About Us

Tuesday, September 20, 2011

Kena “pekakkan telinga” kalau nak buat kenduri Kahwin Yang Standard“Biasa2”

Assalammualaikum…

Hujung-hujung tahun dah jadi trend untuk orang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah, hujung tahun cuti sekolah kan panjang. So, mudahlah saudara mara dan rakan taulan nak attend majlis kahwin kan. List kawan saya yang berkahwin hujung tahun ni pun dah berderet. Selang sehari atau seminggu jer mesti ada kenduri yang perlu saya hadiri. Hehehehe..Meriah sungguh!



KAD KAHWIN


Ok, berbalik pada topik asal. Last week, saya ada temankan my best friend gi survey kad kahwin & bakul hantaran dia sekitar Shah Alam. Yelah, dia nak kawen awal tahun depan, so dah kena start preparation. Saya yang temankan dia sebab tunang dia duduk jauh. Dari satu kedai ke satu kedai kiteorang pergi tapi kad kawen yang dijual semuanya mahal2. kadang2 tak masuk akal pun ada. Kad yang simple dan nampak biasapun boleh jual 70 sen sekeping. Kalau nak buat untuk 1000 undangan dah 700. Bagi orang yang baru bekerja macam kiteorang ni sangat2lah membazir. RM 700 untuk dibuang dalam tong sampah? ( memang betulpun sbb wedding card mmg akan dibuang sebaik majlis selesai). Bukankah membazir namanya. Lainlah kalau memang berkemampuan dan kad tu cantik sangat2..tak kisahlah kan. Kalau yang harga RM 1.20 tu lagilah..walau cantik sangat2 dengan design yang sweet2 gitu tapi bila nak order untuk 1000 kad, ambik kau RM 1200 kena bayar! Nilai yang sangat mahal untuk golongan sederhana macam kiteorang ni. Dahtu kad tu orang buang macam tu jer..huhuhuhu. Last2 kiteorang survey jer dalam internet sebab ada kawan kiteorang yang baru kawen awal bulan hari tu order dekat internet je. Harga 15 sen sekeping untuk 1000 kad. Murah, simple dan cantik! Kadpun colourful dan kertas keras. So, last choice dia cakap nak order online jer..senang.Kalau dekat kampung saya, orang pakai kad undangan yang jenis fotostat tu jerpun. Yang penting keikhlasan kita nak panggil orang datang kenduri bukan pasal kad cantik atau tak. Kad fotostatpun kalau kita ikhlas mengundang, orang datang jugak. Kalau tak mampu, tak perlu nak berlagak macam mampu.Lantaklah orang cakap kita kedekut ke apake dah setakat itu jer kemampuan dan budget kita. pekakkan jer telinga kalau orang cakap “kad kawen kita ni murah”. Ingat, yang keluarkan duit bukan diaorang tapi kita!

BARANG HANTARAN

Pasal hantaranpun satu hal jugak. Mentality orang sekarang selalu nak benda yang branded2 lah, facial product jenama SKII lah apelah…nak perfume yang mahal2 padahal ramai yang pakai product tu sekali jerpun. Lepas tu dah xbeli dah sebab tak mampu. Tapi zaman sekarang lagi best, xmain la yang biasa2 dan murah2. Kalau boleh nak hantaran Set barang kemas,Laptop, I phone, I pad….kalau dikira semua tu entah berapa ribu dah berhabis hanya untuk hantaran. Belum campur decoration hantaran yang nak guna fresh flowerlah, kristal lah…alahai... Pernah saya baca dekat internet ada sorang tu bercerita, masa hantaran dari pihak suami, dia ada bagi set produk muka Safi. Yang dia geram bila ada beberapa orang mengutuk kata hantaran dia lansung tak ada class. Padahal si pengantin perempuan ni rasa, dari dia minta benda yang dia tak pernah pakai, baik dia minta produk muka yang memang dia pakai. Lantaklah jenama apapun. Dah itu yang dia guna selama ni. Kalau asyik fikir pasal mulut orang yang mengata, sampai bilapun orang takkan berhenti mengata! Yang susahnya kita sebab kena berpenat jerih + berhutang sebab nak nampak semuanya sempurna di mata orang. Jangan layan sangat statement..”alah kawen ni sekali jer seumur hidup. Biarlah nak berhabis sakanpun..”. Kalau yang mampu dan kaya takpe . Masalahnya untuk yang budget ekonomi ni..huhuhuhuhu…

MAKANAN UNTUK TETAMU

            Ayah saya selalu cakap. Apa yang paling penting dalam sesebuah kenduri itu adalah jamuan makanan untuk para tetamu yang datang meraikan hari bahagia kita. Setiap tetamu yang datang akan medoakan kebahagiaan kita yang baru berumahtangga. Ada baiknya kita melayan mereka dengan baik. Jangan sibuk nak berhias itu ini sampaikan makanan untuk tetamupun tak cukup. Hidangan pun sekadar cukup2 makan. (Tapi membazirpun tak boleh juga). Kalau makanan tak cukup, tak bersih  sampai tetamu keracunan makanan, cirit birit…..jangan sampai jadi macam tu.


PERSEDIAAN SELEPAS KAHWIN

            Bagi saya, persediaan lepas kahwin yang lagi penting sebenarnya. Dalam budget kahwin mesti fikirkan pasal hal ni. Dekat mana nak tinggal, kos sewa rumah, duit deposit rumah, kelengkapan rumah dan hal2 lain. Yalah, nak mulakan kehidupan baru berdua pun perlukan duit. Kalau yang tinggal dekat area KL dan lembah Klang ni kos sewa rumah bukan murah. Kos rumah flat style apartment dekat area saya tinggal nipun dah RM600- RM800 sebulan. Yang rumah teres jangan tanyalah sebab selalunya harga mau RM 1000++.Kalau deposit 2 bulan + 1 month sewa dah jadi RM 1800 (kalau kos rumah RM 600). Itu tak masuk lagi dengan barang2 rumah macam TV, Peti ais, dapur, mesin basuh, katil dll. Kalau yang dari bujang tu dah beli oklah. Tapi fikirkan jugak kos sewa lori dan upah orang angkut barang. Hmm..banyak jugak belanja kan? Itu belum campur kos untuk anak bila bakal timang anak nanti. So, budgetlah duit dengan penuh berhemah. Jangan terlalu pedulikan “cakap2 orang” sampaikan kita sendiri yang merana…pengantin baru lain sibuk ber”honeymoon” korang asyik bertengkar suami isteri sebab duit yang tak cukup2. Sampaikan nak makanpun kena ikat perut sebab hutang keliling pinggang!


Wah! Saya bercakap macam orang dah kahwin pulak gayanya.Hehehehehe…. Sekadar berkongsi pendapat dari pengalaman orang sekeliling dan pembacaan saya. Tak ada niat nak mengata pada mana2 pihak. Ini pendapat peribadi. Suka atau tak, itu hak korang =). Apapun, yang bakal berkahwin saya ucapkan “selamat pengantin Baru”. Semoga kehidupan baru korang selepas ini sentiasa dalam limpahan kasih-Nya. Aminn…

11 comments:

  1. stuju!
    ^^ ukur bajet dibadan sndri..

    ReplyDelete
  2. setuju kak.
    mulut org satu hari akan tutup jugak.
    yang penting, hidup lepas berkahwin, tak sengsara membayar hutang.
    lagipun, yang penting keberkatan daripada Dia.
    :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu Eiymah antie sokong 100% apa yg eiymah tulis jgn dgr ckp org nanti kita yg merana lepas kawin bertahun2 tak habis bayar utang. Itu juga yg antie ckp pada anak antie masa dia nak kawin walau pun ada juga yg kata depan2 Hai anak Engineer tp wedding biasa aja ? Tak ada pelamin ? tak buat kat dewan ? buat kad murah aja (nasib x potostat)
    gift bagi dlm uncang murah aja ? Bagi auntie tu semua membazir aja yg kaya mak andam , kedai cina bunga, kedai perinting lebih baik bagi tetamu makan yg elok2 dan banyak pilihan dan bagi gift yg bolih pakai dari pada bekas beg yg mahal dlmnya cuma ada kerepek dan sapu tangan atau cawan yg tah apa2 tu nak pakai pun tak bolih. Bunga telor pun klu nk bagi yg betul2 cantik klu yg murah tu belum habis kenduri tengok bunga2 tu besepah2 dipijak dek orang. Bagus article ni ia bolih membuka minda orang2 kita yg gairah nak nmp gelamor tapi merana lepas tu ..yg lebih byk nak guna duit untuk keperluan rumah pula....

    ReplyDelete
  4. Nadiah:yelah nadiah.Lama2 orang mengata nanti diaorang akan diam jugak bila dah penat.Jangan sengsara hanya disebabkan "1hari" jer majlisnya tapi hutang bertahun tahun

    Kak Mimi: Setuju2. Samelah sayapun.Keja Engineer juga tapi saya dah get ready kalau orang nak mengata ke apa lepas ni time saya kawen nanti. Mak dengan ayah sayapun selalu pesan jangan nak membazir time buat kenduri. meriah dekat makan minum tetamu takpe. Cuma jangan samapi membazir. Bunga telur memang orang buat buang jer nanti. Cantiklah mcm manapun, xramai yg suka nak simpan benda mcm tu. Dalam Islampun dah cakap bersederhanalah dalam majlis perkahwinan.Jangan sampai timbulkan rasa riak.

    ReplyDelete
  5. betul tu imah.pening kepale dah ni.. uhuhu.. pelamin mostly kos 3k++ ke atas yg hanya nk duduk beberape minit tu je kalau kat kl ni..kad pun mahal yg hanya akn dibuang dlm tong sampah.. klu tgk hantaran skang ni sume nk ade huruf 'i' kat depan.. i-phone la.. i-pad la..i-pod la.. last2 i bankrap..hahaha.. kitorang dah decide..hantaran mahal2 tu tak semestinye kene beli time wat hantaran tu je.. lepas2 kawin pun boleh je nk beli kan..

    ReplyDelete
  6. Maria: Betul tu..lepas kawen pun boleh beli benda2 yang kita teringin tu. Bukan wajib beli time kawen je.hehehehe

    Hanim nabilah: TQ =)

    ReplyDelete
  7. aku setuju. suka entri ni. tak payah nak membazir sangat, yang penting kehidupan kita lepas kawen, yang tu lagi penting kan. :D

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum wbt..imah..nk tny..tempah kad kawen ktne?
    leh bg link x?
    tyvm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya tempah kad kawen dekat grazine. ni website dia http://grazine.com/

      Delete

Terima kasih sudi komen!