Ok..setelah 5 bulan lebih balik dari sabah baru ada masa nak
update dekat sini. Sebenarnya, lepas balik hari tu lagi nak update tapi sebab
incident gempa bumi dekat sana, nak menghormati keadaan time tu, so postpone
dulu. Bila postpone,lama-lama terus
lupa. Hahaha…Mujur pergi sana memang ada planning book. Segala benda dah write
down dalam tu. So, bolehla rujuk balik untuk update dekat blog. Hope, dapatla
tolong serba sikit bagi maklumat bagi sesiapa yang plan nak bercuti ke sana.
Kiteorang sampai airport KK lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Oh ya, untuk ke sabah tak perlu passport pun. Just bawak IC sahaja. Hari pertama dekat sana, kiteorang tak sewa
kereta. Dari airport, naik teksi je untuk ke hotel. Kos dari KK international
airport 2 ke hotel kiteorang dekat Gaya street kota kinabalu
RM 20 lebih. Agak mahal
jugakla kos teksi dekat sini. Tapi still boleh jimat dari sewa kereta.
|
Pagi2 dah kena naik flight. Mujur Fayyadh dalam flight tidur je. lega hati mama & abah. Hihi.. |
|
Dah sampai airport KK |
Pulau Sapi &
Pulau Manukan
Sampai hotel, kiteorang terus letak barang & tukar
pakaian untuk ke pulau. Kiteorang pilih hotel yang dekat dengan jetty
jesselton. Hotel Little gaya. Kalau nak ke pulau2 ni, kena naik boat dari jetty
jesselton. Kiteorang jalan kaki lebih kurang
5-10 minit je dari hotel untuk ke sini.
Dekat sini, memang banyak kaunter tiket untuk naik boat. Ada
macam2 pakej la untuk sewa. Kalau nak ambik pakej snorkelling ke apa semua ada.
Tapi kiteorang pilih nak pergi pulau saja. Hihi..
Waktu operasi boat adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
|
Boleh beli riket dekat kaunter2 dekat dalam ni |
|
Jesselton Point |
Sedikit tips, kalau nak gi island hooping untuk semua pulau
yang ada, elok pergi time pagi. So, petang dah boleh balik. Sempatla melawat
ketiga-tiga pulau. Tapi kiteorang plan pergi dua pulau je sebab pergipun dah
pukul 12 tengah hari kan. Kalau ambik tiga pulau, takut tak sempat nak spend
time lama sikit untuk satu pulau je. Banyak yang cakap pulau sapi & pulau
manukan lebih cantik, so kiteorang decide ke sana saja.
Harga Tiket:
Pulau sapi & Pulau manukan = RM 26.20
Yuran jetty = RM 7
Sewa Life jacket = RM 10 ( yang ini kalau nak sewa untuk mandi manda
dekat pulau. Atas boat memang dah
sediakan life jacket. Kiteorang tak sewa pun)
Yuran Taman = RM 3 ( yuran untuk semua taman laut)
Total : RM 36. 20 / Seorang
·
Kalau nak
sewa life jacket dll ada extra charges
Kiteorang Plan nak makan dulu or tapau makanan before naik
boat ke pulau, tapi tak sempat sebab masa beli tiket boat dah nak gerak. Yang ni memang dah lari dari plan asal tapi
apa nak buat, boat dah nak jalan. Maka, redha la mengadapla makanan mahal dekat pulau nanti.
Kiteorang sempat beli air je nak bawak ke pulau. Tapi roti & biskut dah
siap2 bawak dalam beg. Senang nanti bila lapar boleh makan. Lebih2 lagi fayyadh
la..hihi
|
Jesselton jetty |
|
Boat2 dah menunggu nak bawak penumpang ke pulau |
Naik boat. Mengucap panjang. Huhu…sebab speed boat. Laju tu boleh tahan lagi. Bab terhentak-hentak tu paling sadis. Huhu..rasa melambung-lambung & sakit montot. Hahaha.. Mujurla kejap je naik boat. Tak sampai setengah jam pun dah sampai. Fayyadh memang cool giler. Muka happy je kena angin & air laut yang terpercik dekat muka. Senyum je suka. Mama yang cuak lebih. Hihi…Tapi best! View memang cantik. Laut biru jer…
|
Biru jer air laut |
|
Excited tapi takut. HIhi.. |
Maaf, muka saya macam apa lagi. Dengan letihnya, dengan tak berbedaknya. Haha..Memang jenis kalau nak turun laut tak suka tempek apa2 dekat muka melainkan sun block.
PULAU SAPI
Hentian pertama kiteorang dekat pulau sapi. Sampai je jetty
terus rasa masha Allah..cantiknya!!! tak tau nak describe macam mana. Memang
cantik sangat pulau sapi ni. Dengan air laut yang hijau nak biru. Dengan pulau2
keliling dia. Hmm..cantik! view memang cantik! Dari atas jetty boleh nampak
dasar laut. Comel tengok ikan berenang dalam tu. Clear water! Jatuh cinta untuk
kali ke-20! Hihi..
Lagi tips, dekat sini ada banyak agent boat, so kita kena
ingat dengan agent mana kita beli tiket. Kena ingat warna baju diorang pakai.
Dengan nama agent ( company tu). Sebab bukan semua boat kita boleh main naik
je. Kena naik boat ikut agent yang kita dah bayar. Senang je. Ingat nama agent
dengan warna T-shirt diorang pakai. Macam kiteorang hari tu agent pakai T-shirt
warna kuning. Nama syarikat borneo ape tah. So, nak pergi dan balik semua tanya
diorang je. Selalu diorang akan inform kita pukul berapa boat nak gerak. So,
senang kita nak budget masa.
Kiteorang kena bayar yuran taman RM 3 seorang tu dekat Pulau
sapi. Kalau dah bayar dekat pulau sapi, nanti masa pergi pulau manukan tak
payah bayar dah. Sebab yuran tu merangkumi semua taman laut.
So..enjoy la kiteorang dekat pulau sapi!!
|
subhanallah..jernih sangat air. Tapi Fayyadh penakut air. Hahaha..kena mainkan kaki dia sikit2 dengan air baru dia nak turun |
Tak besarpun pulau sapi ni. Pusing2 situ jugak jumpanya. Hihi…ada banyak khemah makanan sebab kiteorang datang time lunch. Yang ni untuk yang ambik by pakej la. Diorang sediakan makanan lagi. Kiteorang beli makanan dekat situ. Sebab lapar, gasakla walau mahalpun. Air mujur dah bawak.
|
Nasi goreng menangis harga. Sempoi macam ni pun RM 10 sepinggan! |
Cantik kan air laut dekat pulau sapi ni? Biru hijau. jernih jer..
|
Semua harga dah letak dekat papan tanda ni. Taman2 sabah |
|
Tengah tunggu boat nak ke pulau Manukan |
PULAU MANUKAN
Lepas puas pusing Pulau sapi, kiteorang ke pulau manukan
pulak. Pulau yang paling besar di antara pulau sapi & pulau mamutik. Jatuh
cinta lagi untuk kali ke-30! Hahaha…Cantik pulau manukan ni! Tapi cantik &
bersih lagi pulau sapi. Pulau manukan ni pesisir pantai dia luas..so bolehla
jalan2 tepi pantai & sekitar pulau. Rasa tenang & fresh sangat!
Puas main2 air & pasir dekat Pulau manukan, kiteorang
naik boat untuk balik ke kk semula. Alhamdulillah…speed boat time balik ni
lebih stable. Takde melambung-lambung. Respect dengan penumpang yang dalam boat sama dengan kiteorang.
Semua suruh kiteorang duduk belakang & dekat tengah sebab bawak baby. Sampai ke jetty, kiteorang terus
balik ke hotel untuk mandi & rehat. Rasa penat tapi enjoy & happy sangat!
wow bestnyaaaaa! next destination SABAH pulak! TQ for nice entry!
ReplyDeleteCantiknyer pulau...bestnyer...k..masuk list siap2lah juga..
ReplyDeleteMemang follow blog ni kalau nak berjalan. Nice tips..harap sampai juga ke sabah suatu hr nanti
ReplyDeletewoah next year plan nak gi sini ,,good entry ,,thx sis !!
ReplyDeleteterima.kasih banyak maklumat ttg perancangan perjalanan ke Sabah. Saya sedang merancang ke sana.
ReplyDeletePergi ke Sabah tidak memerlukan passport?? Jadi kita perlu bawa apa2 dokumen selain ic??
ReplyDeleteTak perlu passport..just bawak ic saja
DeleteTak perlu passport..just bawak ic saja
DeleteTidak memerlukan passport?? Jadi kita memerlukan apa2 dokumen selain ic?? Kalau balik ke semenanjung pun tidak perlu apa2??
ReplyDelete