Lately ni banyak sangat kes dera budak. Astagfirullahalazim....tekejut sangat tengok. Kadang tak sangka, mak sendiri yang dera. Macam tak logic dek akal ada mak sanggup nak dera anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari? Anak yang memang darah daging sendiri. Sedih (T_T). Itu belum campur kes budak yang didera pengasuh, pusat asuhan. Banyakk...kadang macam bersambung-sambung kes dera budak ni. Orang makin kejam, makin tak waras, makin takde hati perut.
Kadang bila tengok isu2 ni timbul dekat media sosial, baca komen2 ibu bapa. Banyak juga yang salahkan ibu yang bekerja.
Kenapa tak nak jaga anak sendiri?
Kenapa mesti hantar dekat orang jaga?
Apa duit lagi penting dari anak? Duit boleh cari, anak?
Lagi sayang kerjaya dan duit dari anak sendiri?
Kadang rasa macam terlalu menyalahkan ibu bekerja la punca anak di dera pengasuh. Di dera di pusat asuhan. Memang ada ibu yang tak ambik kisah soal anak. Tak nafikan, memang ada. Memang ada yang sibuk buru kerjaya. Tapi, tak semua ibu bekerja macam tu. Paling penting, kalaupun seorang ibu tu sibuk dengan kerja, buru impian nak berjaya dalam kerjaya tak bermakna yang ibu tu tak sayangkan anak dia. Sayang seorang ibu tak boleh di "judge" macam tu jer. Setiap orang ada alasan tersendiri.
Tahukah korang, sebolehnya kebanyakan ibu yang berkerja ni nak berhenti kerja jaga anak sendiri dekat rumah?
Tahukah korang, hati-hati ibu yang bekerja ni merintih setiap hari, sebak, sedih sebab terpaksa tinggalkan anak dekat rumah pengasuh sebab nak keluar cari rezeki untuk keluarga?
Tahukah korang, yang setiap masa ibu-ibu bekerja ni dekat office tak pernah sesat pun lupakan anak dia yang dekat rumah pengasuh, setiap masa menghitung masa sebab tak sabar sangat nak balik peluk anak?
Tahukah korang, yang ibu-ibu bekerja ni kadang berperang dengan rasa rindu dengan anak yang ditinggalkan? kadang kena bukak phone belek gambar & video anak dekat office sebab rindu.
Tak ada ibu yang mintak anak didera. Sepatutnya, pengasuh atau taska kena pikul tanggungjawab & amanah dalam jaga anak orang. Bukannya mendera. Kalau tak boleh nak jaga, inform parent, jangan pukul budak tu. Jangan jaga budak hanya sebab nak duit semata-mata. Kerja tu kan amanah. Kena jujur. Setiap pengasuh mmg kena ad sifat penyanyang, sukakan budak2. Bukan mendera. Mintak dijauhkn anak-anak kita dari jadi mangsa deraan fizikal & emosi.
Layakkah kami dilabel ibu yang tak sayangkan anak hanya kerana kami bekerja? Layakkah kami dituduh lagi pentingkan kerja & duit dari anak? Kami sayangkan anak kami lebih dari segalanya....kalaupun orang tak percaya, cukuplah hanya Allah yang tahu betapa kami sayangkan anak kami.
Alasan mudah? Susah sebenarnya nak explain apa yang terpaksa dilalui. Setiap ibu yang bekerja ada alasan masing2. Ada tanggungan masing2. Dalam zaman serba mahal ni, memang ada ibu yang terpaksa bekerja supaya dapat tambah pendapatan keluarga, bantu suami, untuk pastikan kelansungan hidup sekeluarga. Bukan semua ibu2 pergi bekerja semata-mata nak beli handbag mahal, boleh shopping apa dia nak. Bekerja sebab cari rezeki yang halal untuk anak, untuk diri, untuk family. Ada ibubapa yang sanggup bersusah, biarlah diorang tak dapat makan yang sedap-sedap, tak dapat nak shopping apa yang dia nak, tapi anak cukup makan pakai. Pengorbanan yang dibuatpun demi keluarga, Bukan untuk orang lain. Tapi, ada jugak ibu yang bekerja sebab nak tanggung orang tua yang uzur dekat kampung.
Tinggalkan anak sementara di rumah pengasuh, di taska. "Dibayar". Bukan tinggal free2 je. Bukan tinggal anak macam tu je dekat orang sebarangan. Memang masa tinggal anak, selalu doa dekat Allah mintak Allah sentiasa lindungi dia. Doa supaya hati pengasuh sentiasa lembut je tiap kali pandang muka anak. Ikutkan hati, kalau bukan terpaksa, ibu mana yang rela tinggal anak dekat orang? Sebolehnya, seminitpun tak nak tinggal. Setiap ibu ada alasan masing2. Janganlah menempelak semua ibu yang bekerja tu tak sayang anak. Pentingkan duit.Tuduhan ni terlalu kejam buat kami. Kalau cari duit sekadar cukup makan pakai saja & untuk tampung perbelanjaan harian. Bukanlah kejar duit sampai lupa anak & suami.
Tipu kalau cakap tak pernah risau tinggalkan anak dekat pengasuh. Memang ada risau tu, tapi Allah kan ada? Selalulah berdoa anak kita tu sentiasa dalam peliharaan-Nya, sentiasa dilindungi, sihat selalu & pengasuh sentiasa sayangkan dia macam anak sendiri. Ada banyak tips yang boleh digunapakai oleh ibu2 masa tinggal anak dekat pengasuh. In Sha Allah..nnt saya akan share tips2 yang saya praktikkan.
Tak tahulah nak cakap macam mana lagi agar orang faham. Memang kerja cari duit. Cari rezeki. Bukan tak percaya dengan rezeki. Bukan tak bersyukur. Bukan2....! Memang ada kelebihan & kekurangan ibu yang bekerja tapi setiap orang ada masalah, situasi yang berbeza. Rentak hidup, takdir kita tak sama. Jangan samakan kehidupan & situasi kita dengan orang lain.
Ada jugak yang cadangkan buat bisnes dari rumah sambil jaga anak. memang idea yang bernas tapi bukan semua orang ada minat dalam bisnes. Bukan semua orang "menjadi" nak buat bisnes. Tak..semua perlukan plan yang betul. Nak berhenti kerjapun, ibu2 perlukan simpanan yang banyak untuk cover segala tanggungan yang ada sebelum bisnes betul2 stabil. Tetap kena ada perancangan kewangan.
Sejak saya jadi isteri, saya dah fikir, saya tak perlukan kerja yang hebat2. Walaupun kerja dalam bidang engineering, saya tak pernah fikir nak jadi orang2 atasan. Saya tak bercita2 terlalu tinggi dalam kerjaya saya. Cukuplah saya bekerja dengan bersungguh-sungguh, amanah & dapat siapkan kerja dengan baik. Pebgalaman yang best2 Dan dapat belajar banyak benda. Tak terfikirpun nak naik pangkat atau bukak company sendiri.
Kenapa?
Sebab saya fikir suami, anak lah saya behati-hati dalam pilih kerja. Takpela kerja yang biasa-biasa dengan gaji yang tak banyak mana, tapi company tu faham hidup wanita yang bekeluarga. Bidang saya kebanyakannya memang perlukan banyak pengorbanan masa. saya taknak kerja yang sampai takde masa untuk anak. Saya nak spend banyak masa dengan anak. Saya taknak terlepas peluang tengok anak membesar sebab saya sibuk dengan kerja. Saya tak nak tiap kali balik kerja anak dah tidur. pergi kerja pun anak masih tidur. Hujung minggupun masih datang office tinggal anak dekat rumah. Saya taknak hidup yang macam tu. Cukuplah hidup yang biasa-biasa ni....walaupun bekerja, tapi masih banyak masa dengan anak.
Setiap hari sebelum pergi kerja, dari Fayyadh start makan sampaila dia dah nak masuk 1 tahun 5 bulan ni saya mesti bekalkan dia makanan yang saya masak. Walaupun saya terkilan sebab saya tak dapat nak suap dia makan, tapi saya tetap happy bila dia makan apa yang saya masak. Saya cuba buat apa yang mampu untuk anak walaupun saya tak dapat berkepit dengan dia 24 jam. Allah tahu niat saya. Allah tahu apa saya rasa.Walaupun bekerja, saya usaha untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu. Maybe tak perfect & tak setanding dengan ibu yang tak bekerja buat tapi saya dah cuba bagi yang terbaik.
Sayang saya pada anak, pada suami, tak boleh diukur dengan kerjaya. Tak boleh nak compare pun. Takde yang lebih penting dalam hidup ni selain Allah & keluarga. Kerja dah jatuh no.3 dalam hidup saya.
Tapi, kalau ada ibu yang terpaksa bekerja keras dalam hidup, ada yang bercita-cita tinggi itu hak masing2. Ada ibu yang mampu buat semua benda dalam satu masa. Tapi, saya bukan macam tu. Saya dah rasa lengkap & cukup apa yang saya ada. Soal gaji saya dah tak fikir sangat dah. Kalau dulu, memang banyak kali jugak fikir & rasa tak puas hati. Tapi tu dulu, sebelum saya belajar erti "rezeki" yang sebenarnya. Alhamdulillah...rezeki tu datang dari Allah.
Sampai masa, sayapun akan berhenti kerja dan fokus pada rumahtangga. Cuma, belum sampai masanya lagi. Ada banyak benda yang kena settle before saya berhenti melainkan situasi & keadaan memaksa saya berhenti kerja lebih awal. Buat masa ni, saya ditakdirkan untuk bekerja. Rezeki saya Allah dah tetapkan melalui kerja makan gaji. Lepas ni, saya tak tahu macam mana pulak aturan hidup. Perancangan Allah yang paling terbaik.
Cuma, saya nak cakap, jangan mudah lempar tuduhan. Apatah lagi bila melibatkan perasaan seorang ibu. "Tak sayang anak" tu satu tuduhan yang berat untuk ibu-ibu yang bekerja.
Coretan ni sekadar pendapat peribadi saya. Setiap orang ada pandangan masing2 kan. Just nak bagitahu yang ibu bekerja 100% sayangkan anak tapi masing2 ada alasan kenapa kena bekerja. Perjalanan hidup kita tak sama..

Kalau ikut kata hati saya pon tak nak kerja...tapi yelah.....
ReplyDeleteanggap ianya fardu kifayah. we need women professionals dlm bidang2 tertentu. karang kalau semua wanita berhenti kerja jadi suri rumah, siapa pulak yg nak jadi doktor untuk sambut para suri rumah ni bersalin? maklumlah skrg ni ada 'persatuan' tak membenarkan doktor lelaki handle wanita bersalin. Hahaha
ReplyDeletesangat memahami, sebab saya pun mcm itu juga, selalu cakap dgn hubby, sy doakan hubby rezeki murah dan byk n sihat supaya blg tampung sekeluarga dan sy xperlu lagi bekerja.. saya nak jaga anak2 dan suami sepenuh masa... setiap hari hati menangis meninggalkan anak di rumah babysitte... Allahu...
ReplyDelete