Tuesday, August 7, 2012
18 Days To Go. Sangt super duper Busy!
Assalammualikum...Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis disini. Curi2 masa menaip sambil tunggu waktu berbuka.18 hari sahaja lagi. Tolak hari untuk balik kampung tinggal 10 hari je lagi untuk siapkan kerja tergendala di sini. Sangat busy sekarang dengan kerja dan persiapan kawen. Semua nak siap awal dan on time. Huhu...Paling sadis, semua saya nak buat sendiri kan? sekarang ambik kau, banyak lagi benda yang tak siap. DIY things masih ada yang beratur nak tunggu dikerjakan. Dalam masa yang suntuk ni, sempat lagi saya nak berangan nak buat itu ini kan? dah berlagak macam superwoman pulak! rumah sewa dah jadi macam kilang untuk saya. bertimbun-timbun barang. hehehe..
Ada beberapa perancangan saya yang terpaksa dilupakan. Ada jugak yang bertukar. Faktor masa tak mengizinkan untuk saya terus nak menDIY bermacam benda dan pergi ke sana sini mencari barang. Cukup-cukuplah weekend lepas saya turun KL cari barang kawen. Rasa penat sangat tapi berbaloi sebab jumpa banyak barang yang jauh lebih murah. Sampai sendat dah bonet dan seat belakang kereta dengan barang2 kawen saya. Memborong barang macamlah bawak kereta MPV, padahal si comel Myvi je kot. Tengah pening kepala macam mana nak angkut barang2 kawen saya balik kampung next week. macam nak kena mintak ehsan sepupu dan maksu je untuk tumpangkan barang-barang saya tu nanti. Huhu...Ada jugak barang yang kena cari dekat kampung. Hope so sedara mara kan tolong saya di kampung pulak nanti untuk kerja2 last minute nanti.
Masih ada bebrapa benda yang nak di settlekan before minggu depan. kad kawen yang nak dikirim by hand pun masih ada yang tak di beri. tak sempat. kena settlekan this week jugak sebab takut next week ada kawan2 yang balik kampung awal. nak post of coz la tak boleh dah kan? sob sob sob...Itulah, dulu selalu bercuiti nak menDIY, kan sekarang dah kelam kabut? Padan muka saya!
Pasal duit, Alhamdulillah..semuanya dah finalize. Dah tak ada nak pening2 pikir duit lagi dah sebab saya budget duit saya sampai bulan lepas je. Duit extra sekarang sebagai backup je if ada macam2 benda lagi yang perlukan duit dekat kampung nanti. Alhamdulillah...nak kawen ni, murah rezeki saya. Sayapun tak pernah ada impian nak buat majlis besar-besaran dan grand pun. Cukuplah setakat yang termampu dan bawah budget saya. Simple dan secara kampungpun takpe. Nak kurangkan membazir dan utamakan mana yang wajib. Huhu...
Saya belum rasa berdebar-debar tapi lebih kepada rasa risau. Risaukan saya, risaukan si dia, risaukan family kami..risaukan segalanya. maklumlah..sekarang ni macam-macam benda jadi, macam-macam cerita menakutkan dekat akhbar, nauzubillahminzalik. Mintak dijauhkan dari sebarang musibah. Doakn yang terbaik untuk kami!
Mungkin lepas ni saya dah kurang nak update blog. Banyak perkara yang harus diberi perhatian. Insya-Allah..mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dengan baik dan andai ada kelapangan saya akan kembali menulis di sini. Hehehe..cakap macam ada yang tertunggu-tunggu entri sayalah pulak. hehehe..apapun. take care semua. masa yang tinggal ni jom kita banyakkan lagi amalan di bulan ramadhan ni sebelum menjelangnya syawal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
insyaallah .... saya pun macam kamu juga lagi..... tarikh yang sama 25/8
ReplyDeleteYeah bnyk dah settle...semoga imah akn tenng n semua berjln lncr ye...
ReplyDeletesemoga majlis bjalan dengan lancar...... dan saya pon tinggal 2 bulan saja lagi.. jeng3... :)
ReplyDeletegoodluck dear.. buat slow-slow n rilex..insyaAllah everything will be ok.. =)
ReplyDeletealamakkk.. lagi 18 hari! jangan panic please.. walaupun hati dup dap dup dap, tapi cool je tau.. nanti suma tka jadi pulak :D
ReplyDelete