Genap sebulan bergelar isteri.
Alhamdulillah…masih lagi sangat2 “hijau” dalam hidup berumah tangga. Lebih2
lagi belum ada rezeki untuk tinggal sebumbung dengan suami. Terlalu baru untuk
bercakap tentang hidup berumah tangga. Saya baru tahu suami saya seorang yang
kidal lepas kami kawen. Itupun lepas kawan saya tegur nampak dia menulis dengan
tangan kiri dalam gambar kawen. Dalam tempoh 5 tahun kenal saya xtahupun dia kidal. Macam tak logic kan?Maybe
sebab dia tak pernah menulis depan saya kot? Hehehe…lagipun kami jarang nak
cerita tentang minat & hobi masing2. Biarlah sendiri2 kenal. Masih dalam
musim bercinta2 dengan suami dan mengenali diri masing2 =) . Baru tahu habit
suami before tidur kena minum air manis2 dulu. Breakfast dia tak suka minum air
yang ada susu or milo. Oh ya, baru tahu dia seorang penggemar ulam-ulaman &
sambal belacan lepas tengok dia berselera sangat makan ulam masa tinggal dekat
kampung saya lepas kawen hari tu. Lepas ni kenalah saya belajar buat sambal
belacan yang sedap jawabnya. Saya tak suka makan sambal belacan. Selalu dekat
rumah asyik mengelak nak buat sambal belacan. Tak pedulipun mak duk bebel sebab
saya asyik mengelak nak tumbuk sambal belacan. sekarang ni ambik ko, husband
sendiri suka makan sambal belacan. Dah
takleh nak ngelak buat dah. Hehehe… Then seterusnya saya akan tahu dan kenal
sendiri dari hari ke hari. Insya-Allah….Best jugak bercinta dan saling
kenal lepas kawen ni kan?
Rindu pada saat-saat bergelar isteri sebulan lepas. |
Buat masa ni, saya masih berulang
alik ke Kulim every weekend. Rasa penat naik turun bas tak terasa bila dapat
tengok wajah suami, apatah lagi menjalankan tanggungjawab saya pada dia. Jaga makan pakai dia, temani dia di sisi
semuanya buat hati saya rasa tenang. Seronok bila tengok dia makan dengan berselera
siap bertambah-tambah apa yang saya masak even masak simple2 jerpun. Tiap kali
nak balik sini mesti rasa nak nangis dan rasa berat hati sangat. Tuhan je tahu
perasaan saya. After 5 years our relationship belum sekalipun merasa duduk
dekat. Memang terkilan sangat tapi saya
anggap ini sebagai dugaan. Tapi xjugak every weekend or public holiday boleh balik sana sebab husband saya keja tak menentu. Sabtu alternate. Ahad kdg2 kena standby or keja.
Ikutkan before kawen saya dah
decide nak pindah sana tetapi disebabkan husband terikat sebagai “calon
simpanan” syarikat GLC saya masih di
sini sebab risau kalau dia dipanggil kerja tak tahu lagi dapat dekat mana. Tetapi
sekarang, setelah lama menunggu dan ada calon baru dipanggil interview &
ada calon simpanan yang dah dipanggil masuk kerja tetapi husband saya tak
dipanggil kiteorng decide taknak menunggu lagi. Ikutkan kalau nak menunggu,
sampai bulan 3 tahun depan. Lama sangat. Dapat atau tak, tak tahu lagi. Kalau
ada rezeki adalah kan. Lagipun our family tak kira side saya tau dia memang
suka kalau kami duduk di kulim atau penang. Dekat sikit nak balik kampung dua2
pihak jika dibandingkan duduk di sini.
Sekarang, setiap hari saya
berfikir, tertanya-tanya pada diri sendiri. For what saya masih ada dekat Shah
Alam ni? For what saya keja di sini sedangkan family jauh? husband jauh? For what saya masih berada
di sini sedangkan hati saya tak bahagiapun? Setiap masa saya hanya fikir nak
balik duduk dengan suami. Dah rasa tak
peduli kalau terpaksa kerja luar dari bidang saya sekarang, dah tak kisah kalau
saya terpaksa tinggalkan kerjaya saya sekarang, syarikat yang sangat serasi
dengan saya di sini untuk seorang suami. Kalau dulu before kawen memang saya
rasa saya kuat, saya tak kisah tetapi sekarang takpun. Rasa xbestpun. Huhu…
kerjaya & wang ringgit tak menjanjikan apa-apapun bagi saya. Saya tak kisah
balik sana kerja biasapun dengan gaji yang kurang dari sekarang sebab saya
bekerjapun bukan semata-mata kejar duit banyak atau kejar pangkat. Cukup untuk
saya, saya rasa bahagia & enjoy bekerja itu dah cukup. Sebab tu jugak saya
masih stay dekat company sekarang even kawan2 saya dah ramai yang keluar sebab
ada peluang kerja dengan gaji yang jauh lebih besar. Even gaji saya tak banyak
manapun dan rendah nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang dah berhijrah tu tetapi saya
bersyukur dengan rezeki yang saya dapat. Lagipun saya happy kerja disini. Kerana
rasa bersyukur & berkongsi itulah yang buat saya sentiasa rasa “cukup”
dengan apa yang saya ada. Lagipun saya percaya dengan rezeki.
Insya-Allah….rezeki Allah ada dimana-mana.
Buat masa ni saya sedang
menyimpan duit untuk masa-masa “mengangur” saya. Cukuplah untuk bayar ansuran keta
& duit poket dalam dua atau tiga bulan mengangur before dapat kerja. Makan
minum & rumah suami dah tanggung. Nak ulang alik gi interview dari shah
alam ke kedah bukannya dekat. Dengan notis 2 bulan lagi. Setelah berbincang
dengan husband, saya nekad nak hantar resign letter awal bulan 10 ni. Maybe tunggu
sampai result interview saya dengan gov keluar 8hb 10 ni saya akan hantar surat
resign. Even rasa dalam hati tak dapat( disebabkan time interview terduduk atas
meja then lupa fotostat scroll ijazah then ramai sgt calonnya) , tapi tunggu
jelah dulu. Bila check xdapat, terus hantar resign letter. Sayang sangat-sangat
nak tinggalkan company saya sekarang, bos yang baik & memahami, senior yg
tak jemu bagi tunjuk ajar & officemate yang baik2 belaka tapi apakan daya
saya ada tanggungjawab lain. Suami adalah keutamaan buat saya sekarang.
Harap-harap saya dapat selesaikan semua tugas di sini before resign. Banyak betul kerja
urgent sekarang ni. Sebolehnya lepas ni nanti nak cari kerja yang sesuai untuk
perempuan yang bekeluarga. Dalam bidang saya tak mudah dapat kerja yang sesuai.
Takut asyik kena balik lewat malam then keja weekend kerap je.... Tapi untuk
berhenti kerja terus memang tak pernah terlintas dalam fikiran. Tumpang saya
masih berupaya, masih sihat dan ada peluang untuk berada di samping suami, saya
dah nekad untuk berhenti kerja dan balik kerja di sana. Memang ramai pasangan yang PJJ
sekarang tapi setiap pasangan berlainan masalah. If ada peluang untuk duduk
dekat, memang kita akan berusaha tinggal bersama. Lagipun macam kami, sama2
keja swasta dan peluang tu masih ada. Insya-Allah..mudah-mudahan moga urusan
kami dipermudahkan. Aminn…
itulah yg fana risau bila dah kawen nanti, kiteorang akan PJJ jugak..sorang kat putrajaya, sorang kat JB.Masing-masing terikat kalau swasta maybe akan senang jugak..haish, serabut kepala bile pikir masalah nih..uwaaaa..:((
ReplyDeletenasib saya cane laa pulka nanti :(
ReplyDeleteHAPPY ANNIVERSARY FOR 1 MONTH... bestkan bila dah ikatan yang sah. zura pun EPJJ ngan husband. mmg rasa hati nak dok dekat suami, tapi masing2 ada komitment.
ReplyDeleteamin..semoga segalanya dipermudahkan...
ReplyDeletehope keputusan tu yg terbaik buat imah ;)
ReplyDeleteinsyaAllah ade rezki lain kan nti ;)
imah.. aku fhm perasaan ko.. sebab aku PJJ gak dgn fit.. walaupon die kat subang aku kat keramat.. tp mlm tdo sorg2 rase mcm kosonggg je.. ko tu apetah lg kan... doa byk2 k semoga sumenye dipermudahkan
ReplyDeletesalam imah.sy doakn yg terbaik buat imah n husband.-DyAN.
ReplyDeleteSaya pernah mengalaminya. Dlm 4 bln. Sy pindah. Walau gaji agak lumayan. Tp gaji yg lumayan tu x boleh membeli seorang suami. Lain org. Lain situasinya. Bila berjauhan. Byk masalah timbul sbb masing2 xde komitmen bersama sbb masing2 masih kategori bujang. Xde nikmat sama2 uruskn rmhtangga. Tp ini semua dugaan. Pahit akan manis semanisnya akhirnya. Ganjaran bg org2 yg sabar.
ReplyDeletesaya pun da nekad klu sis tak smbg novel cinta si babysitter saya nak nangis kuat-kuat.
ReplyDeleteplezz... smbgla da lma ni tertangguh.
Tersenyum sis baca komen ni. Tak sangaka ada jugak yang menunggu sambungan novel tu. sis pun rindu nak menulis balik. Insya-Allah tengah cari ilham nak menulis semula. tapi kena habiskan novel KCI dulu b4 tulis CSB tu.huhu..
Deletekebahagiaan isteri di sisi suami.betulla kata org tu cik imah. dd pun dlu mcm cik imah gak nekad kononnye xnak pindah terus, boleh bertahan. tapi bile outstation ke kl je 2-3 hari da menyasau rindu suami.beza bercinta jarak jauh n berkahwin jarak jauh.dd doakan yg terbaik utk imah. happy baca kisah hidup u.
ReplyDeleteimah..result spa da blh cek, tgk kat status pndaftaran.. =)
ReplyDeletesama la kita.
ReplyDeletedah 5 tahun lebih bercinta ngan suami, asyik duk jauh jer.
http://ninimohd.blogspot.com