About Us

Monday, April 13, 2015

Bercuti ke Langkawi (Review Hotel Resort World Langkawi)- Part 3



Ok..sambungan dari entri bercuti ke Langkawi. Nak wat review sikit pasal Resort World Langkawi. Ikutkan banyak kali survey agoda, banyak kali jugakla hati ni tertarik-tarik nak stay dekat Resort world Langkawi.

Sebabnya, kiteorang tak nak stay pantai chenang. Pantai chenang agak crowded & saya tak berapa suka keadaan tu. So cari hotel2 area sebelah pantai chenang, pantai tengah. Ikutkan hati nak stay dekat Tanjung Rhu sebab suasana lebih aman damai & laut lagi bersih & cantik. Tapi sebab nak dekat dengan macam2 kemudahan, kiteorang decide stay dekat pantai tengah 1 malam.
Ok. Ni gambar dekat Agoda yang buat hati kiteorang tertarik-tarik nak stay dekat sini. Sebab hotel hari pertama adalah  untuk bersantai-santai kan sambil tengok keindahan alam. So memamg spend bajet lebih sikit.













First impression masa masuk je pagar hotel memang rasa suka hati. Mana taknya, dari tepi dah Nampak laut, lepas tu lokasi hotel tu betul2 dekat hujung pantai tengah. Sebelah kanan hotel laut. Sebelah kiri bukit bukau. Memang tenang je rasa. Bila sampai lobby hotel pun rasa suka jugak. Kiri kanan jalan nak masuk ke hotel ada kolam ikan. Boleh Nampak banyak  ikan berenang. Masuk je lobby terus nampak laut. Excited rasa!




Suasana sekitar hotel memang best! Nyaman je. Boleh Nampak laut yang biru & bukit bukau yang hijau. Ruang langit terbentang luas! .  Memang highly recommended untuk bersantai-santai  & tenangkan diri. Boleh jugak tengok kapal-kapal dekat sini. Bilik hotelpun luas. Cuma perabot2 dalam tu je yang nampak lama. Patut ditukar baru. Tak semenarik macam dalam gambar tapi bilik bersih.

 Apa yang best tentang bilik ni bila bukak je sliding door terus nampak laut. Tu yang kami suka! Lepas tu boleh makan2 dekat meja dalam bilik  sambil mengadap laut. Fayyadh pun super excited tengok laut & kapal. Kerja nak duduk depan tingkap je nak tengok luar.  Memang rasa tenang dan damai sangat2. Tambah bila dapat tengok matahari terbenam & naik. Kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah swt.


View dari bilik



Memang start check in kami stay dalam hotel je. Sebab kami sampai Langkawi pukul 8.30 pagi. Memang berjalan puas2 sampaila pukul 3.30 petang baru check in bilik hotel. Malam keluar jalan2 dekat pantai chenang. Sampaila pukul 12 tengahari esoknya baru keluar sambung jalan2 semula. Sempat jugak berendam dalam swimming pool dekat situ. Swimming pool dia bersih & cantik. Buffet breakfast dia pun sedap! Banyak choice. Best ya amat dapat makan tepi laut. Berangin je, Sampai sekarang saya rindu suasana nyaman & tenang macam tu!

Part ni paling suka. Makan tepi laut!





Oh lupa. Nama lama resort world ni Awana Porto malai. Air laut tepi hotel ni jernih je tengok. Boleh nampak ikan kecik2 berenang dalam laut.



Harga semalam Rm 200++ bilik seaview termasuk breakfast. Masa beli ni ada promo dekat agoda.
Ok, lepas ni saya akan buat sikit review pasal hotel ke-2 kami di Langkawi.


13 comments:

  1. Wah...bestnyer...k..t nk kena p langkawi jugalah...cantik hotelnyer..pling best sebb tepi laut kan..

    ReplyDelete
  2. Sonoknya dpt jalan2 makan angin..gi langkawi suka sopim cekelat haha

    ReplyDelete
  3. Lawaaa...ada rezeki harus sampai jugak ke langkawi ni.

    ReplyDelete
  4. harga bilik berapa ek semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang RM 280 semalam time less

      Delete
  5. ada bath tub x? plz reply

    ReplyDelete
  6. mcm best hotel nie.. igt honeymoon nnt nk datang cni..

    ReplyDelete
  7. knp xreview lebih lg pasal keadaan bilik? nk gak tgk2...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!