Alhamdulillah...dah selamat sampai ke shah alam. Encik suami teman hantar saya balik ke sini dengan kereta. Semalam dia dah balik Kulim semula naik bas. Perhubungan jarak jauh macam nilah gayanya. Ada beberapa sebab kena consider before dapat duduk serumah. Insya-Allah, kami sedang berusaha untuk tinggal bersama. Moga2 ada rezeki ke arah itu.
Back to the main point, pasal majlis nikah saya sabtu lepas, Alhamdulillah walaupun macam-macam masalah yang datang tetapi semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Sebenarnya, beberapa hari sebelum majlis saya memang tak cukup tidur, xcukup rehat. Makan pun tak teratur. ada masa saya lansung tak makan nasi sebab jadi tak lalu. macam-macam benda yang nak diuruskan. Nak kemas umahlah, nak cari barangla, buat itulah, buat inilah sampai saya rasa stress dan tension sangat. 2 hari sebelum nikah saya tidur pukul 4.45pagi. kejap ja tidur, terus bangun buat kerja pulak. Malam sebelum nikah pukul 3.15 pagi baru tidur. Muka saya jangan cakapla memang nampak sembab dan tak bermaya. Matapun bengkak. Ada eye bag. Sehari sebelum majlis memang risau gila pasal eye bag ni. Huhuhu...
sehari sebelum majlis kahwin saya hujan turun lebat sangat-sangat dari petang sampai ke tengah malam. Air memang penuh dekat kawasan khemah. Orang yang nak pasang kehmah pengantin dan setting meja makan pengantin pun dekat pukul 12 malam baru datang pasang sbb hujan. sedara mara tolong buat longkang kecil untuk air yang bertakung lalu. Masa tu saya dah start risau sebab hujan macam taknak berhenti dan air penuh dekat kawasan rumah. Tapi saya dan keluarga sama-sama berdoa mintak2 majlis kami esok keadaan cuaca elok dan tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah....keesokannya cuaca sangat baik. Walaupun tanah dekat rumah masih berlumpur sikit tapi kami dah rasa bersyukur sangat.
Awal pagi sebelum majlis nikah saya dah bangun. Siap2 apa yang patut dulu dekat rumah lepas tu terus mandi. Time ni barulah saya rasa berdebar-debar. sebelum ni takpun. Rasa biasa ja. Mungkin sebab sibuk sangat kot tak sempat nak rasa nervous. Huhu...Disebabkan masa time nikah saya yang akan siap sendiri dan make-up sendiri saya memang kunci pintu bilik sebab taknak sapa-sapa tengok saya time make-up sebab takut nanti tak boleh nak make-up. time ni saya tawakal ja apa nak jadi. Bila dah siap pakai baju dan tudung semua baru saya mintak bantuan maksu dan sepupu untuk pinkan veil saya. lega sebab dapat siap awal sebelum majlis nikah pukul 10 pagi dekat masjd dekat rumah saya. majlis nikah saya memang tak ada pelamin nikah. yang ada cuma bantal nikah yang saya DIY sendiri bebrapa hari sebelum majlis. lepas dah siap semua, saya terus pergi ke masjid ditemani kawan baik dan family.
Atas beberapa masalah, saya dinikahkan hampir pukul 10.30 pagi dan majlis nikah berakhir pukul 11.30 pagi. perasaan jangan cakaplah memang sebak snagat. masa time ayah saya mintak keizinan saya untuk nikahkan saya dengan suami pun saya dah rasa sebak. bergenang air mata. Rasa sedih sangat2. Masa lepas lafaz ijab dan kabulpun sama. Sebak...setelah bermacam dugaan kami lalui selama hampir 5 tahun ini, Alhamdulillah kami disatukan juga. Syukur Ya Allah....sebelum ni saya risau sangat tentang hubungan kami, risau apa-apa terjadi sebelum majlis kami. Macam-macam saya fikir tetapi Alhamdulillah Allah kabulkan doa kami, doa semua orang yang mendoakan kami berdua. Masa majlis nikah, saya diberikan mas kawen dan dihadiahkan dengan sebentuk cincin dan seutas gelang mutiara.
Maaf gambar semua dari kamera sendiri sebab tu tak berapa nak ok. banyak candid. tangkap gambar masa majlis banyak fokus pada kamera OP saja. Gambar dari OP belum dapat. Dah dapat nanti saya update.
walaupun imah make up sendiri utk majlis nikah tu, cantik je akak tengok. kalau tak cakap, akak rasa mesti org ingat ada mak andam make up. Congrats ye imah. nanti letak gambar byk2 ye :)
ReplyDeleteTq akak. saya mmg nak simple makeup time nikah. Nak save budget sama itu yg try makeup sendiri.
DeleteTahniah dan Selamat Pengantin Baru imah & suami.semoga berbahagia dunia dan akhirat.Sentiasa banyakkn doa kepada ALLAH kerana dalam perhubungan suami isteri ni banyak berlaku pasang surutnya ,banyak dugaan yang perlu di harungi dan perlu tahap kesabaran sertakemaafan yang tinggi.
ReplyDeleteInsya-Allah..risau dan takut jugak ni. mudah-mudahan apapun yang berlaku hubungan berkekalan sehingg ake akhir hayat
Deletewowwww!!!seriously,u look gorgeous...love the makeup n veil tu nmpak cantik sgt... selamat pengantin baru!!!!!
ReplyDeleteTq is =)
Deletelawa. tak nmpk mcm make up sndr pun hehehe. look gorjesss. hehehe anyway, congrats.
ReplyDelete** ops, agak2 blh bg tips atau cara terbaik make up pengantin ni x? hehehe
Biasa2 je ni maybe sebab happy kot itu yg nampak ceria. Tips? hehehe..nanti saya wat review tentang makeup pulak k
Deletesaya sokong kak fezmia. nampk cantik aje. xada cacat cela pun. klau sy lebih suka simple make up berbnding pkai make up tebl2. betl tak? hihi kak imah lawa. hihi :)
ReplyDeletesamela kita Ainaa..suka yg simple makeup =)
Deletedear imah..ni ur wedding review from ika
ReplyDeletehttp://izarikaluvdiary.blogspot.com/2012/08/review-b2b-wedding-imah-azri.html
Tq Ieka =)
Deleteaaa....imah cntik sgt....xnmpk mcm makeup sendiri pun...tahniah imah...bj n veil cntik sgt....
ReplyDeleteTahniah dear.cntik
ReplyDeletesantek yer veil uuuuu
ReplyDeletetahniah imah..so sweet,..bagai pinang di belah dua..semoga bahagia berkekalan selamanya..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteTahniah Imah..Selamat pengantin Baru, semoga bahagia berkekalan keakhir hayat..sama cantik begitu sepadan..semoga sentiasa diberkati dan dilimpahan kasih sayang Allah s.w.t.
cantiklah walaupun makeup sendiri.. naik serinya
ReplyDeleteTahniah..cantik la veil kamu..ada niat nak sewakan x?hihi
ReplyDeletecongrate dear.sweet sgt.
ReplyDeletesemoga berbahagia hingga ke syurga..
imah.. tahniah akhirnye dah slmt bergelar isteri... sori aku xdpt nk dtg sbb xlarat nk dok dalam kete lame2 tp aku doakan korang bahagia hingga ke syurga k dear.. anyway u look sooooo gojesss beb... serius xtipu.. mekap ko pon cantik.. veil cantik.. baju cantik.. everything perfect!!.. aku pon start ngs mase bapak mtk izin nk nikahkan tu.. siap sedu sedan lg tuuu.. huhu..
ReplyDeletecntiknya veil tu..org nya pun cntik..tahniah dh jadi suami isteri..semoga mendapat keberkatan..
ReplyDeletecantek La..make up pon fresh je.. =)
ReplyDeletesya-orked.blogspot.com
serius cantik..jatuh cinta dengan gaya pakai veil tu :)
ReplyDelete*inspiration..heeee