikat yang semua orang tahu, Kita semua akan mati & akan di bangkitkan semula di Akhirat sana. Tapi sejauh mana persediaan kita menghadapi mati? Sejauh mana kita mengingati Allah. Penulis banyak menekankan soal perkaitan antara usia dengan Mati. Bagaimana setiap kali menyambut hari lahir, kita patut mengingati mati. Usia yang kian betambah, apakah makin banyak pahala yang dikumpul? kedut2 di muka, mata kian rabun. uban di kepala petanda yang usia kita makin tua, dan kian menghampiri mati. Sepatutnya, tanda2 tua pada tubuh badan & wajah buat kita rasa semakin sedar yang kita dah tua. Kita makin dekat dengan kematian. Mati tak mengira usia tapi sejauh mana persediaan kita untuk hadapinya. Apakah usia yang makin bertambah kita masih pikir hal duniawi? apakah  kita masih sibuk dengan hal dunia, hal kerja sampai takde masa memikirkan soal akhirat? Banyak sangat nasihat & pengajaran yang ada dalam buku ni.

Apa yang boleh saya cakap. buku ni sangat best! Buat kita terleka dengan segala intipati yang ditulis penulis. Buat kita makin mengingati mati, buat kita rasa nak berusaha untuk memperbaiki diri dan berharap yang kita akan bertemu dengan orang2 yang kita sayang di syurga nanti. Cinta sejati adalah cinta yang membawa kita ke syurga Allah.

Memang recommend sangat2 untuk dibaca.

1 comment:

  1. Tq sharekan imah..insyaallah nnti ada masa nk cr jugaklah buku ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!