Asalammualaikum korang!
Alhamdulillah..dah almost 1 tahun 8 bulan dah menyusukan
fayyadh. Syukur Alhamdulillah…Even bukan rezeki saya untuk Fully Bf Fayyadh
since dia lahir, tapi Allah bagi rezeki untuk menyusukan dia sehinggalah saat
ini. Fayyadh memang bf je kalau dengan saya. Dekat pengasuh baru top up FM. In
sha Allah..lagi 4 bulan je nak cukup 2 tahun. Moga tercapai impian nak susukan
Fayyadh sekurang-kurangnya sehingga dia genap 2 tahun. Amin…
Bila dah breastfeed anak, selain breast pump & storage
bag, 2 benda lagi yang penting bagi saya
nursing wear & nursing cover. Tapi
nursing cover, senang cari. Kalau tak ada nursing cover, selendang or pashmina
pun boleh buat cover tapi…Fayyadh..hmm..awal2 dah tak tolak nursing cover.
Rimas kita tutup2 time dia nak menyusu. Amboi sangat tau. Sudahnya, nursing
cover saya hanya guna dekat Office. Buat cover dalam surau time nak pump susu.
Hihi…Baik yang dalam, atau yang luar, Dua2 sama penting. Sebab memudahkan kerja
penyusuan anak. Lebih2 lagi bila dekat luar.
So, ada beberapa perkara yang saya kena ambik berat pasal
pemilihan baju menyusu ni. Soal breastfeeding friendly, soal praktikal, design,
cutting (harus tutup aurat & loose cut) & tahap keselesaan. Yup! Ciri2
ni sangat penting tau. Sebab bila dah jadi ibu rasa macam dunia saya berputar
360 darjah. Semua dah tak sama macam dulu. Mana nak kejar masa siapkan itu ini.
Mana dengan anak menangis nak menyusu, merengek nak itu ini. Haha… kadang rasa
macam hantu kak limah dah rupa diri. Kalau pakai baju biasa yang bukan versi
breastfeeding friendly alamat lagi menyusahkan kerja. Bertambah kelam kabut. Anak
dahlah jenis lambat sikit bagi, mau meraung macam kena pukul. Kalau dekat rumah
takpe lagi, kalau dekat luar? Boleh bayangkan tak? Huhu…stress tau.
So, pemilihan baju sangat2lah penting. Lagi better kalau
baju tu menyenangkan kerja kita bf anak dekat public. Bila ibu selesa, in sha Allah anak pun
selesa. Dan paling penting, lebih praktikal & mudah.
Hmm…kalau cerita pasal nursing wear ni ada 3 jenis tau.
Jenis hidden zip, butang & jenis yang selak. Tiga2 jenis ni saya ada. Kalau
tanya mana paling mudah & praktikal, saya suka yang jenis selak. Senang.
Anak menangis nak susu, selak & bagi jer. Senang cerita. Anak kenyang, mama
pun happy. Takdela stress nak bukak butang baju satu2. Sempat dulu anak
menjerit & meraung. Takdela jugak terkial2 nak Tarik hidden zip sambil cover
mana yang terdedah dengan tudung. Huhu…..Rasa mana-mana ibu pun pernah rasa
situasi ni. Situasi nak direct feeding kan anak dekat luar. Rasa terkial-kias
kalau pakai baju yang tak praktikal untuk menyusu. Sudahnya, sama2 akan stress.
Hahaha…
Ok..balik pada topik entri ni. Bila banyak sangat situasi2
“tak terduga” boleh jadi time nak susukan anak dekat luar, so baju menyusu dah
jadi satu kewajipan dekat saya. Setakat ada baju menyusu saja tak cukup. Tak
boleh main rembat je mana2 baju menyusu. Kena ambik kira jugak kriteria lain.
Kalau jenis yang ada zip, berapa panjang
bukaan zip tu. Ada setengah baju, panjang zip tak cukup sampai bawah
dada tau. Susah jugak nak menyusukan anak sebab bukaan tu pendek. Kadang design dah cantik, ada hidden zip tapi
design bahagian dada kecik. Cutting kecik bawah ketiak, so..tetap rasa tak
selesa nak menyusu. Tak selesa nak pangku anak masa dia nak breastfeed. Ni
antara pengalaman yang pernah saya lalui bila salah pilih baju untuk menyusu.
Tapi ni time awal2 Fayyadh lahir dulu la. Time tu main beli jer. Baru first
time jadi ibu kan. Mana nak tahu. Yang style butang pun saya beli jugak dulu.
Sudahnya, susah nk susukan Fayyadh. Terkial2 nak bukak butang sambil riba anak.
Samala yang jenis zip pun. Haha…sebab
panik tengok anak nangis macam apa lagi. Haha..lawak bila ingatkan balik.
So..lepas dari tu saya jadi lebih teliti nak pilih baju menyusu. Kalau korang tengok dekat oversea..mostly diorang banyak guna baju2 yang jenis selak je. Senang nak bf baby dekat public. Contoh macam bawah ni..
Ni contoh baju style selak tu. Hihi..nampak senang kan? Tapi as muslim, mestilah kita nak cari baju yang design cover aurat & sesuai dipakai kan.
Ni contoh baju style selak tu. Hihi..nampak senang kan? Tapi as muslim, mestilah kita nak cari baju yang design cover aurat & sesuai dipakai kan.
So, bila dah cakap tentang ciri2 penting dekat atas ni soal
pemilihan baju menyusu, saya nak share dengan korang satu butik yang sangat
best jual nursing wear untuk muslimah ni.
Butik ni memang femes dikalangan ibu2 yang menyusukan anak.
Harga memang berbaloi sangat. Salah satu sebab saya suka baju nursing mumsluv
ni baik yang jenis dress, kurung, blouse atau T-shirt, adalah design dia memang khas
untuk ibu2 yang breastfeeding. Tak payah nak risau soal cutting, tak payah nak
risau soal bukaaan dekat bahagian dada. Memang perfect design. Memang diorang
design exclusive untuk bf moms. Yeay!! Selesai masalah nak cari baju menyusu
yang perfect! Yang memahami kehendak ibu waktu menyusukan anak. Tak payah pening2 kepala lagi. Oh ya, baju
mumsluv banyak design jenis selak je korang. Memang design feveret saya. Jenis
selak & Tarik. Senang sangat! Lepas tu design pun cantik2 & sangat up
to date. Kalau dah tak menyusukan anak pun still boleh pakai. Sebab kalau
tengok sekali pandang tak nampak lansung macam baju menyusu. Material yang digunakan pun sangat selesa. Ni antara design baju2 mumsluv yang saya sangat berkenan. Cantik! Material kain pun best!
1) Nursing Dress/ Jubah
Dress Syaurah |
2)Nursing Baju Kurung
Ainy Modern Nursing Kurung |
3) Nursing Blouse
Nuha |
Myra |
4) Nursing T-Shirt
Arissa |
Satu lagi, baju Mumsluv dah ada sekali dengan nursing inner.
Apa tu nursing inner? Ha... nak cerita dekat korang, sayapun lepas anak 3 bulan
baru saya tau betapa pentingnya nursing inner ni. Before ni pakai inner biasa,
so kurang praktikal. Kalu nursing inner dia ada bukaan sikit dekat bahagian
dada. Pakai nursing inner ni penting untuk cover mana2 bahagian aurat yang
terdedah sewaktu kita menyusukan baby. Lebih tepat, dia cover bahagian dada
kita dari terdedah. Baju mumsluv banyak
yang design sekali dengan nursing inner.
Mudah kerja. Selak jer..lepas tu Tarik inner sikit untuk susukan anak.
Aurat pun In sha Allah terjaga elok sebab memang dah tutup mana yang sepatutnya
ditututup. In case nak nursing dekat public
pun mudah. Tambah2 kalau anak jenis tak suka kita pakai nursing cover. Just cover sikit dengan tudung dah cukup.Huhu…tak
risau sangat dah bab aurat tak terjaga. Bukan
setakat boleh pakai keluar, tapi boleh jugak dibawak ke pejabat.
Untuk mom to be yang tercari-cari maternity wear yang best,
saya suggest korang cari dekat Mumsluv. Sebab design baju mumsluv ada jugak
yang boleh dipakai waktu mengandung. Lagi best bukan setakat time mengandung je
boleh pakai, lepas bersalin nanti boleh pakai lagi untuk menyusukan baby. Jimat
kan?
Dekat mana nak tengok semua nursing wear mumsluv ni?
Ok, dekat bawah ni saya kasi link dekat korang untuk add
facebook & follow Instagram mereka. Tak lupa jugak website Mumsluv untuk lihat koleksi penuh pakaian yang ada.
Fb : Mumsluvexclusive
Instagram : Mumsluv
Website : Mumsluv
Jangan lupa follow ok. Mumsluv selalu jugak buat sales.
Sekarang ni dekat website ada sales 50% untuk selected item.
Dress Marissa |
Dress marissa ni RM 80 je korang. Tengah sales! Hihi..
Dress Medina |
Dress Medina ni pun tengah sales dekat website. RM 69.50 je!
Untuk yang sedang cari baju menyusu yang best, cantik, praktikal & menutup aurat apa lagi, cepat2 pergi tengok dekat Mumsluv. Semua kriteria yang Bf moms semua ada dekat Mumsluv nursing wear. Design pun cantik2 & modern.
cik mah suka bj mumsluv...kain semua selesa...
ReplyDeleteKena belajar ni...sebab niatnya nak fully bf....semoga dipermudahkan...aminnn
ReplyDeletebetul2.. sokong.. ade byk lagi shop yg jual... ce search Cik Nursing.. Qaissara
ReplyDeletesponsored post ke ni...tqah peminat tegar dia k..ada semua kale dah..haha
ReplyDeleteSemua colour? Pergh tqah! Ulasan jujur ni tqah. Sejk jadi bf mom ni mmg nk smua yg selesa. Suka yg jnis selak. Sng!
Delete