Nak balik kampung nanti, mana yang gunakan highway plus untuk tarikh2 tertentu akan dapat diskaun tau. Alhamdulillah..lega sangat dengar. Sebab selalu kalau balik kampung saya dari shah alam ke kedah ( exit tol last sekali dekat bukit kayu hitam) harga tol RM 63.30 sehala je tau. selalu pergi balik memang spend RM 130 untuk tol saja. Selalu balik kampung memang duit tol lagi lebih dari duit petrol. Tapi, sekarang ni sebab petrol pun dah naik harga, mungkin sama banyak atau lebih lagi kot.
Tadi baca dekat website plus Malaysia, diskaun akan diberi dari 13 july-23 july 2015.
Sumber dari website plus malaysia berhad |
Tadaa!!!!
Alhamdulillah....tadi check rebate kad plusmiles tengok dah ada RM 80.54. Bolehla redeem untuk bayar tol balik kampung nanti. Disebabkan saya balik kelantan dulu, lepas tu baru balik kedah, so tol untuk ke kedah dah cukup dah pergi balik RM 80.54 ni.
Korang yang mana pakai plusmiles cepat2 la check berapa rebate yang korang dah dapat. Mana tau boleh bayar toll free je nanti!
Selagi boleh berjimat, marilah berjimat.
Selamat hari raya semua! Hati2 balik kampung. Maaf zahir & batin
wah..banyak tu.dah jimat sikit bila dapat rebate ni. selamat balik kampung dan berhati2 dijalan raya.
ReplyDeleteuntung la. boleh jimat. balik raya kelantan yea. nik pun raya kat sana tahun ni.
ReplyDelete