About Us

Monday, June 13, 2016

Ourbaitijannati : Renovation Update - Cerita Plaster Ceiling Part 1



In sha Allah..saya try update hal berkaitan renovation rumah kiteorang dekat blog supaya boleh jadi panduan dekat orang lain yang tengah cari idea atau survey harga untuk renovate rumah. Mana tahu boleh membantu serba sikit sebab saya pun banyak survey guna google jugak dulu bila hal berkaitan nak renovate rumah. Huhu.. Rumah kiteorang ni kecik je. Apartment tapi still ada jugak buat renovate sikit-sikit sebelum pindah masuk rumah. 

Masa first plan kiteorang untuk renovate rumah, plaster ceiling ni memang awal2 dah masuk dalam list yang kena bagi keutamaan dulu. Hmm… ikutkan plaster ceiling ni bukan dalam kategori “keperluan” sangat pun. Lebih kepada kehendak. Tapi still dalam bajet kiteorang la. Kiteorang fikir, if nak buat plaster ceiling, memang kena buat dulu sebelum pindah. If nak buat masa dah lepas pindah, memang  rumit   sebab rumah dah penuh dengan barang. Tambah2 rumah kecik.  Memang susah jugakla nak alih2 barang semua. Dengan diorang nak tebuk buat wiring lagi. Sebab tu kena buat awal.

Ikutkan saya, saya suka plaster ceiling yang simple2 je. Suka yang biasa. Ynag flat je. Lepas tu ada cornice simple je dekat tepi.  Lebih kurang macam gambar bawah ni: 


(gambar hasil carian google)




Kalau dari atas lebih kurang macam ni la design pilihan saya. Yaang simple.

Tapi, citarasa saya berbeza pulak dengan encik suami. Huhu..Dia lebih sukakan design L-box. Yang boleh letak lampu T5 dekat dalam tu. Macam ni la lebih kurang  pilihan hati encik suami. 

(gambar sumber dari carian google)






Cantik kan? (tapi rumah kiteorang xdela design cantik cenggini. huhu..). Encik suami suka design yang ada lampu dalam tu. Macam ni orang panggil L-box. 

Saya tak berapa suka design plaster ceiling L-Box sebab mudah berhabuk. Kalau tak rajin, memang jadi tempat habuk & sawang bersarang la jawabnya. Disebabkan husband nak jugak buat plaster ceiling design L-box ni, so saya ikut jer. Tapi saya suggest untuk pakai L-box yang takde “longkang” means design yang takde ruang untuk letak lampu dalam. Kira tutup semuala. Sebab taknak jadi tempat segala habuk berkumpul dekat situ. Biar ada downlight saja.  Macam ala2 gambar bawah ni..

(gambar hasil carian google)





Tapi, manala Encik Suami nak setuju cakap wife dia ni. Hahaha… Dia cakap tak cantik design macam saya nak. Tak suka takde lampu dalam. Hmm..design L-box yang dia nak tu memangla cantik, sebab memang tengah “in” design macam tu sekarang ni. Tapi kena extra rajin jugak nak jaga. Leceh untuk orang tak berapa rajin macam saya. Tapi husband pulak cakap takpe, kita bersihkan pakai vacuum je nanti. So, setelah bincang dan bincang si isteri pun redha. Hihi..lagipun kalau nak buat design plaster ceiling biasa memang tak boleh pun. Sebab rumah kami tu rendah je . L-box je yang sesuai sebab boleh buat bahagian tepi jer. Bahagian tengah tak usik.  Guna lantai atas je.

Plaster ceiling takdela kiteorang survey banyak tempat pun. Sebab bila survey Kiteorang ambik dekat contractor yang Kedai dia dekat meru, klang. Diorang ni memang specialist dalam plaster ceiling. Ada kilang & kedai sendiri. Macam2 design ada tapi kiteorang pilih L-box yang design simple je. Lampu downlight LED dengan T5 mula2 kiteorang plan nak beli sendiri. Diorang pasangkan saja. Tapi bila kira2 balik, lagi murah kalau ambik lampu dengan diorang. Sebab dia kira sekali harga wiring point kan.  So, kiteorang ambik semua dengan diorang je. Harga bagi saya berpatutan. Masih murah  & berpatutan lagi la. Lebih kurang je harga tempat lain lepas compare. Compare dengan jiran2 jer harga dapat.  sebab keluasan dengan design sama kan. hihi.

Tips untuk korang yang tengah survey plaster ceiling, mintak quotation harga sekali dengan wiring point ok. Sebab kadang setengah tempat dia bagitau harga plaster ceiling saja. Untuk wiring point lampu downlight & T5 tu asing harga. Untuk wiring untuk lampu pun harga lain. Means, wiring untuk line lampu. Kalau downlight nak suis lain2. Untuk lampu dalam (lampu T5) nak suis lain. So wiring line lampu tu dah kira 2. Sebab 2 suis kan. Sebab tu kadang kita dengar harga murah tapi rupanya tak termasuk lagi wiring point. Nak tahu total cost buat plaster ceiling, kena mintak quotation penuh. So, bolehla kita agak bajet berapa. Selalu kos untuk buat plaster ceiling tak mahal sangat. Yang mahal wiring point tu. Lagi banyak lampu kita letak lagi mahal. Huhu…lampu dalam harga lain. Lampu downlight harga lain. Harga wiring pun lain untuk suis semua. Mintak harga all in complete ok bila korang tengah survey nanti.

Kiteorang buat plaster ceiling nipun banyak sebab jugak sebenarnya selain dari nak nampak cantik sikit (kekononnya..). Untuk bahagian living & dining area, ada beam dekat tengah2. Nak hide sikitla beam tu even tak boleh nak hide sangat pun sebab beam tu agak dalam. Bukan setakat beam, column pun terkeluar sekali. Kalau ambik rumah ground floor memang macam ni la. Column dekat bawah mesti akan besar sikit saiz sebab nak cater load dari atas. Huhu..redha.


deep beam dekat tengah ni nak jadikan separate ruang antara living & dining area

Satu lagi, sebab kiteorang nak pakai lampu downlight LED. lebih terang & jimat tenaga. Bil elektrik pun in sha Allah kurang dari lampu biasa.  Ikut plan, kiteorang nak buat plaster ceiling dekat bahagian ruang tamu & ruang makan saja. Dapur nak tutup bahagian yang ada beam dengan line paip saja. Tapi, last terus tutup semua. Sebabnya, dekat dapur pun ada beam yang “sakit mata” bila tengok. Huhu..lepas tu nak tutup pipe line dekat atas sinki sama (dlm gmbr tak nampak plk). 

Beam dekat dapur yang buat mata "sakit" bila tengok. Kiteorang pasang plaster ceiling jugak dekat sini sebab nak tutup beam ni. Agak rendah sebenarnya tapi okla dari sakit hati je bila tengok. Huhu..

Sampai sekarang saya still fikir kenapa macam ni bentuk beam dia? Dekat2 pulak 2 batang beam. Huhu...  rumah atas takde beam ni sebab design rumah atas memang tak sama dengan rumah ground floor. Pintu masuk pun tak sama.

Itu yang last semua ber “plaster ceiling. Kelakar jugak mula2. Kejap2 nak tutup sikit. kejap2 tak nak tutup sebab asyik fikir rendah. kejap2 rasa nak tutup separuh jer.  Last..ambikk..tutup semua terus. Hahaha...Tapi dekat dapur, kiteorang ambik yang design biasa je. Yang flat. Letak lampu downlight jugak dekat dapur. 


Ok update sikit progress kerja masa diorang tengah siapkan kerja-kerja buat plaster ceiling.









Hihi. kecik je rumah kiteorang. 874 sqft saja. Tak inggi pun. Tapi tetap teringin nak jugak buat plaster ceiling. Huhu..

In sha Allah nanti saya update part 2 pulak. Gambar bila dah siap. 

Sambungan Plaster ceiling part 2 di SINI

28 comments:

  1. kalau dah siap cat sume mesti lg cantik n meriahkn..nice entry sy pn tengah survery2 design plaster ceiling..hehe :)

    ReplyDelete
  2. waaaa...tak sabar nak nengok yg dah siap. total cost bape ye sis?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah. walaupun kecil tapi syukur dh ad tmpt berteduh kan.

      Delete
  4. Replies
    1. tak tau cantik ke tak. hihi..bolehla. simple saja.

      Delete
  5. Imah.. bestnya dah ada rumah.. nnt house warming jemput mila tau. nak datang.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..In sha Allah kalau ada buat house warming. hihi

      Delete
  6. nanti housewarming jemput k!

    kite memula plan nak buat plaster ceiling gak tapi since suami dah booked security door. bajet semua lari ke pintu sajoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah. Takpe, security door pun benda penting jugak. Imah xtukr lg pintu rumh. plan nk tukr jugak tapi belum survey lagi

      Delete
  7. Wahhhhhh! dah start buat reno umh ye imah. Kalo kite pon suke plaster ceiling mcm imah simple je. Tp ye lah kene jgk persetujuan drpd pihak yg satu lg. PLus kalo kene dgn bajet ON je. hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala taste kita. Hihi..tula sbb kna persetujuan bersama.

      Delete
  8. tumpang tanya. estimate cost macam mana. hehehe

    ReplyDelete
  9. Wah dh stat dh renovate..
    Nanti nk bc part 2..

    ReplyDelete
  10. HIDKAL RENOVATION
    0189474001
    SELANGOR / KL

    BOLEH SEARCH HIDKAL RENOVATION UNTUK LIHAT HASIL KERJA KAMI
    FB : HIDKAL SERVICE RENOVATION

    ReplyDelete
  11. tq share idea..hhehe

    ReplyDelete
  12. Salam.. Sy bole bg siling kapur murah kualiti sama.. Pengalaman Alhamdulillah bnyak dah.. Area melaka boleh call or wasup 0173409043 suzee

    ReplyDelete
  13. IZAD PLASTER CEILING.. untuk pertanyaan mahu pon info
    bleh call kami di no 0122257152 izad..
    kami akan beri harga yg berpatutan mengikut design dan
    bajet tuan puan..

    ReplyDelete
  14. Kami pakar di dalam bidang plaster ceiling,partition,ceiling
    gantung,wiring,cat dan renovation..
    Kami menawarkan harga dan design yg menarik cantik lagi tertarik..kami
    beroperasi di lembah klang sekitarnya..
    Untuk pertanyaan mahu pon info boleh whatsap atau call kami di no
    0122257152..

    ReplyDelete
  15. area kuala selangor ada sesiapa yg jual cornies tak?? boleh wasap saya 0173569332

    ReplyDelete
  16. Idea yang bagus, pasang plaster siling untuk keluasan rumah 874 sqft.

    ReplyDelete
  17. Idea yang menarik, pasang plaster siling bagi keluasan rumah 874 sqft.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!