2 minggu Dah GST dikuatkuasakan. Keadaan media sosialpun dah kurang "panas" berbanding awal2 dlu. Tapi still ada isu sana sini psl gst. Mostly pasal peniaga yang kenakan charge lbh dr sepatutnya. Bagi overcharge price. Price barang tak mansuhkan cukai SST yang sedia ada. Lepas tu gi tambah lg 6% gst. Sama jugak dengan makan dekat kedai. Dah kena byar 16% dari harga makanan yang di order. 10% service charge + 6% gst. Hmm...patutnya service charge tu xde. Tapi kedai cakap tu service charge diorg serve kita. Rasa maybe dalam keadaan sebulan dua ni keadaan memang agak kelam kabut la. Akan ada banyan isu yang timbul. Masing2 peniaga or pengguna baru nak sesuaikan diri dengan benda baru. Hope lepas ni, keadaan lebih ok la..
OK. Stop bab tu. Cakap pasal kita dengan GST . Nak tak nak, suka atau tak, memang kena hadap jugak kan. Ikutkan hati memang tak suka sebab dah tahu even ada harga barang yang patut turun, tetapi peniaga atau pengilang mesti akan naikkan harga barang. Sapa yang suka kn? Tapi sebolehnya, try untuk kurang merungut, tapi fikir dari sudut positif macam mana nak hadapi ujian kenaikan harga barang ni. Dengan hanya merungut setiap hari takkan ubah keadaan. Tindakan tu yang penting. Semak balik kewangan masing2. Tengok tahap mana. Kalau dikira2 dengan adanya GST, masih lagi boleh hidup selesa, Alhamdulillah. If dah rasa mula terbeban, semua benda cukup2 makan, try manage balik apa yang patut. Cut cost mana yang tak penting. Kurangkan pembaziran benda yang tak penting. Tahan nafsu shopping "xingat dunia" tu. Banyakkan berjimat. Cari alternatif untuk tambah pendapatan or kurangkan berbelanja. Kena jadi pengguna bijak. Beli barang dekat tempat yang murah, jual dengan harga borong or beli time sales. If terdesak, boleh cari kerja lain yang tawarkan gaji lebih tinggi.
Orang selalu cakap, kalau dah semua kena berjimat, tak bolehla nak shopping, tak bolehla nak jalan-jalan, tak bolehla nak makan luar. Hidup hanya pikir nak banting tulang cari duit. Salah statement tu.. Pada saya, ikut pada kemampuan kewangan masing2. Kewangan kita, kita yang manage. Bukan soal gaji siapa banyak, gaji siapa sikit tapi cara kita berbelanja, manage duit kita. GST tetap jugak berjalan, cuma pilihan tu dekat tangan kita macam mana nak berbelanja. Boleh je makan luar, nak shopping, nak gi melancong sana sini. Berjimat bukan beemaksud kena sekat kemahuan & keinginan kita. Bukan maksud kita tak boleh reward diri sendiri dengan beli or buat apa kita suka lepas penat bekerja. Cuma kena tengok balik kemampuan kewangan kita. Kita kena menabung untuk beli apa kita nak. Kaji balik kepentingan benda tu. Penting ke tak? Hanya berbelanja bila semua hutang dah bayar, lepas dah buat semua saving. Maksudnya, bila ada lebihan duit baru shopping. Bukan berbelanja sakan sampai duit nak mkan pun xde. Sampai duit simpanan pun kering kontang sebab habiskan dengan shopping benda yang tak penting.
GST kena kita hadapi dengan strategy2 kita sendiri. Bukan hanya tahu mengeluh tanpa ambil sebarang tindakan. Jadi pembeli yang bijak. Berbelanja secara bersederhana & berhemah. Ingat, rezeki tu dari Allah bukan dari manusia. Kita yang manage duit kita bukan orang lain. Jangan di compare rezeki kita dengan rezeki orang. Bersyukurlah apa yang ada. Kalau ada lebihan duit, bantulah mereka yang memerlukan.
Wah, ilmiah sgt entry imah ni. Good!
ReplyDeletesetuju. belanja apa yg mampu. yg tak mampu kita duk diam2. hehe.
ReplyDelete