About Us

Friday, December 2, 2011

REVIEW FILEM OMBAK RINDU

Finally saya dapat jugak tengok filem masa hari pertama tayangannya semalam. Thank You to Aina Mardhiyah sebab belanja saya tengok wayang! Hehehe...Hari pertama tayangan tiket filem ni semua habis di jual dekat TGV bukit raja. Tempat lain saya tak pasti tapi rasanya sama kot.

Dua jam menonton filem ni apa yang saya boleh cakap Filem ni boleh dikira antara filem adaptasi yang berjaya. Bukan senang nak buat adaptasi novel ke filem kan? Tetapi untuk filem ni memang terbaik! pujian harus diberikan pada semua team yang menjayakan filem Ombak Rindu. Walaupun banyak kelainan scene antara novel asal dan filem ni, tetapi plot cerita ni memang berkembang dengan baik walaupun semuanya nampak nak cepat. Scene kekasaran Hariz pada Izzah memang tak banyak. Sikit jer. Sekejap jer diaorang terus fall in love. Tak boleh nak expect semua scene akan ada dalam filem ni. Part2 penting jer yang ada. Dalam masa 2 jam tak semua benda yang boleh diceritakan.

  Lakonan pelakon-pelakon filem ni termasuklah watak pembantu seperti Zaidi Omar dan Azizah Mahzan pun superb! Suka tengok air mata Aaron Aziz dan Zaidi Omar. Nampak real dan saya turut sama sebak. Air mata dan penderitaan Izzah jangan cakaplah...memang sampai bergenang air mata ni. Tapi saya taklah sampai menangis teresak-esak ( Ramai yang menangis kot!). Mungkin sebab ada adegan lucu yang buat saya tak boleh nak menagis lebih2. Hehehehe..oklah kan, walaupun filem sedih tapi still ada part2 yang kelakar...


Saya memuji lakonan Maya bukan sebab saya peminat dia tetapi bagi saya Maya memang layak bawa watak Izzah. Walaupun mula2 saya tahu ramai yang tak suka dan kata watak tu patut bagi pada Lisa Surihani, saya rasa pilihan Osman Ali lebih tepat. Lakonan Lisa bukan tak ok,ok  tapi masih banyak yang boleh diperbaiki.Thumbs up untuk Maya kerana buat emosi penonton sebak dengan lakonanya!



Bagi saya, filem ni adalah antara filem cinta melayu yang terbaik. Pada peminat novel Ombak Rindu pergilah tengok dan adillah sendiri pandangan korang. Bagi saya, saya memang berpuas hati! Best!

p/s : jangan expect tinggi sangat untuk filem ni..sbb filem adaptasi pasti banyak benda yang xsama. Hope korang enjoy layan filem ni..

5 comments:

  1. nk tgk..huhuhuhu..tp ank kecik lg..cnne??x sbrnya nk tgk..tp Mr.HUBBY ckp tggu beli cd t bleh ulang2 tgk..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. bakal tengok..weekend ni insyaAllah hehe..

    ReplyDelete
  3. FILEM OMBAK RINDU :
    Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".



    Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Ini satu kesesatan fikrah yang jelas.



    Moga Allah SWT memberi taufik dan hidayah buat semua.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!