About Us

Tuesday, March 5, 2013

Bila Talian Perhubungan Terputus ..…



Bila terpaksa ber PJJ dengan suami  saya masih okey. Dunia sekarang kan serba canggih, masih boleh contact si suami hari2…hari2 kita leh dengar suara dia, tengok muka dia, Tanya khabar dia. So, saya rasa okey saja. Tapi bila semua teknologi  tu xada, rasa macam ada benda yang “kosong” setiap hari. Ada benda yang “kurang”. Masa nilah baru dapat rasa macam manalah perasaan isteri-isteri yang kematian suami. Macam manalah rasanya perasaan anak-anak yang kematian ibu bapa. Mereka lebih sedih sebab orang yang mereka sayang telah tiada di dunia. Sedangkan yang terputus talian hubungan ni pun rasa sedih. Sedih….rasa rindu membuak-buak.  Macam hilang arah bila tiada sms dan panggilan telefon dari orang yang kita sayang.
Seminggu encik suami kena gi kursus di dalam hutan. Kira ber camping la. Masuk dalam hutan dan buat aktiviti2 fizikal di dalam sana. Bila dia jauh, saya okey tapi bila telefon yang selama ni jadi alat perhubungan kami di ambil oleh pihak urusetia , hati jadi macam rapuh sikit. Seminggu Encik suami dan kawan2 di larang menggunakan telefon. Bukan sebab tak ada line (line memang ada sebab dia sempat call saya before handphone di ambil), tapi peraturan kursus tu dah macam tu.



Since sabtu lepas, saya terputus terus hubungan dengan dia. Apa yang jadi dekat dalam sana saya tak tahu. Doa saya keadaan dia baik2 sahaja. Tak sakit, tak cedera, semua okey. Risau memang risau tapi nak buat macam mana sebab tu tuntutan kerja dia.  Harus bersabar sehingga Jumaat ni. Lama kan? Seminggu terputus talian perhubungan. Hati macam xsenang duduk. Macam-macam rasa. Rindu tentu sekali sebab dah lama xjumpa. Hari ahad saya bertolak Balik dari Kulim ke shah alam sorang2. Kadang-kadang apa2 hal nak call bagitau dia tapi xboleh. Ini baru seminggu, ada orang lain lagi lama di uji. Mungkin berbulan xdapat berhubung dengan suami kerana tuntutan kerja. Mujur kekuatan tu masih ada dalam diri.

Urusan nak pindah masuk rumah baru pun saya kena settle sendiri. Macam tu jugak urusan nak booking lori untuk angkut barang2 kami pindah ke shah alam. Mujur rumah mak sedara saya dekat dengan rumah sewa kami, so saya menumpang dulu dekat rumah dia. Time kerja xlah terasa sangat, tapi bila dah balik dari kerja mesti rasa lain. Selalu dia akan call saya bila dia dah sampai rumah. Lepas tu setiap malam akan call & sms tapi sekarang semua tu xada. Memang terasa lain sangat. Bila rindu sangat saya akan baca balik semua sms-sms yang dia bagi. Masa nilah kita rasa bersyukur sangat walaupun kita ber pJJ kita masih boleh contact dia hari-hari. Kita masih boleh tahu khabar dia hari-hari. Cuba kalau semua alat komunikasi tu xada, lagi perit rasanya. Orang dulu-dulu bila suami keluar cari rezeki especially nelayan, berhari-hari tanpa alat penghubung beginilah rasanya.  Bersyukur sebab Allah masih pinjamkan orang yang kita sayang ada dengan kita walaupun di uji dengan  berjauhan. Sekurang-kurangnya kita tahu dia masih bernafas di dunia ini.




12 comments:

  1. perasaan mcm sy yg kehilangan mak dan bapak dlm tahun yg sama...bila rindu...atas sejadah shj tmpt mgadu....semoga awk tabah ye...suami pegi sekejap je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk mak & ayah awak. ya..betul..sekurang-kurangnya dia masih ada

      Delete
  2. xtahu mcm mn perasaan berPJJ..yg pastinya xnk berjauhan dari yg tersayang..mst sunyi ja hidupp

    ReplyDelete
  3. sbr ya imah
    kte pun pnh tjd pd kte
    time tu rumah ke rompak
    dah la kt kl
    xkenal sape2
    kol hubby (ms tu blum tunang pun)
    xdpt2
    after smggu dia dpt sms kte
    rupanya dia pg hutan shoot vdeo keje
    tp xbgtau kte

    bygkn kte ketakutan
    tido pun dlm duduk
    mujur perompak xbuat pe2
    hanya amk brg je
    dan mujur ada jiran yg sudi mbntu
    sbb kl kan jiran xamk tau sgt

    bdoa moga dia ok2 je ya
    doa byk2

    ReplyDelete
  4. berkongsi rasa disini...sangat2 berbeza jika berjauhan dengan org yg kita sayang tetapi masih bernyawa di bumi ALLAH ini dengan org yg kte syng itu telah pergi mengadap Penciptanya.dulu msa arwah abg tunggal kesayangan sya masih ada..walaupun bertemu hnya d musim cuti sekolah shj tp kite thu dia msih ada dan harpn untuk bersua muka tu ada....klu xpun bleh call..TAPI sejak arwah kembli kepdaNYA ...ble rindu kn dia mcm nak call jgk ..TAPI SEGALANYA MUSTAHIL.....pemergian arwah membuatkn sya "down"hmpir setahun....semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sekurang-kurangnya walaupun jauh kita tahu dia ada. Al-Fatihah untuk Arwah abg awak.

      Delete
  5. sy fhm perasaan imah

    sb...





    suami awk, kwn suami sy...
    makanya, deme bersama2lah bercamping disana nun..
    seksa gila kan bila xdpt berhubung? fuhhh~
    nak tgok msg2 suami yg lama pn, berapa lah sgt yg dpt save sb hp canggih sgt tu dpt save puluh2 msg je.. tsk tsk tsk =_='

    sabar lah sabar lah.... esok je esok jeee
    *berkata pada diri sendirik* huhuhuuuu

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Hye awak. Tetiba je saya rasa terpanggil nak komen dekat sini. Sebab saya follow blog awak ni since last december 2012. Saya pon baca la post2 awak yang lepas2. Lepas tu baru saya tahu yang husband awak dpt masuk company GLC sama macam pakwe saya. :) . Kiranya husband awak pergi OBM sama macam pakwe saya jugak. Betul tu terputus segala perhubungan selama seminggu. Sebab hp kena bg dekat urusetia. Tapikaaannnnnnn pakwe saya cuma bg 1 hp je dekat urusetia. Kiranya macam mengaburi mata urusetia tu lah. Then hp lagi satu dia pegang. Bila waktu rest n waktu malam dapat jugaklah dia call n sms saya. Walaupun bukan tiap2 malam sbb kena tidur kat pulau ape ntah sbb nak berkayak pastu camping pulak 3D 2N dalam hutan tapi saya bersyukur sangat sbb dpt jugak dengar suara dia. Tp perasaan awak mesti lagi kuat dr saya kan. Sebab dia husband awak. :)

    ReplyDelete
  7. hai salam kenal... nina pun pjj gak ngn suami. tapi contact hari2. cuma dua tiga bulan jea baru bleh jumpa.. :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!