About Us

Tuesday, April 21, 2015

Review holiday di Langkawi: Chalet TM3 yang best & murah di Langkawi


Sambungan dari percutian dekat Langkawi.

Pasal Chalet TM3 ni pun kira last minute jugak kiteorang decide. Nak chalet yang dekat dengan airport sebab flight kiteorang dalam pkul 9.30 pagi. Lepas tu xnak yang mahal2 sebab just untuk bermalam je. Tapi tetap nak cari yang murah tapi selesa la. Lebih2 lagi untuk baby.

So, survey2 jumpala chalet TM3 ni. Harga dekat agoda masa tu dalam Rm 90++ xtermasuk  tax lagi. Kalau termasuk tax RM 100 lbih sikit jugakla. Saya jenis kalau nak pilih hotel akan check harga website, check harga dengan hotel ( by call) dengan check harga dekat agoda & booking.com. Lepas tu compare harga mana paling murah.  Selalu kalau motel or chalet yg harga below RM 100 lebih untung direct dengan owner je. Booking terus dengan diorang sebab harga lebih murah. Harga chalet TM3 ni kami dapat RM 85 je semalam. (sekarang tak pasti harga sama lagi tak). Masa booking bayar deposit RM 50. Online transfer saja. Balance bayar masa dah check in.

Apa yang buat saya tertarik dengan chalet TM3 ni? Sebab pertama landskap dia cantik. Dekat je dengan sawah padi. Tak jauh pun kalau nak drive ke pantai chenang dengan airport.  Macam rumah2 gitu. Lepas tu Nampak baru  & paling penting bilik  dia luas!

Bila dah check in chalet pun memang betul bilik dia bersih, luas & kemas je. Siap ada 2 katil lagi. Satu katil bujang. Satu katil queen. Tambah best dekat sini ada wifi! Ada jugak disediakan sejadah untuk solat & kain tuala & sabun. Air mineral pun ada bagi. Kira bestla..bayar dengan harga murah tapi service terbaik. Memang highly recommended.

Ok..meh layan gambar chalet TM3 ni..


Ada gambar yg saya ambil dari carian google. 








Bawah ni gambar bilik kiteorang hari tu

Ni bilik kiteorang. Memang luas & bersih. Bilik air dekat hujung. Nampak tak Fayyadh tido kepenatan lepas balik jalan2? hihi.. 





Dam pukul 7.30 pagi kiteorang dah check out

Ok. Kalau yang nak booking chalet ni masa pergi Langkawi bolehla contact 012-4649091.




4 comments:

  1. Kak bla nk smbung novel cinta si babysitter

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum imah. wahh lawa lah. tapi betul lebih senang berurusan dgn pihak owner kan. senang minta murah. hihiii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!