About Us

Thursday, August 2, 2012

DIY Bunga Kusudama


Pernah dengar nama Bunga Kusudama? Saya rasa ramai jugak yang dah tahu pasal bunga ni kan exspecially para B2b lah kan. hehehe...Ok, berbalik pada tajuk, ikutkan perancangan asal, saya nak buat bunga Kusudama ni sebagai hand bouquet saya time nikah sebab dah suka sangat dengan bunga ni lepas tengok gambar hb ni

Cantik kan? 

Then, makin berkobar-kobar semangat tu lepas tengok majalah inspirasi Pengantin untuk bulan 7 ni..

Sangat kreatif ok!

Bunga Kusudama ni cuma gunakan kertas jer untuk buat dia. Mula2 tengok memang rasa susah. Tapi lepas belajar dekat Youtube, rupanya mudah je. Macam buat bunga origami. Cuma kena teliti dan cermat masa nak menampal gam pada satu persatu kelopak bunga. Saya dah praktis buat bunga ni beberapa bulan lepas. Suka sebab dah pandai buat walaupun macam herot petot sikit bunga saya tu. Hahaha..ni hasil jari jemari saya.

Walaupun senget2 bunga ni tapi puas hati sebab dah berjaya buat tau. Guna recycle paper yang ada dekat office tu. praktis time orang gi solat jumaat. Bahagian tengah tu saya tampal dengan kertas je sebab tak ada butang nak letak.


Tapi, hasrat saya tu terpaksa dilupakan lepas kawan saya cakap better jangan pakai bunga yang buat dari kertas untuk hb sebab saya buat dekat kawasan rumah kan takut basahlah, terkena air ke hb tu. Huhu.....so, hasrat DIY ni terpaksa dilupakan. Tapi kalau tetiba saya rasa nak buat, saya buat jugak. Hahaha..still thinking about this sebab masa makin suntuk. Lagipun saya ada menang hb give away last week. Nanti saya story pasal tu. Now, jom tengok kecantikan bunga kusudama ni..






Maybe saya akan jadikan bunga kusudama ni hiasan di meja guest book nanti. sebab nampak cantik je kan? Mintak2 ada masa lah sebab masih berlambak lagi DIY project yang tak siap. Lately ni balik keja asyik letih je memanjang..huhuhu

14 comments:

  1. serius cantik bunga tu. buat hiasan kt bilik pengantin pun cantik jugak . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..tengah fikir lagi apa nak buat dengan bunga ni nanti

      Delete
  2. mmg cantik bunga ni.... senang pula tu nak buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. mula2 tengok je rasa susah. lepas dah buat, senang je rupanya

      Delete
  3. Replies
    1. masih beljar lagi Cik Mah. Harap2 lepas ni boleh buat lebih cantikla. hehehe

      Delete
  4. eh cantiknyaaa.. nak buat handbouquet pun cantik jugak.. pastu tambah rhinestone sket2.. cantiknyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..ramai je mat salleh wat bunga ni sbgai hb cuma imah je yang masih teragak-agak. Takut terkena airlah kononnya. Huhu...

      Delete
  5. assalamualaikum...memang cantik! share la tutorial imah...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...Insya-Allah dear. Akan share tutorialnya nanti

      Delete
  6. Bunga ni nmpk lgi cantik dan kemas....
    Kalau tak bolih siap buat sendiri ape kata Imah minta tolong housemate
    and office mate tolong mase lunch our masa bulan puasa ni . Auntie dulu pun
    housemate & officemate yg tolong, kalu tak tak tersiap....ape2 pun tahniah
    atas usaha gigih Imah ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!