About Us

Monday, June 17, 2013

Filem Pee Mak - Bikin gelak sepanjang Cerita!


Finally, dapat jugak tengok filem Pee Mak ni walaupun dah kira agak terlewat. Mula2 frust sebab tak dapat gi tengok filem ni dekat Mid Valley. Saya ada  dapat tiket free dari Nuffnang tapi disebabkan hari bekerja (malam) husband xnak gi. Tapi dia janji akan bawa saya tengok filem ni bila dah keluar dekat panggung nanti :)



Benda yang paling saya nak sangat tengok filem ni sebab dia lebih kurang sama macam filem Nang Nak, cuma versi kali ni komedi. Memang excited nak tengok cerita hantu versi komedi. Cam ne tu? hehe...Saya baca review mereka-mereka yang dah tengok filem ni pun semua cakap best. Review wartawan dalam paper pun cakap best. RM 90 juta kot kutipan filem ni sekarang ni! Terbaik!!! Bestnya kalau filem Malaysia pun leh dapat kutipan kaw..kaw box office macam negara jiran kita ni kan?

Tak pandai nak ulas panjang-panjang. Just nak cakap filem ni memang kelakar giler! Dari awal cerita sampaial ke hujung cerita, gelak aje kejanya. Suka tengok gelagat kawan2 si Pee Mak ni. Haha...semua kepala otak gila-gila. Ada jugak bab yang touching sangat. Memang Mak & Nak ni lagenda loving couple.  Huhu....overall, memang terbaiklah!!!

ni trailer filem Pee Mak



3 comments:

  1. best kannnn?dari awal sampai la habis cerita ni dok gelak jek..hehe...seronok..mmg recommended

    ReplyDelete
  2. tak berkesempatan nak pergi tengok. haha. cerita hantu ni tak berapa teruja nau nak tengok. even kelakar sekali pun. adoi.

    ReplyDelete
  3. lorrrr... ni cerita kelakar ke? nana ingt cerita hantu seram. huehuehue. nak kena tengok ni. ke dah ada cd nya???

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!