Hari tu masa sembang2 dengan officemate topic yang keluar
pasal bisnes. Beberapa orang dah mula buat bisnes kecik2 macam jual Tupperware,
Avon, jual tudung, kain pasang, jubbah , product kesihatan, insurance and so
on. Dapatlah tambah side income . Bila dah nak dekat raya ni, ada yang jual
kuih raya pulak. Kira macam-macam bisnes la yang orang buat sekarang ni. Kagum
sekejap. Hehe…
Saya? Bukan tak ada lansung minat nak berbisnes. Adalah
jugak sikit2 tapi minat saya lebih kepada menulis. Saya rasa bakat semula jadi
yang saya ada sejak kecil-kecil adalah menulis. Even bakat tak betul-betul di
asah dan digunakan dengan sebaiknya tetapi sejak kecik, saya hanya punya
cita-cita untuk bergelar penulis. Mungkin perlukan lebih usaha & ilmu ke
arah itu. Ok….dah out of topic. Sorry
ye ! Hehe..
Back to the main topic, Saya pernah terfikir nak bersara
awal dalam kerjaya saya sekarang. Maybe dalam umur 40+++ then tumpukan
perhatian pada rumah tangga dan bisnes. But, before bersara tu kenalah berjinak-jinak
dalam bisnes dulu kan? Buat secara
sampingan supaya dah cukup ilmu & experience untuk buat secara sepenuh
masa. Saya lebih berminat pada bisnes
online dan buka franchise jenama2 perniagaan yang dah sedia dikenali ramai macam MPH, POPULAR, guardian, Watson,
Cosway or apa-apa lagi (tapi saya lebih berminat nak buka kedai buku kerana
cinta hati saya lebih di situ!) . Kalau TAK dapat bukak franchise besar-besar
dapat bukak yang kecil sikit macam coolblog ke, myNEWS ke pun dah rasa seronok.
Benda
ni yang banyak kali jugak saya & hubby angan—angankan. Bukak franchise.
Modal agak tinggi tapi dari sudut pemasaran yang bestnya dah ramai orang kenal
& sedia ada pelanggan. Cuma location franchise tu yang kena fikir. Perlu
strategic. In sha Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu kan? Tak salah
bercita-cita tinggi. Bukan kena bayarpun. Hehe…Ada rezeki adalah. (Tinggi betul
cita-cita saya. Boleh lawan mat jenin ni! Hehe…. =)
Bisnes online? Bagi saya sangat best sebab rata-rata orang
sekarang suka shopping online. Me too! Ada benda yang susah nak cari secara
offline, so beli online sudah. Jimat kos nak mencari-cari bagai tu. Tetapi nak bisnes apa belum ditentukan. Mungkin
campur aduk bisnes pakaian & hiasan rumah macm wall sticker dan lain-lain.
Amboi… bukan main lagi kau ye Imah,Kuat sungguh berangan! Ala..bukan kena bayar
duit pun kalau nak berangan. Salah satu cara terapi otak tau! Rasa best
je..hehe. In sha Allah suatu hari nanti kalau panjang umur dan murah rezeki
berniagalah jugak saya sebab saya tak fikir nak stay dengan kerjaya saya
lama-lama. Dapat pulak kerja husband saya kena pindah-pindah so lagi bertambah
pening saya nak bertukar kerja. “For future planning” memang saya plan nak wat bisnes online.
mula-mula start secara bisnes kecik-kecik, lama-lama mungkin dah berbukit?
Aiyak……ni yang part saya boleh tersengeh-sengeh sorang-sorang ni. Menulis macam
dah betul-betul jer jadinya. Haha……
Rasanya, secara online ni saya dah mulakan sikit2. Asalnya,
tak pernah terfikirpun nak berbisnes tapi entah kenapa bila ramai sangat yang
request, secara tak sengaja saya berbisnes. Bisnes Apa tu?
Sewa veil jer. Mula-mula fikir mungkin sorang dua je yang akan sewa tapi Alhamdulillah…lebih dari tu Setiap bulan adalah side income sikit2 . Alhamdulillah…bersyukur dengan rezeki tak terduga . Rezeki ni Allah bagi macam-macam bentuk. Sebab tu jugak saya tak mahu fikir sangat pasal rezeki yang saya belum dapat tapi fikir tentang rezeki yang dah banyak Allah bagi pada saya tanpa saya minta. Ya..terapi jiwa, muhasabah diri tu yang penting. Selalu berfikiran positif. Husband sangat-sangat support bisnes kecik-kecik saya ni sampai request suruh saya buat lagi veil baru. dulu dah buat just nak tambah lagi satu. Saya tak prefer nak ambik tempahan veil even ramai yang request sebab saya tahu tahap kemampuan jemari kaku saya ni. Hehe… Takut apa yang saya buat tak penuhi kriteria yang pelanggan nak. Better buat sewa je even saya sewa murah je pun sebab bila orang suka design tu dia akan sewa. Kalau tak suka, boleh sewa tempat lain =) .

Ok..stop membebel.
Thanks sudi membaca =)
kite pun pernah fikir nak buat bisnes. franchise is one of la. haha.
ReplyDeleteyong pun pernah berangan nak buka cafe berkonsepkan kedai buku dgn adik2. hehe
ReplyDeleteberangan pon tak apa. mana tau jadi kenyataan :)
ReplyDelete