Susunan Wali Dalam Perkahwinan
- Bapa
- Datuk sebelah bapa hingga ke atas
- Saudara seibu sebapa
- Saudara sebapa
- Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
- Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
- Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
- Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
- Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
- Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
- Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.
Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar denganwali ab’adh.
Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya. WALI MUJBIR
- Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
- Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)
9) Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya
- Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
- Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
- Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
- Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
- Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.
Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
- Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
- Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
- Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.
Rujukan :IslamGRID
saya setuju bab ayah boleh kahwinkan anak dara tnpa izin.
ReplyDeleteingat lagi masa sekolah dulu ustazah pernah cakap dekat kami masa belajar munakahat.
jangan terkejut kalau pulang bermalam nanti, mak ayah awak suruh awak balik rumah suami.
Hahaha. saya sekolah asrama dulu. itulah, bab fekah ni, banyak pendapat. Jadi kita ni, kena bertanya org yg lebih tahu. hehe. :)