About Us

Wednesday, June 8, 2016

Cerita Rumah Sewa Ke-3 Kami


Saya tak pernah bercerita  pasal rumah sewa ke-3 kami lepas je kami duduk. Cerita masa nak pindah masuk rumah jer dulu.  Tapi bila dah nak pindah lagi ni, terasa nak cerita sikit dalam blog ni. Alhamdulillah. Dah masuk 2 tahun lebih jugakla kami menyewa dekat sini. Rumah yang saya dan husband anggap “rezeki Fayyadh”. Masuk rumah ni dari time tengah sarat mengandung dekat Fayyadh 8 bulan. Sekarang, Fayyadh dahpun nak masuk 2 tahun 4 bulan. Rumah sewa paling lama kami stay lepas kahwin. Dekat teres Kulim dulu dalam 6 bulan lebih (time pjj), rumah flat dalam 10 bulan jer (pindah sebab tak tahan environment dekat situ). Rumah ni lah paling lama duduk. Ikutkan kalau banyak duit, memang nak beli rumah ni. Sebab selesa tinggal sini. Aman damai & dekat dengan macam2 kemudahan. Owner rumah nak jual rumah ni dengan harga Rm 750K++. Uhuk2. Apakan daya, duit tak banyak…..hahaha. Hanya mampu sewa saja.  Tak mampu nak beli. Rumah ni mulanya, jadi  rumah kuarters untuk kami sebab husband kena transfer kerja site.  Tapi lepas habis kontrak dekat site, kami bayar sendiri sewa rumah ni sementara nak tunggu rumah husband beli siap construction & dapat kunci.

Jujur, sedih jugak rasa nak tinggalkan rumah ni. Bukan saya sorang. Husband pun. Tengah counting days nak tinggalkan rumah sewa ni. Kalau harga rumah dekat sini murah, memang dah lama beli sebab suka tinggal sini. Tapi, sedar diri sebab kami  bukan golongan berada. Huhu..nak beli rumah subsale pun harga dah mahal. Takpela, dah bukan rezeki kita. Nipun dah bersyukur sebab dapat pindah kawasan yang tak jauh sangat dari sini. Still boleh lagila nak tumpang facility dekat sini.hihi..

Kalau orang tanya saya kerja dekat mana. Mesti cakap jauh jer nak pergi kerja dari sini. Tapi hakikatnya, saya masuk kerja pukul 9 pagi.  8.30 pagi baru saya keluar gi kerja. Sempat je masuk dekat2 pukul 9 pagi.  Selalu kalau bukan bulan puasa, memang breakfast dekat rumah je sebab sempat masak dulu sebelum keluar. Pergi kerja tak jammed. Tapi balik kerja sekarang ni subhanallah. Terpaksa mengadap jammed. Keluar pukul 6 ptg. Pukul 7 baru sampai. Kalau hari yang ok sikit jalan 6.45 ptg dh sampai. Tapi sebab kawasan ni pun dah ramai orang duduk tu yang bertambah-tambah kereta atas jalan.

Rumah ni barang masih sama je macam rumah sebelum ni. Takde bertambah perabot sangat. Sebab pikir letih nak berangkut bagai bila pindah nanti. Biarlah barang apa yang ada. Tupun banyak jugak yang dah calar masa pindah dulu. Duduk rumah kecik dulu memang barang kecik2. Kadang segan jugak bila orang datang, rumah je besar tapi barang kiteorang kecik2 je dalam tu. Hihihii….barang murah2 ja. Yang beli rasa kalau rosak banyak kali pindah pun xdela sakit hati. Rumah kiteorg nampak kosong je. Tapi entahla, saya dengan husband suka rumah lapang tanpa banyak barang since fayyadh tengah aktif bergerak. Nak menyapu dan mengemop pun senang.  Tapi nanti bila dah pindah rumah kecil kami tu, tak tahu nak deco macam mana nak bagi rumah nampak luas. Masih mencari idea. 

Rumah sekarang, saya tak mendeko apa  pun. Entahla..sebab rumah sewa saya jenis tak suka nak paku2 rumah orang. Cat pun tak jugak. Nak hias pun setakat limit saja. Gantung frame pun dekat tempat yang memang dah ada tempat gantung. Memang guna barang yang ada je memang tak nak tambab apa2. Simpan hajat mendeco beria pun kalau dekat rumah sendiri (walhal belum milik sendiri lagi sebab masih berhutang dengan bank). Yang penting, rumah kemas je nampak. Hmm..tapi nak kata kemas sentiasa tu takla. Banyak jugak bersepahnya tambah bila Fayyadh sibuk punggah & baling2 mainan dia. Mama redha je. Tu belum campur time dia main bedak. Bikin nangis mama tengok penuh atas carpet dia tuang bedak. Hahaha..

Banyak kenangan rumah ni. Sama jugak rumah dekat kulim dulu. Walaupun kecil je rumah tu, tapi kiteorang akan ingat sebab dekat situla start hidup lepas kahwin. Rumah sewa sekarang pulak mula hidup lepas jadi parent. Dah bersyukur dapat rezeki menumpang teduh walau bukan rumah kita kan.
Takpela..semua ni kenangan. Share sikit gambar rumah sewa ke-3 kami yang simple + sempoi. Segan nak tunjuk tapi share jugakla untuk kenangan dekat sini.

barang kami yang kecik2. Hihi..

Meja 4 ketul kerusi je. Pindah nanti nak upgrade ke meja yang lebar sikit. Boleh  muat 6 kerusi. 

Cukupla 2 keping gambar ni. Huhu..


Semoga penghijarahan tempat baru nanti bawak kebaikan untuk kami sekeluarga. Sama macam rumah sewa ni. Amin..


7 comments:

  1. Tak sabar tengok kak Imah deco rumah baru. Hehe Rumah sewa fiza ni sekarang serupa betul dengan rumah sewa kakak, meja makan ada 4 kerusi ja dan tak bersofa. Huhu Sebab suami kata nanti nak pindah rumah banyak pula nak angkut. (ntah bila nak dapat duduk rumah sendiri) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk xpndai deco. Huhu...in sha allah akn smpai rezeki tu nnt.

      Delete
  2. tahniah imah sebab dah nak pindah rumah baru. kami doakan imah sentiasa bahagia dengan family comel ni..
    insyaAllah dipermudahkan dan murah rezeki korang..

    ReplyDelete
  3. sedih pulak baca post ni.. wlupun bukan rumah sendiri tp kalau dah serasi & selesa mmg sayu nak tinggalkan kan.. hopefully kat rumah sendiri nanti lebih2 lagi selesanya.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. Assalam... imah dah beli rumah sendiri ke skrg... Hehe Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. A'ah dah beli rumah sendiri. Alhamdulillah..

      Delete

Terima kasih sudi komen!