About Us

Wednesday, August 1, 2012

Cuai. Road Tax Motor Pulak Yang Hilang


Lately ni, sejak beberapa menjak ni saya kerap jadi pelupa dan asyik terhilang dan tertinggal barang. Tak tahu kenapa. Maybe sebab banyak sangat berfikir dan kadang2 stress dan busy buat sikap cuai & pelupa tu dah rajin nak berkawan dengan saya. Huhu..

Kadang-kadang dekat office boleh pulak tertinggal dompet lah, kunci rumahlah. Bila balik kampungpun ada je benda yang saya nak tertinggal. Dulu tak macam ni. Sekarang ni makin menjadi pulak sikap peluapa dan cuai saya. Mujurlah saya je yang tak hilang lagi. Huhuhuh.....

Motor saya sepupu saya pinjam 2 hari lepas. Semalam masa dia pulangkan motor dekat saya dia bagitau yang road tax motor dah mati bulan 3 lepas. Pelik sebab saya dah lama renew road  tax tu. Tapi bila telek balik, baru saya perasan road tax yang ada dekat sepupu say atu road tax lama. Sah2lah road tax baru tu dah hilang. Saya rasa jatuh time motor saya pancit hari tu. Dah cari dekat rumahpun xada. Pasrah jelah. Nak wat macam mana dah hilang kan? Semalam rasa biasa je. Ingat ke gi pejabat pos hari ni boleh settle semua. Just bayar balik harga road tax yang 2 ringgit tu. Rupanya tidak! officemate cakap kena gi JPJ sendiri buat report road tax hilang.

Saya call JPJ nak tanya prosedur bila road tax motor hilang. Baru saya tahu rupanya bila road tax hilang ni, kena isi borang, kena bawa salinan kad pengenalan dan bayar denda 20 ringgit. Rod tax 2 ringgit pun boleh jadi 20 ringgit sebab denda kan? apalah nasib. Mujur 20 ringgit kalau 200ringgit  tak ke naya namanya? Sabar jelah..ada hikmah apa yang berlaku. Kalau tak jadi macam ni, taklah saya tahu apa yang nak kena buat bila road tax hilang kan? taklah saya bertambah alert dengan kecuaian saya kan? (macam tak betul je bertambah alert tu..hahaha).

Esok nak ke JPJ sekali lagi untuk hantar borang dan bayar denda. Hope semuanya settle esok.

20 comments:

  1. nora pun kadangkala mudah lupa. moga dipermudahkan dear :)

    salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..samelah sayapun. salam kenal untuk awak jugak =)

      Delete
  2. Tak kena buat buat report polis ke?

    ReplyDelete
  3. Tak kena buat buat report polis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..xpayah. just terus isi borang dkt jpj

      Delete
  4. Salam kak imah, nak tnye. borang tu kak imah dapatkan dekat jpj dan terus isi on the spot kat ofice jpj atau mungkin akak dapatkan secara on9 ye? sy bru hilang road tax tu td. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. isi dkt jpj je borang tu. ada dokumen kena attch tp seyes akak lupa. leh ambk borang tu dkt jpj

      Delete
  5. Sekarang denda rm45 ke .mula2 bayar rm30 lpas tu diorang minta tmbh rm45

    ReplyDelete
  6. sy bru hilang roadtax moto

    nk kne bwk geran ori ke? atau photostat geran pn dah boleh? trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya dulu saya bawak sebab geran memang ada dengan saya. Try download borang dekat website JPJ. Mungkin skrg ada procedure baru.

      Delete
  7. Assalam akk.. smlam road tax sy hilang agak2 bpe hari boleh siap road tax yg baru.. terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Hari yg sama jgk siap dik.

      Delete
  8. roadtax saya baru hilang and first time apa prosedure nk amik salinan roadtax baru ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena isi borang JPJ pasal road tax hilang. Boleh ambik dekat JPJ jugak. Lepas tu kena bawak geran motor. Kalau motor nama sendiri boleh sign sendiri. kalau nama org lain, kena pemilik tu sign borang tu. Tak ingat ada borang wakil ke x. kena check dengan JPJ. ada denda jugak kena bayar. Road tax akan siap hari yg sama

      Delete
  9. owner kene p jgk ke ? klau owner tkpegi tkbleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owner x payah pergi. just ambik tandatangan owner je dalam surat akuan wakil yg diorg bagi

      Delete

Terima kasih sudi komen!