Tuesday, July 14, 2015
Hati2 Di jalan Raya, Selamat Balik Kampung!
Hari ni & esok rasa ramai dah start balik kampung. Jumaat dah raya kan. Excited sangat nak balik kampung jumpa family. Rindu!
Just nak cakap selamat pulang ke kampung masing2 dekat korang semua. Take care tau. Hati-hati di jalan raya. Drive elok-elok. Jangan lupa baca doa. Kalau rasa letih, mengantuk, berhenti kereta dan rehat. Musim raya ni dengan jammed nya tak tahulah berapa jam makan masa nak sampai kampung kan. Tambah yang ada anak kecik ni, macam mana dengan nak bagi anak behave je dalam kereta. Banyakkan bersabar & kawal emosi ok. kalau saya, memang sediakan stock makanan banyak2 dalam kereta untuk Fayyadh. Sebab dia suka makan & cepat lapar. Hihi....Oh, sediakan jugak stock makanan untuk kami berdua untuk berbuka nanti.
Barang pun dah siap pack. Kalau yang ada anak kecik tu, jangan lupa bawak balik ubat sekali ok. Risau jugak time raya kalau anak demam ke sakit, klinik banyak tak bukak. Kalau tempat saya, klinik dekat rumah banyak yang tutup. Kenala keluar jauh sikit cari klinik. Kalau tutup jugak, kena ke hospital. Apapun, doa-doanya mintak semua sihat. Semua selamat. selamat pergi dan balik.
Ingat, raya nanti spend masa betul2 dengan family. Jaga quality time antara keluarga & saudara. Bukan selalu boleh jumpa kan. So, try kurang aktif dalam media social. Nikmati "the real life" situation. Telefon bila2 pun boleh hadap kan. Orang yang dekat depan mata entah bila nak jumpa lagi. Limitkan penggunaan internet bila dekat kampung. Nikmati indahnya silatulrahim sesama saudara. Feeling macam zaman dulu2 balik. Peringatan untuk diri sendiri & semua jugak.
Ok, Nak wish selamat hari raya awal2 dekat korang semua! Maaf zahir & batin kalau ada salah & silap sepanjang saya menulis dekat blog kerdil ni. Sesungguhnya saya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari berbuat salah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari raya imah n family..
ReplyDeletespend time dgn family sambil makan kacang bestttttttttt..
take care ye.
selamat hari raya. Maaf zahir batin
ReplyDeleteselamat hari raya...hati-hati balik kampung.
ReplyDeletebestnya nak balik kg dah...jijah esok lusa keje malam lagi...huuu
ReplyDeleteSelamat hr raya imah...
ReplyDelete