(entri draft terperam Dari tengah Tahun 2015)
Berkahwin di usia 25 tahun, target kami tahun pertama kawen sewa rumah, tahun ke-2 dah beli rumah. Target umur 27 tahun dah beli rumah. Tapi, bukan rezeki kami untuk dapat rumah masa tu. Rezeki anak yang datang dulu.
Alhamdulillah...Lepas bersalin tahun 2014, hujung tahun kami start survey & dapatkan info pasal jual beli rumah. Hmm..mula dari '0" knowledge, alhamdulillah..lepas tu macam2 tahu. Setakat baca tapi tak praktis memang susah nak faham. Tapi masalahnya, kami masih tak boleh decide nak beli rumah untuk stay or rumah untuk investment.
Disebabkan kerja suami kemungkinan besar berpindah-pindah ikut project so kami takkan stay satu tempat lama. Kalau PJJ pun, saya tak perlukan rumah yang besar. Ikut hati lebih selesa dengan rumah apartment kalau stay sendiri dengan anak. Rasa secure sikit. Tapi tu ar...banyak benda kena consider. Mula fikir, beli rumah untuk investment je. Kiteorang hidup menyewa. Sebab bukan nak stay lama pun satu tempat. Tapi, kalau fikir benda yang tak pasti ni sampai bila pun takde solution. So, cara senang beli je rumah yang di bawah kemampuan dulu.
Honest, kalau ikut keinginan hati rumah untuk stay mestila kami nak rumah atas tanah. Huhu..Dapat rumah teres setingkat pun jadila asalkan rumah bawah. Tapi, rumah teres kebanyakannya yang murah jauh dari tempat kerja. Even rumah subsale apartment pun dah susah nak jumpa yang murah, apatah lagi rumah teres. Flat seksyen 7 shah Alam tu pun dah 200k lebih harga. Apartment lain jangan tanya ar..memang mencanak naik je harganya area shah alam ni. Teres kebanyakannya dah cecah 600k ke atas. Harga semua mau pitam. Memang betulla orang cakap banyak rumah mampu tengok je sekarang ni. Yang murah yang boleh dapat bawah 400k banyak dekat kawasan hujung2 shah alam. macam jalan kebun, puncak alam, still murah lagi la. Tapi tu ar..banyak benda kena fikir.
Mula2 kami plan cari rumah untuk investment. Tapi nak beli rumah low cost area selangor KL ni kena gaji husband wife bawah 5k. Kalau bujang kena bawah 3k. Memang tak dapatla. Ada syarat khusus pulak untuk rumah low cost ni. yala kalau fikir2 balik rumah low cost la paling senang nak cari orang untuk sewa. Kalau harga rumah bawah 100k, bulan2 bayar rendah. Sewa boleh mark up lagi. Tapi, tu ar susah pulak nak beli sebab ada syarat khusus. Kiteorang plan, nak sorang je beli rumah. Memang tak nak combine loan untuk rumah first. Kemudian if ada rezeki beli rumah besar sikit baru combine loan. Kalau beli rumah medium cost better la yang boleh kita duduk dan senang di sewa. Kalau medium cost pulak tak banyak dah harga yang murah. Time survey ni pun banyak dah 300k ke atas. Huhu....Yang baru2 memang dah 400k ++. Sedih tengok harga rumah. Makin mahal dan tak sepadan dengan jenis rumah.Kadang bagi parking kereta 1 jer pun. Kalau area luar bandar harga macam ni dah dapat rumah teres 2 tingkat dah. Banyak2 rumah naik pun banyak jugak yang tengok kosong je. Banyak yang beli untuk invest jual or sewakan. Bila ada proses jual beli ni antara investor ni la yang buat harga rumah makin naik. Naik dan terus naik...tak seiring dengan pendapatan rakyat.
Banyak2 rumah kami survey macam2 jenis yang kami jumpa. Banyak benda jugak yang kena consider. Kami banyak tengok rumah sekitar shah alam dengan kawasan2 dekat dia je sebab memang nak stay dekat shah alam je sebab dah biasa dekat sini. Lagipun saya dah stay shah alam dah 8 tahun dah. Rumah baru atau rumah lama. semua kami survey. Survey ambik pengalaman. Bila tanya kawan2 & sedara, banyak jugak yang ambik masa lama sikit survey nak beli rumah. Ada yang sampai setahun. Kami pun almost setahun jugakla.
Dalam tempoh tu, kami pernah dah booking dah satu rumah ni. Rumah teres setingkat. Harga RM 273k. Masa tu siap dah bayar deposit 3 % dekat agent (almost 9k jugak). Dah sign dah surat setuju nak beli. Tapi sebab owner macam main tarik tali nak jual ke tak rumah tu, last dia tak jadi jual sebab rasa agent tu menipu. Mujurla dapat balik duit deposit 3% tu. Tapi ikutkan hati masa tu kiteorang macam belah bagi jugak sebenarnya sebab jarak rumah tu jauh sikit nak ke tempat kerja. Tapi sebab harga dia murah dan nak sama je dengan harga apartment dekat shah Alam ni tu yang husband rasa beli je. Sebab fikir teres lepas tu condition rumah memang cantik & kemas. Kira terjaga elok la. Tapi bukan rezeki kami kan. Lagipun, fikir2 balik ada hikmahnya jugak. Sebab faktor jarak & sebab lain sama.
Rumah kedua pun hampir2 booking tapi tak jadi sebab harga agent letak tinggi dari market price. Rumah kedua hampir nak booking ni apartment tapi ground floor. Nak jual harga RM 250k.Kawasan yang boleh kira hot area jugakla. Dekat dengan macam2 kemudahan. Tapi size rumah kecik sikit. 780 sqft je tapi condition memang cantik & nampak baru. Takde kerosakan apa. Tapi bila check dengan bank semua bagi harga rendah dari yang agent jual. kena top up banyak jugak kalau nak beli. So, tak jadi la jugak nak beli. Bukan rezeki lagi kan..
Rumah lain yang kami survey yang berminat nak beli apartment dekat area rumah sewa kami sekarang. Memang berkenan sangat sebab rumah baru, lepas tu tak tinggi ( husband tak suka rumah tinggi sangat). apartment ni dalam 10 tingkat je, Tapi harga mahal bagi saya masa tu. Rm 330k untuk keluasan 803sqft. .Huhu.... Nego2 dengan agent dapatla RM 310k. Ikutkan mula2 memang husband nak beli jugak. Dia yang terlebih berkenan dengan rumah tu berbanding saya. Maybe faktor kami dah selesa sama dengan kawasan rumah sewa sekarang. lepas tu rumah baru siap. Baru. Dah tanya beberapa bank semua memang lepas loan kalau nak beli guna nama dia sorang. Tapi bila call abah dia ( husband jenis apa2 masih suka mintak pendapat abah dia), terus abah dia cakap tak payah la beli. cari rumah lain dulu. Cari Yang bawah 300k untuk rumah first. Abah dia tak berapa nak setuju. Suruh survey lagi. Sebab sebolehnya dia tak nak kami ada commitment yang tinggi time muda & awal2 kawen ni walaupun beli atas satu je nama & dua2 bekerja. Bila fikir2 balik cakap abah tu memang betul.
Ada jgk rumah2 baru yg kami terlambat nak booking sebab dah sold out developer jual. Rumah teres setingkat. Bagi nama dalam waiting list developer kot2 ada yang loan reject. Tapi waiting list pun, nama kami dah nama nombor belakang2 dah. Rumah harga affordable mmg ramai la yang nak kan? Huhu... Tunggu2 takde pulak panggil. Dah penuhla agaknya. Takde rezeki jugak.
So, lepas tu kami dah slow fikir pasal rumah. Slow2 la sikit cari. Kecewa jugakla sebab ada je halangan tiap kali nak beli rumah. Tapi, kami positive. Mungkin belum masanya. Dan belum jumpa yang sesuai. Masa ni tawakal je dengan Allah. Doa mintak yang terbaik untuk kami & dipermudahakan. Memang harap nak beli rumah sangat tahun lepas. Memang target paling lambat umur 28 dah ada sebiji rumah. Sebab tu salah satu wishlist kami.
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak beli rumah. Rumah apartment jugak tapi baru. Harga murah dari semua yang kami survey before ni. Memang dapat jimat banyakla untuk monthly instalment. Tak sampai 1k pun bayar sebulan. Masa beli tengah construction lagi. Developer jenis jual rumah lepas dah 60% construction. Rumah ni memang kami tak sangka lansung. Lepas tu urusan nak beli dipermudahkan sangat. Dari urusan loan, legal fees semua jadi mudah je. Alhamdulillah sangat. perancangan Allah tu lebih baik. Dia dah rancang elok2 dah semua untuk kita cuma kita jer tak tahu. Mungkin ni la hikmah bersabar kan. Allah tahu mana yang terbaik dan masa bila yang sesuai dia bagi rezeki tu dekat kita. Even rumah kecil pun dah bersyukur sangat. Ada jugak rumah sendiri.
Alhamdulillah, rumah kiteorang dah dapat kunci. Nanti saya try share apa yang berkenaan dengan nak masuk rumah baru & kos2 renovation. Tapi tak tahula bila sebab mood blogging sekarang memang banyak kelaut. Huhu..
Oh ya, Tq pada cik Hani sebab sudi menjawab banyak soalan & bagi tips masa saya dlm process cari rumah & tlg recommend lawyer. Hihi..Tq sangat2! Tapi xsempat nak guna lawyer tu sebab dah beli rumah dengan developer. Next time, in sha allah kalau ada rezeki beli rumah subsale pulak.
rumah tu kat mana? boleh share nama n lokasi..
ReplyDeleteadik ipar mmg stay shah alam jgk, kot le dia pun boleh beli juga, [kalau ada lagi]..
TQ
Nabila, meh pm tepi. Hihi...hjung shah alam.dh hbs dijual dr tahun lps lg.huhu..
Deletememang susah nak cari umah kat area sini.. sebab harga mahall..
ReplyDeletetu ar. bnyk yg mahal
DeleteAssalamualaikum kak Imah, selama ni silent reader ja, tapi entri kali ni terpanggil pula nak comment. :) bab rumah ni memang fiza pun pening kepala nak cari yang murah, cantik dan yang penting area nya tu selamat utk diduduki. Nanti share la kat entri pasal rumah baru, best nak tengok orang masuk rumah baru. Hihi
ReplyDeletewaaalaikumsalam shaizah. Tq baca blog akak. Samala akk pun. memang pening kepala pkir. Huhu..last tawakal je. Doa banyak2 mintak dipermudahkan. Try list down area2 yg mmg dah aim nak beli. Kalau tak dapat rumah baru, rumah subsale pun dah ok. Semoga urusan awak dipermudahkan jugak. Amin..
Delete