About Us

Tuesday, September 25, 2012

Dah sebulan Bergelar Isteri, Saya Nekad



Genap sebulan bergelar isteri. Alhamdulillah…masih lagi sangat2 “hijau” dalam hidup berumah tangga. Lebih2 lagi belum ada rezeki untuk tinggal sebumbung dengan suami. Terlalu baru untuk bercakap tentang hidup berumah tangga. Saya baru tahu suami saya seorang yang kidal lepas kami kawen. Itupun lepas kawan saya tegur nampak dia menulis dengan tangan kiri dalam gambar kawen. Dalam tempoh 5 tahun kenal saya  xtahupun dia kidal. Macam tak logic kan?Maybe sebab dia tak pernah menulis depan saya kot? Hehehe…lagipun kami jarang nak cerita tentang minat & hobi masing2. Biarlah sendiri2 kenal. Masih dalam musim bercinta2 dengan suami dan mengenali diri masing2 =) . Baru tahu habit suami before tidur kena minum air manis2 dulu. Breakfast dia tak suka minum air yang ada susu or milo. Oh ya, baru tahu dia seorang penggemar ulam-ulaman & sambal belacan lepas tengok dia berselera sangat makan ulam masa tinggal dekat kampung saya lepas kawen hari tu. Lepas ni kenalah saya belajar buat sambal belacan yang sedap jawabnya. Saya tak suka makan sambal belacan. Selalu dekat rumah asyik mengelak nak buat sambal belacan. Tak pedulipun mak duk bebel sebab saya asyik mengelak nak tumbuk sambal belacan. sekarang ni ambik ko, husband sendiri suka makan sambal belacan.  Dah takleh nak ngelak buat dah. Hehehe… Then seterusnya saya akan tahu dan kenal sendiri dari hari ke hari. Insya-Allah….Best jugak bercinta dan saling kenal  lepas kawen ni kan?

Rindu pada saat-saat bergelar isteri sebulan lepas.


Buat masa ni, saya masih berulang alik ke Kulim every weekend. Rasa penat naik turun bas tak terasa bila dapat tengok wajah suami, apatah lagi menjalankan tanggungjawab saya pada dia.  Jaga makan pakai dia, temani dia di sisi semuanya buat hati saya rasa tenang.  Seronok bila tengok dia makan dengan berselera siap bertambah-tambah apa yang saya masak even masak simple2 jerpun. Tiap kali nak balik sini mesti rasa nak nangis dan rasa berat hati sangat. Tuhan je tahu perasaan saya. After 5 years our relationship belum sekalipun merasa duduk dekat.  Memang terkilan sangat tapi saya anggap ini sebagai dugaan. Tapi xjugak every weekend or public holiday boleh balik sana sebab husband saya keja tak menentu. Sabtu alternate. Ahad kdg2 kena standby or keja.

Ikutkan before kawen saya dah decide nak pindah sana tetapi disebabkan husband terikat sebagai “calon simpanan” syarikat GLC  saya masih di sini sebab risau kalau dia dipanggil kerja tak tahu lagi dapat dekat mana. Tetapi sekarang, setelah lama menunggu dan ada calon baru dipanggil interview & ada calon simpanan yang dah dipanggil masuk kerja tetapi husband saya tak dipanggil kiteorng decide taknak menunggu lagi. Ikutkan kalau nak menunggu, sampai bulan 3 tahun depan. Lama sangat. Dapat atau tak, tak tahu lagi. Kalau ada rezeki adalah kan. Lagipun our family tak kira side saya tau dia memang suka kalau kami duduk di kulim atau penang. Dekat sikit nak balik kampung dua2 pihak jika dibandingkan duduk di sini.

Sekarang, setiap hari saya berfikir, tertanya-tanya pada diri sendiri. For what saya masih ada dekat Shah Alam ni? For what saya keja di sini sedangkan family  jauh? husband jauh? For what saya masih berada di sini sedangkan hati saya tak bahagiapun? Setiap masa saya hanya fikir nak balik duduk dengan suami.  Dah rasa tak peduli kalau terpaksa kerja luar dari bidang saya sekarang, dah tak kisah kalau saya terpaksa tinggalkan kerjaya saya sekarang, syarikat yang sangat serasi dengan saya di sini untuk seorang suami. Kalau dulu before kawen memang saya rasa saya kuat, saya tak kisah tetapi sekarang takpun. Rasa xbestpun. Huhu… kerjaya & wang ringgit tak menjanjikan apa-apapun bagi saya. Saya tak kisah balik sana kerja biasapun dengan gaji yang kurang dari sekarang sebab saya bekerjapun bukan semata-mata kejar duit banyak atau kejar pangkat. Cukup untuk saya, saya rasa bahagia & enjoy bekerja itu dah cukup. Sebab tu jugak saya masih stay dekat company sekarang even kawan2 saya dah ramai yang keluar sebab ada peluang kerja dengan gaji yang jauh lebih besar. Even gaji saya tak banyak manapun dan  rendah nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang dah berhijrah tu tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat. Lagipun saya happy kerja disini. Kerana rasa bersyukur & berkongsi itulah yang buat saya sentiasa rasa “cukup” dengan apa yang saya ada. Lagipun saya percaya dengan rezeki. Insya-Allah….rezeki Allah ada dimana-mana.



Buat masa ni saya sedang menyimpan duit untuk masa-masa “mengangur” saya. Cukuplah untuk bayar ansuran keta & duit poket dalam dua atau tiga bulan mengangur before dapat kerja. Makan minum & rumah suami dah tanggung. Nak ulang alik gi interview dari shah alam ke kedah bukannya dekat. Dengan notis 2 bulan lagi. Setelah berbincang dengan husband, saya nekad nak hantar resign letter awal bulan 10 ni. Maybe tunggu sampai result interview saya dengan gov keluar 8hb 10 ni saya akan hantar surat resign. Even rasa dalam hati tak dapat( disebabkan time interview terduduk atas meja then lupa fotostat scroll ijazah then ramai sgt calonnya) , tapi tunggu jelah dulu. Bila check xdapat, terus hantar resign letter. Sayang sangat-sangat nak tinggalkan company saya sekarang, bos yang baik & memahami, senior yg tak jemu bagi tunjuk ajar & officemate yang baik2 belaka tapi apakan daya saya ada tanggungjawab lain. Suami adalah keutamaan buat saya sekarang.

 Harap-harap saya dapat selesaikan semua tugas di sini before resign. Banyak betul kerja urgent sekarang ni. Sebolehnya lepas ni nanti nak cari kerja yang sesuai untuk perempuan yang bekeluarga. Dalam bidang saya tak mudah dapat kerja yang sesuai. Takut asyik kena balik lewat malam then keja weekend kerap je.... Tapi untuk berhenti kerja terus memang tak pernah terlintas dalam fikiran. Tumpang saya masih berupaya, masih sihat dan ada peluang untuk berada di samping suami, saya dah nekad untuk berhenti kerja dan balik kerja di sana. Memang ramai pasangan yang PJJ sekarang tapi setiap pasangan berlainan masalah. If ada peluang untuk duduk dekat, memang kita akan berusaha tinggal bersama. Lagipun macam kami, sama2 keja swasta dan peluang tu masih ada. Insya-Allah..mudah-mudahan moga urusan kami dipermudahkan. Aminn… 

14 comments:

  1. itulah yg fana risau bila dah kawen nanti, kiteorang akan PJJ jugak..sorang kat putrajaya, sorang kat JB.Masing-masing terikat kalau swasta maybe akan senang jugak..haish, serabut kepala bile pikir masalah nih..uwaaaa..:((

    ReplyDelete
  2. HAPPY ANNIVERSARY FOR 1 MONTH... bestkan bila dah ikatan yang sah. zura pun EPJJ ngan husband. mmg rasa hati nak dok dekat suami, tapi masing2 ada komitment.

    ReplyDelete
  3. amin..semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. hope keputusan tu yg terbaik buat imah ;)
    insyaAllah ade rezki lain kan nti ;)

    ReplyDelete
  5. imah.. aku fhm perasaan ko.. sebab aku PJJ gak dgn fit.. walaupon die kat subang aku kat keramat.. tp mlm tdo sorg2 rase mcm kosonggg je.. ko tu apetah lg kan... doa byk2 k semoga sumenye dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. hai! as saya pernah inform dulu, tarikh kte sama masa nikah. tmpt je berlainan. suami di kedah, sy di kl. jauh pun sama2 jauh tp soon akan pindah dkt ngn die. anyhow, bukan ni tujuan komen. just nk inform yang sy ade mention sket nama imah kt blog. dalam entry http://joinsharefun.blogspot.com/2012/09/sebulan-married-alhamdulillah.html
    happy 1 month! :)

    ReplyDelete
  7. salam imah.sy doakn yg terbaik buat imah n husband.-DyAN.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah mengalaminya. Dlm 4 bln. Sy pindah. Walau gaji agak lumayan. Tp gaji yg lumayan tu x boleh membeli seorang suami. Lain org. Lain situasinya. Bila berjauhan. Byk masalah timbul sbb masing2 xde komitmen bersama sbb masing2 masih kategori bujang. Xde nikmat sama2 uruskn rmhtangga. Tp ini semua dugaan. Pahit akan manis semanisnya akhirnya. Ganjaran bg org2 yg sabar.

    ReplyDelete
  9. saya pun da nekad klu sis tak smbg novel cinta si babysitter saya nak nangis kuat-kuat.
    plezz... smbgla da lma ni tertangguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersenyum sis baca komen ni. Tak sangaka ada jugak yang menunggu sambungan novel tu. sis pun rindu nak menulis balik. Insya-Allah tengah cari ilham nak menulis semula. tapi kena habiskan novel KCI dulu b4 tulis CSB tu.huhu..

      Delete
  10. kebahagiaan isteri di sisi suami.betulla kata org tu cik imah. dd pun dlu mcm cik imah gak nekad kononnye xnak pindah terus, boleh bertahan. tapi bile outstation ke kl je 2-3 hari da menyasau rindu suami.beza bercinta jarak jauh n berkahwin jarak jauh.dd doakan yg terbaik utk imah. happy baca kisah hidup u.

    ReplyDelete
  11. imah..result spa da blh cek, tgk kat status pndaftaran.. =)

    ReplyDelete
  12. sama la kita.
    dah 5 tahun lebih bercinta ngan suami, asyik duk jauh jer.

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!