Jerebu makin teruk minggu ni . Memang berkurung dalam rumah. Keluarpun kalau nak pergi kerja. Benda paling risau time jerebu ni dah tentu2 la keselamatan anak. Risau dengan kesihatan dia disebabkan udara yang sangat tak sihat ni. Shah alam kan teruk jugak jerebu. Masa selasa lepas, tengok keadaan dah macam IPU 300 lebih dah tapi dekat media cakap 200 lebih. Huhu...boleh rasa teruk sebab time drive pun berapa meter je yang nampak clear view. Sampaikan bumbung tol pun bila dekat sikit baru nampak. Selalu drive dari jauh dah nampak. Hmm...risau kan?
Tapi tengok semalam & pagi ni dah kurang sikit berbanding selasa lepas.
Sekarang ni Babysitter dia bercuti sebab anak dia sakit. Semalam saya & husband ambik cuti sebab ada urusan penting. Plan, nak hantar Fayyadh dekat babysitter dia tapi babysitter dia cuti. Terpaksa bawak Fayyadh sekali keluar. Risau. Tapi terpaksa. So, memang saya dah ajar Fayyadh awal2 lagi untuk pakai haze mask.
Senang ke?
Ikutkan takdela senang masa mula2 nak ajar sebab dia mesti nak buang. Mana selesa kan letak benda tutup mulut & hidung. Tambah dia baby lagi, manala faham kenapa kita suruh pakai. Tapi kena pujuk sikit, lepas tu saya dengan husband pun kena pakai jugak. Baru nak dia pakai.
Alhamdulillah.....mudah kerja saya. Bila lalu kawasan terbuka je memang pakai mask. Bila masuk dalam office, dalam kereta baru bukak. So, Fayyadh memang ok. Takde pun nak tanggalkan mask. Padahal lama jugak kita pakaikan. Kalau parent buat, in sha Allah anak pun akan ikut. tambah2 baby yang memang fasa2 suka meniru apa parent dia buat kan.
So, jaga kesihatan diri & keluarga masa -jerebu ni. Kalau boleh, stay je dekat rumah kalau keadaan masih tak ok. Tapi kalau terpaksa jugak keluar, pakaikan diorang haze mask. Kesian baby ni sebab kecik2 dah kena hidu udara tak sihat. Huhu...
Wefie dengan mama =) |
take care imah.kelantan pun dilanda jerebu jugak.serak tekak ni dah terasa. mmg berkurung je kami anak beranak
ReplyDeletePndainyer fayyadh ..t nk ajar azwa jugaklah..
ReplyDelete