About Us

Thursday, August 9, 2012

Cincin Tunang Hilang (T_T)


Mood sedih sangat2. Tak tahu macam mana cincin tunang dekat jari manis saya ni boleh hilang. Paling sedih sebab saya tak boleh nak ingat lansung samaada saya salah letak, ada buang dari jari atau apa-apa. Saya lansung tak boleh ingat. Sebelum ni, saya ada buka cincin tu. Simpan taknak pakai. Tapi baru minggu lepas start pakai balik. Dan hari ni cincin tu dah hilang (T_T).

Dh puas cari tapi xjumpa jugak. Sedihnya. Encik Tunang tak marahpun dekat saya cuma suruh saya cari dan ingat dekat mana letak. tapi memang tak ingatpun. Lately ni dahlah asyik jadi pelupa dan mudah tertinggal barang, terhilang barang. kenapa ni? banyak sangat fikir ke saya ni? sampai kawan2 officepun perasan dengan sikap baru saya sekarang ni. Cuainya saya!

Ya Allah...mudah-mudahan saya jumpa balik cincin tu. Cincin yang ada sentimental value untuk saya. Tapi kalau tak jumpa jugak, saya redha. mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi (T_T). Bukan rezeki saya. Hanya sempat 7 bulan lebih dia ada bersama saya. Huhuhu...


UPDATE: Alhamdulillah..lepas berusaha mencari dan berdoa, finally dah jumpa cincin tunang saya. Jumpa dalm bilik jugak. Sebelum ni dah cari banyak kali tempat yang sama tak jumpa pun. Bila dah penat cari, baru jumpa. Syukur. kena lebih alert lepas ni supaya tak careless lagi. Terima kasih pada yang mendoakan saya!

9 comments:

  1. insyaallah jumpa balik. saya pun dah pernah hilang cincin, sebab selalu pakai dan tak pakai...rupanya masa buang cepat-cepat nak mmasuk toilet :) tercicir kat bawah almari... nasib baik jumpa balik

    ReplyDelete
  2. try lagi ingt2,cari mana..nnt klo ada rezeki mst jumpa blk..klo xjmp jgk jgn sedih sgt..

    ReplyDelete
  3. cuba awak baca doa apabila ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu.insya allah akan jumpa balik cincin tunang

    ReplyDelete
  4. Imah ini, selalu terlupa sebab stress,dulu aku pun asyik terlupa je barang,sekarang sudah berkurang sebab tak banyak fikir dan stress,jgn stress sangat ye...relax insyallah perjalanan majlis imah akan berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dah jumpe..p sedih btul kalau hilang kan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah jumpa dah cincin tu. Paling tak suka bila carik barang tak jumpa & tak ingt letak kat mana. tension.

    ReplyDelete
  7. Nasib baik dah jumpa. bagos la tu.. nanti kena hati-hati taw.... :D

    ReplyDelete
  8. Nasib baik dah jumpa...ayong pun kadang-kadang x ingat cincin letak mana..tu yg xnak pakai selalu lagi2 bila pergi kerja..hehe..

    ReplyDelete
  9. whooaaa..bc title post pon da rs seram.huhu

    Luckily jumpa, jgn careLess2 lagi K ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!