Alhamdulillah….perjalanan pergi dan balik saya ke Kedah semuanya selamat dan lancar. Syukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini. Saya mula bekerja semalam tapi baru hari ni nak terhegeh-hegeh nak update blog yang dah mula berhabuk ni.Hehehehe…rindu bangat sama ini blog! 10 hari dekat kampung bermakna 10 hari jugakla saya offline dari aktiviti internet saya. Masa yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk beraya dengan family, sanak saudara dan kawan2. Memang tak terasa pun nak online. Dah lupa semua benda yang saya selalu saya buat bila sorang diri dekat Shah Alam ni.
Sambutan Aidilfitri kali ni meriah sama seperti tahun2 sebelum ni. Disebabkan saya masih memegang status “bujang” dan “Bujang sulung” (sebab akak saya dah kawen), banyakla tugas-tugas rumah yang tergalas di bahu saya. Malam raya pukul 3.30 pagi baru saya masuk tido disebabkan kelam kabut siapkan itu ini untuk raya. Hari raya, lepas saja zohor saya dah tertido sebab kepenatan.Huhuhu…Saya bangunpun bila ada saudara datang berkunjung ke rumah. Apa2pun, saya tetap rasa seronok. Ditambah pula, raya tahun ni adalah kali pertama selepas saya bekerja. Saya pula bagi duit raya dekat orang. Tak macam dulu lagi.Hehehehe…
Lebih bermakna bila Aidilfitri tahun ni saya menerima kunjungan pertama si dia ke rumah keluarga saya. Alhamdulillah..penerimaan keluarga sayapun baik. Harap-harap tak ada halangan untuk kami melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan ini selepas ini. Insya-Allah…Doa2kan saya.
Kali pertama memandu seorang dalam tempoh hampir 7 jam memang memenatkan tetapi tak terasa pun dek rasa seronok nak pulang ke kampung. Sehingga hari ini, saya masih lagi dalam “mood beraya”. Saya sedang berusaha fresh kan balik otak yang dah naik tepu ni disebabkan cuti yang panjang. Kena rajinkan diri untuk siapkan kerja yang banyak tertangguh. Deadline pun xlama dah…Tak terkejar pulak rasanya.Huhuhu…
Jom semua kita rajinkan diri ! Saya nak sambung wat keja pulak. Jumpa lagi =)
bes lah n3 kali nie.
ReplyDelete